بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 10 January 2016

Padang, Sumatera Barat

Assalamualaikum & salam sayang.
15 December 2015 yg lepas kami 4 beranak telah menghabiskan 4hari 3malam di Ranah Minang. Iyo 4 beranak ajo pasalnya abg Affan tak cuti (sekolahnya follow jadual mat salleh). Kami pada mulanya mcm xde rancangan nak g mana2 end year tu sbb tula Arfa xde & kami pun tgh sibuk nak settle lengkapkan rumah baru kami & kondo yg bakal disewakan. Jadi mood pada masa tu lebih kpd nak shopping brg2 rumah (hari2 ko melilau shopping, keluar pagi balik mlm). Bkn apa sbb kami cuma cuti 3 minggu je untuk settlekan semuanya. Balik Brunei kena berpindah lagi (ye, kami pindah rumah & sekolah 2A plak kat Brunei ni). Tapi memandangkan mmg jenis kaki jalan, daddy ckp blh la kita cuti2 obersea tapi dkt2 je (faktor masa & fulus).  




Ok, kami terbang ke Ranah Minang dgn penerbangan paling awal AA. Alhamdulilah sejak duk rumah baru ni senang skit sbb dkt dgn KLIA/KLIA2 (xde la rushing sgt). Smp di International Airport Minangkabau around 8am. 

Alhamdulilah cuaca sgt elok & kami xde masalah sepanjang penerbangan pendek tu. Sempat layan mee goreng mamak onboard (breakfast siap2 supaya tak rugi masa).
Masa kat airport juga kami antara yg awal keluar sbb mmg dah plan bawak 4 biji hand carry je. Senang & pantas (lagipun mommy xde nak shopping2 bagai. Iye ke?)

Keluar saja dah nampak Pak Supir kami tersengih menunggu. Kami gunakan perkhidmatan Pa'Unchu Aulia; the most friendly tour driver in ranah minang.Haaaa tudia. Bkn kami kata ye tapi dia sendiri yg kata. Hahaha!!!!!
Rasanya dia ni mmg femes kot among tourist dari Malaysia. Mmg tak dinafikan friendly sangat smpkan kami ni hari2 kena kutuk (eh dia usik2 manja je). Nanti mommy citer lagi pasal Pa'unchu ni. 





1st spot kami @Padang adalah Museum Adityamarwan. Nama museum tu diambil sempena nama salah seorang raja Malayapura pada abad ke-14, Adityawarman yang sezaman dengan Kerajaan Majapahit. Museum ini memiliki julukan Taman Mini ala Sumatera Barat. 




Biasala kalau dah namanya museum, semua perkara yang berkaitan dgn sesebuah negara @ masyarakat tu dipaparkan untuk tontonan umumKeunikan masyarakat Minang yang mendahului golongan wanita dalam segala urusan di ceritakan secara details. Yang menariknya juga museum ini mempamerkan ciri2 rumah minang @ rumah gadang. 


Ok, selesai lawatan ke museum….kami meneruskan misi mencari si anak durhaka. Haaa, sapa tu? 


Hehe, biasala. Walau dah ramai org Malaysia ni ke Ranah Minang & macam2 style percutian mahupun cerita. Yang pasti akan ada citarasa tersendiri. Pa'Unchu ni pun dah mcm2 org yang dia bawa & mcm2 selera percutian yg dia kena atur. Jadi selera & perjalanan kami sepanjang 4 hari di ranah minang ni lebih kepada percutian keluarga. Yang dapat memuaskan hati kami anak beranak. Itu yg nakkkkkk jugak cari anak durhaka sbb nak jadikan iktibar & pedoman kpd anak2 betapa pentingnya ketaatan kepada ibubapa.


Pada awalnya kami ingat nak jmp anak durhaka ni hari last tapi Pa'Unchu bagi cadangan yg lebih effisien iaitu kami terus aja ke Pantai Air Manis (tempat anak durhaka tu), kemudian baru ke Bukit Tinggi. Alhamdulilah misi kami berjaya (walau Pa'Unchu ada bgt ramai supir yg tidak suka ke Pantai Air Manis disebabkan keadaan jalan & sikap org2 di Pantai Air Manis).

Sebelum smp Pa'Unchu ada berpesan dengan tingkah laku peniaga di sana terutamanya jurufoto. Katanya pandai2 sajala Pak Asfa & Buk Ros handle ye.hehe dorg style memaksa kita amik gambar dgn kamera polaroid dorg. Tapi alhamdulilah kami santai2 aje & dia takde la paksa2 sbb kami bgt dah ckp kamera kami aja.




Si Ahdia & Anis dah excited masa tu nak tgk anak durhaka yang disumpah.. Mommy sibukla dok bercerita dgn dorg. Namanya Malin Kundang dik tapi kalau kat Malaysia & Brunei nama dia Si Tanggang. Dia kena sumpah sbb sombong dgn maknya bila dia dah kayaHehe. Yang bestnya balik dari trip ranah minang ni sibuk layan youtube cerita Malin Kundang a.k.a Si Tanggang.

 Actually kat Brunei pun ada juga kononnya batu ni namanya 'Jong Batu' tapi mmg xde la jadi tourist attraction & kesahihannya pun diragui…Menurut Pa'Unchu, batu Malin Kundang di Pantai Air Manis ni mmg betul2 asli berbentuk seperti org sujud tu tapi kesahihan kaitan cerita dgn Malin Kundang juga tiada 100% kesahihannya. Untuk menarik lagi pelacong dorg tambah2 la batu buatan utk nampak efek seakan2 kapal Malin Kundang yg pecah terkena sumpahan.



Ok, selesai drama Malin Kundang kami berpatah semula ke Padang. Masa di Padang ni mommy terpandang banyak durian2 dijual ditepi jalan. So, Pa'Unchu pun suggest kami try Es Durian yg femes @Padang. Pherghhhh!!!!syok giler es durian ni, betul2 pure flesh durian. Banyak plak tu, ditambah dgn topping ala2 cendul & coklat. Mmg recommended sgt utk u al try (yg geramnya gambar masa kat kedai ni diambil oleh Pa'Unchu blur sesangat & tak dpt diedit)….huhu!!!

So, sambil layan es durian dalam keta…..Pa'Unchu bawa puter2 sekitar bandar Padang, Pariaman tu. Lalu le kat perkampungan cina, sekitar bangunan2 lama & baru selepas gempa.

Pa'Unchu juga bawa kami melalui Jembatan Siti Nurbaya. Alahai sapa plak Siti Nurbaya ni? Sebenarnya cerita Siti Nurbaya ni seakan Lagenda Mahsuri la….tapi dipendekkan ceritanya Siti Nurbaya ni kisah percintaan tak kesampaian antara Siti Nurbaya dgn Shamsul Bahri (dlm hati mommy uishhh nama cam pelakon semasa je, hehe). Takde apa pun kat sini cuma perkampungan nelayan.

So, sambil layan es durian lagi kami mendengar cerita Pa'Unchu tentang ranah minang ni. Di kiri kanan jalan mommy tgk banyak betul gerai yg menjual ubi sengkuang…..ye ubi sengkuang, segar bugar putih bersih lagi. Rupanya menurut Pa'Unchu Kota Padang ni mmg dikenali sbg kota sengkuang. Eh yeke? Ingat kerbau.

Kerbau tu landmark keseluruhan ranah minang tapi sengkuang tu khusus untuk Kota Padang….oic…….br tau. Eh xde gambar lagi. Tak tahu le, daddy cam blur malas je shot gambar byk2 sampaikan Pa'Unchu dok kutuk daddy (usik la), katanya "seramai pelancong yg saya bawa, kameranya Pak Asfa yg paling besar & hebat tapi sayangnya cuma digantung aja"…….hahaha!!!!itu kutukan Pa'Unchu yg pertama kat kami (tunggu kutukan seterusnya ye). Mommy tau daddy dok mikior deco rumah baru dia tu, kik3x…

Pa'Unchu meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi, sementara kami ambil peluang melelapkan mata sekejap….


Kami terjaga dari tidur semasa Pa'Unchu berhenti ke tandas & tak lama selepas itu kami sampai ke persinggahan Air Terjun Lembah Anai.

Wow!!!!!bestnya air terjun ni. Betul2 sebelah jalanraya je. Walaupun tak la setinggi mana terjunam airnya tapi sudap cukup membasahkan muka kami dgn tempiasnya. Kalau ikutkan hati especially 2A tu mau berendam dalam air..

Lembah Anai ni sebenarnya mmg persinggahan wajib para pelancong especially yg dalam perjalanan ke Bukit Tinggi.

Dah puas posing & hirup udara segar, kami meneruskan perjalanan melalui Padang Panjang. Rupanya kat sini pun Serambi Mekah. ALhamdulilah, menurut Pa'Unchu majoriti masyarakat minang mmg beragama islam & masih kuat dgn akidahnya. Anasir luar terutama syiah mmg payah menembusi masuk ke ranah minang tidak seperti tempat lain di Indonesia, allahulam.

Kami smp ke rumah makan Pak Datuk hampir jam 3ptg..Perut mmg lapor bebenor. Rumah makan Pak Datuk ni mmg femes juga among Malaysian. Yang pasti masakan padang penuh meja la.



Selain makan, kami try juga fruits juice yg femes kat sini especially jus alpukatnya. Masakannya sedap, kami suka daging dendengnya & mommy juga suka dgn jering masak sambal ijonya.
Kenyang perut, suka hati……TAPI keluar2 je hujan mencurah2 turun…kami terpaksa skipped lawatan ke 'Pusat dokumentasi dan informasi kebudayaan minangkabau'…xpe, next time.

Pa'Unchu kemudian membawa kami ke Pandai Sikek. Katanya sebelum smp ke Bukit Tinggi, Ibuk Ros perlu berkenalan & belajar dulu mcmana memilih kainnya. Yang pasti bukan setakat berkenalan, mommy & daddy terus rembat bwk balik. Heheh!!! sib baik terus beli, tak byk masa nak shopping & harga pun lebih kurang sama je.
Tersenyum lebar penjual tu masa kami nak balik, katanya dtg lagi….iyola.

Tu haa, Pa'Unchunya yg terlebih friendly tu.
Kemudian sebelum smp ke destinasi, Pa'Unchu bgt mau bg rasa 'kuih neraka'…..Ya Allah terkejut kami especially 2A. Ahdia & Anis tak abis2 tanya camana kuih tu? blh makan ke mommy? tak dosa ke mommy mkn kuih neraka? nanti klau makan, kena msk neraka ke? Adik xnak makanla mommy, sbb adik nak msk syurga…..hahahaha!!!!adoiii pening. Gabra abis. Apala Pa'Unchu ni.

Rupa2nya kuih neraka ni namanya Bika Talago, di gelar mcm tu sbb tempat bakarnya meluap2 api cam dlm neraka…

End upnya mmg 2A tak jamah pun kuih tu, mommy & daddy je dok pulun. Sedap juga rasanya. Kami suka yg putih je sbb yg hitam tu rasa cam cekodok pisang je.
After makan & tapau bika talago kami teruskan perjalanan ke destinasi iaitu Bukit Tinggi.
Sampai & check in hotel dah hampir pkl 6pm.

gambar ehsan dr hp Pa'Unchu


Malamnya dalam pkl 9pm, Pa'Unchu datang ambil kami untuk dinner. Taknak lagi makan malam dgn nasi padang juga so kami pilih makanan yg ringan2 skit. Nak makan bakso sedap ttp plak kedainya, so Pa'Unchu bawa kami ke tempat makan santai2. Nama tempat tu 'Lesehan indomal'.  Review kami xsedap langsung makannya. Huhu order mee kat sana semua style mee segera. Kesian Ahdia mee pedas dihidangnya walau dah bgt tak mau pedas.


Yang uniknya daddy dipaksa minum teh telur. Eiiiwww….tak kuasa nak try. Tapi lepas perah limau nipis, baru hilang hanyir & sedap kata daddy…Sapa2 berani blh la try. Cuma kalau mmg nak lepak2 buang masa mmg sesuai la tempat ni sbb style duduk dalam pondok asing2.

gambar ehsan dr hp Pa'Unchu

gambar ehsan dr hp Pa'Unchu
Malam tu plak Ahdia start demam panas & batuk2…Ya Allah!!risau mommy takut melarat, mmg spoil la percutian. Ubat cuma bwk ubat demam. Nasib baik Pa'Unchu ni baik & prihatin, tambahan wifenya plak nurse. Pa'Unchu la yg tlg carikan ubat batuk yg elok. Katanya mana blh beli sebarang sbb takut xsesuai dgn kita org Malaysia. Pegi farmasi, byk dah tutup. Ada yg bukak xde plak ubat yg Pa'Unchu maksudkan…Last2 dia pegi ke farmasi hospital tempat wife dia keja…Kami nak bagi duit bayar, katanya tak payah buk…murah saja….heheh semoga Allah limpah ruah rezeki Pa'Unchu. Walau tengah malam tu temperature Ahdia mendadak naik, tapi alhamdulilah lepas mkn ubat & tuam dgn air…..dapat tidur & paginya dia dah ok.. Alhamdulilah lega sangat.

Saturday 2 January 2016

Melaka lagi…ZOo Melaka & Taman Mini Asean

Assalamualaikum & salam sayang.
Happy New Year 2016 untuk semuaMay 2016 give more happy return ; health, wealth & love. Inshaallah.
Cuti akhir tahun 2015, kami berpeluang balik Malaysia 3 minggu je. Dalam tempoh 3 minggu tu tersangatlaaaa semputnya rasa. Ada plan yg jadi & ada plan yg tak jadi. 

Touched down KLIA pada 2hb Dec. Sempat rehat sehari je pastu 4hb kami dah gerak ke Melaka (ye Melaka lagi) Kali ni family trip yg diatur makngah. She sponsored homestay 3 hari kami kat Melaka. Tak yah review la homestay tu sbb biasa2 je rumah teres & tak berbaloi rasanya dgn harga Mommy ada bagi suggestion chalet & homestay yg lagi best tapi makngah katanya dah lama booked. Emmphhh!!!

Pepepun, the trip was enjoyable especially to the kids. Mana taknya kami pegi Zoo Melaka & Taman Mini Asean.

Malam pertama sampai Melaka kami pekena asam pedas @ Asam Pedas Kota Laksamana.. Phewww ramai betul manusia, penuh melimpah2 sampai ke jalan. Sorry la xde gambar plak nak share, sbb mlm tu rasanya dorg2 ni dok snap guna hp je (mommy pun pelik daddy leni, dah lemau nak snap gambar. Pasni mommy kena snap sendiri la ala2 blogger tersohor :P). 


Dah kenyang perut pekena asam pedas (risau gak masa tu sbb takut kena cirit birit lagi cam trip sblm ni), kami ronda2 kat Jonker Walk. Masa smp dah around 11pm+….rupanya dorg ni ttp 12am. Ingatkan lambat lagi tutup. Pepepun sejam tu sempat gak la merembat hasil jualan yg berkenan di hati. Heheh.

Hari ke-2, paginya kami terus ke Taman Mini Asean. Sebelum masuk sempat breakfast kat luar tu. Makanan ada yg sedap & ada yg kureng. Harga? xtau nak kata mahal ke murah sebab mommy skrg ni dah blur skit dgn current RM brg2 kat Msia.

Sebelum masuk juga sibuk dok window shopping barang2 souvenir , aishh teringin nak beli tudung saji anyaman yg pelbagai warna tapi daddy dah warning keta penuh dgn budak2, mana nak sumbat. Last2 beli bakul bag anyam je. Takpela next time blh dtg lagi.

Kat dalam Taman Mini Asean tu u al pun tahu kan ada deretan replika rumah2 negeri. Kalau org tua boring la kot sbb dah muak dgn rumah kampung tapi bagi budak2 & org kota mmg menarik juga lawatan ke rumah2 negeri ni.

Tambahan plak diadakan aktiviti2 di setiap rumah tu. 
Siap boleh test skill lagi cam dorg ni haa.

Mula2 tu pakat dok pusing gasing. Daddy boleh la pusing sbb mmg mainan dia masa kecik tapi yang budak2 skrg ni mmg xde lagi dah skill tu. 

Ada jugak dalam rumah (tak ingat Perak ke), makcik ni jual kerepek. Ingatkan mula tu demo masakan je rupanya mmg dia jual.

Pastu, kami pusing lagi & nampak ada gerai jual ais kepal (mcm ABC tu tapi kisar ais guna tangan cam zaman2 dulu). Kat bahagian belakang rumah tu plak ada dibuat reban. Berpeluang la budak2 ni feed the animals. Yang paling best bagi makan itik. Hehe semua geli kecuali Si Asyraf.

Satu lagi permainan kampung yang disediakan ialah melastik tin kosong…Hahaha!!!!semua pun xleh challenge jaguh kampung 'daddy'…Budak2 moden skrg ni mana nak kenal lagi lastik. Berebut2 la tunggu turn nak melastik.

Masa lalu kat rumah Terengganu, mommy nampak ada batik painting. Apalagi terus panggil Anis&Ahdia untuk cuba since durg ni suka sangat melukis & mewarna. Satu blok corak tu rm12, warna suka hati nak color apa. Best juga kalau nak hilang stress relax2 sambil canting ni. 

Yang lain2, cam biasala dipamerkan perabut lama & kelengkapan2 lama untuk setiap rumah negeri.

Habis lawatan ke Taman Mini, kami bergerak ke Zoo Melaka plak.. Dekat je Taman Mini & ZOo Melaka ni (kira cam sebelah je).

Mula2 tu round zoo naik train. Kemudian tengok bird show. Pastu baru menapak ke tempat2 yg budak2 ni request. 











Elok aje keluar dari zoo, mencurah2 hujan. So, kami ambil kesempatan unutk balik ke homestay dulu utk rehat2.


Malamnya dinner kami layan seafood kat Restoren Muara Sg Duyung. Masa sampai nak parking aje pun dah sesak, nak masuk pun sesak siap kena beratur amik table. Punya la ramai manusia. Nasib baik service kira ok jugak. Takde la lama sangat nak tunggu dapat table.

ALhamdulilah makanan mmg sedap & berbaloi2. Alhamdulilah juga mommy xde kena cirit birit. Confirm makanan bersih & selamat untuk dimakan :D

Lepas makan, durg ni nak pegi uptown plak.. Huhu ikutkan mata mmg dah mengantuk sangat tapi dah alang2 window shopping, kena la betul2 shopping baru berbaloi. Hehe.
Keesokan paginya, plan awal nak ke rumah mak saudara durg tapi cancel sbb dah terlambat & tak tau jalan (padahal dah g byk kali)….. So, kami masuk bandar hilir kejap. Shopping souvenir & durg ni masuk museum marin. Pastu bergerak nak balik. Belum sempat nak lepas ke highway, keta kami overheat & bust. Dipendekkan citer, malam tu keta kami kena towing ke workshop. Huhu…..disebabkan itu juga la plan kami nak balik Besut ziarah mok tak kesampaian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...