بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 26 November 2015

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang.

Assalamualaikum & salam sayang…

Mommy just nak simpan gambar & kenangan Colmar Tropicale. From Saujana Janda Baik, kami singgah untuk menikmati 'kepanasan' di Colmar Tropicale sebelum balik ke KL. Ni kali kedua buat daddy, mommy & Arfa tapi 1st time untuk Anis & Ahdia.

Suasananya seperti berada di negara Peranchis.hahaha nak gelak guling2 rasanya dgn wording ni.


Rasa mcm tak berbaloi je masuk sebab xde apa yang menarik sangat (tak byk beza dgn pegi 1st dulo2). Tambahan dgn tiket yg mahal. Hampeh!!!

Lagipun kami just pegi sekejap. Kalau u al ada byk masa & stay smp mlm mungkin dpt buat banyak aktiviti lain seperti menikmati minum tea di Japanese Garden, menyusuri botanical garden, bermain2 dgn arnab & rusa di animal park, melakukan aktiviti lasak etc. Tapi semua tu additional ticket lg. 

Cuma yang rasa menarik sebelum balik tu sempat la kami mengurat black swanuishhh jinak2 angsa & malu2 angsa jugak. Ada la 2 ekor dalam kolam tu tgh dok bercanda. Seekor hitam & seekor lagi putih.
Tiba2 teringat kenangan mommy & daddy mengurat angsa hitam kat New Zealand. Masa tu mmg jakun la 1st time tgk. Tapi actually cantik angsa hitam ni mungkin sbb rare & kita dah selalu tgk yg putih.




Monday 16 November 2015

Bubur Asyura Pantai Timur Versi Noxxa

Assalamualaikum & salam sayang… 
Ni cerita Hari Asyura tahun ni. Kalau tahun lepas berangan je nak buat bubur Asyura pelbagai jenis kan.. Refer cerita tahun lepas. Alhamdulilah, tahun ni Allah bagi chance merasa makan bubur Asyura. Bukan setakat bubur Asyura negeri sendiri tapi variety dari negeri2 lain lagi. Heheh seronok betul layan anak tekak. Btw xde dpt apa2 ganjaran pun buat bubur Asyura sempena Hari Asyura ni melainkan pahala amalan puasa sunat tetapi atleast niatkan la aja sedekah bagi kawan2 & family makan. Dapat jugak extra pahala, inshaallah


So yang teringin tu jangan susah hati, guna je periuk ajaib NOXXA. Senang cerita, cepat & mudah (tapi berkecah jugak le dapur sebab gelegaknya melempah2 keluar). Pepepun mmg cepat. Dalam 1 jam dah siap bubur asyura versi pantai timur mommy. 


Jom layan gambar koleksi bubur Asyura kami tempohari. Versi mommy yg Ganu Kite, yang ada topping telur dadar tu. Cuma bila dah hidang kat org2 yg tak biasa makan mmg pelik la dorg dgn versi kami punya. Kata dorg xleh masuk sebab rasa berempah & manis. Alahai..xpela xleh nak paksa tastebud masing2. Bagi mommy versi pantai timur kami tetap yg terbaik. Oh satu lagi kami plak bila dah rasa bubur asyura dorg blh je masuk sbb kami pun biasa buat style camtu tapi kami panggil bubur lambuk. Kik3x……
Nak resepi tu ada kat bawah.
Rempah plak mommy buat sendiri sbb mana nak ada jual kat Brunei ni weh.


p/s: mommy letak topping sambal ikan & telur dadar

# Resepi rempah sugho

Bahan2:
50g biji ketumbar
20g jintan manis
10g jintan putih
10g lada hitam
5 btg kulit kayu manis

Caranya:
Sangai semua bahan2 & kisar halus semua bahan2. Siap.




Thursday 12 November 2015

Tumis Jantung Pisang

Assalamualaikum & salam sayang.
Menu dah lama jugak ni tapi baru sempat nak jotdown
Mommy tak pandai makan masakan lain jantung pisang selain celur cicah budu & kerabu jantung pisang..
Aritu mommy beli sebiji jantung pisang & decided nak try masakan selain mentioned kat atas.

Google jmp resepi dari Along Roz ni. Bila study cam menarik. So mommy cuba & end up sedap sesangat.. Yang suka masakan kampung sure suka ni.. Jom try


Bahan2:
1 biji jantung pisang (hiris nipis)
2 tangkai cili kering*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu kecil belacan*
1/2 kiub ikan bilis (mommy guna ikan bilis segar yg ditumbuk)*
1 sudu besar sos tiram

Caranya:
1. Ramas jantung pisang yang dihiris dengan garam. Basuh & toskan.
2. Tumbuk/kisar bahan2 bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak sehingga garing.
3. Masukkan jantung pisang tadi & gaul rata. Tambah sedikit air jika suka kuah & perisakan dengan sos tiram, sedikit garam & gula.
4. Sedia dihidang bersama nasi panas.



Tuesday 10 November 2015

Saujana Janda Baik


Assalamualaikum & salam sayang.


Cerita basi tapi tetap kena hadap.
Cuti2 Malaysia kami dengan family dr Kulim. Anak beranak, menantu hantu & cucu2 Pak Din kumpul kat Saujana, Janda Baik. 

Kami stay semalaman je. Memandangkan nak rasa suasana dok rumah kayu kampung maka pilihan yg tepat jugala Saujana ni. 
Ada 2 pilihan rumah, tapi masa kami p hanya satu rumah yg available.Harga boleh tahan nafas gak lau al google la sendiri ye details. Kami dapat info ni pun dari blog sudipvssenduk. Tq la u al ye.

Rumah yg kami stay haritu jenis Chemperoh.katanya boleh muat up to 20pax. Kami satu family besar ada 11 kepala besar & 9 kepala kecik. Heheh!!!! ngam2 soi la kan

Tapi rumah yg disediakan mmg xde bilik (so mmg xdak privacy). Bergelimpangan semua tidur. Kruh kroh jgn cakap leer. Ada yg berjaga tak tidur tu nasib le dengar lagu heavy metal kami memalam. 

Yang bestnya walau xdak bilik, tapi tilam & bantal mmg berlebih2, terasa mcm balik kampung betul.

Aktiviti yg boleh dibuat kat sini…….


Kami mandi ayaq sungai, BBQ, main bolatu ja.

Cukupla kan sehari aktiviti tu. Nak buat sukaneka xde masa nak buat meeting AJK, hahaha.

The next morning tu, sedang syok kami mandi ayaq sungai ada pakcik datang jual madu kelulut asli. Kami yg baru balik dr Cameron Highland ni xheran sgt & tak berminat pun nak beli. Tapi alhamdulilah rezeki pakcik tu, yang lain2 dok pakat beli berbotol2. 

Lepas dah puas budak2 main bola & mandi sungai kami pun bersiap2 check out & akan teruskan perjalanan ke Colmar Tropicale.

Sat je menghijaukan mata & perasaan. Tapi cukupla, cuti kami pun dah nak abis ni.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...