بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 26 October 2015

Daging Hitam (noxxa style)

Assalamualaikum & salam sayang.
Lagi resepi Noxxa nak simpan hariniYang ni lagi special sbb dah lama cari resepi yg betul2 sama dgn daging hitam ustazah. Arfa & Ahdia sangat2 suka daging hitam kalau ustazah yg buat. Ada jugak dulu mommy tanya ustazah resepinya tapi xde details so cam malas nak bereksperimen.


Bila terjumpa resepi ni dalam grp resepi noxxa maka harusla mommy cuba. Alhamdulilah mmg sebiji rasa yang sama.
So, anak2 ini resepinya.


Bahan2:
1.
500g daging - potong nipis
1 sudu besar jintan kasar *
1/2 sudu besar jintan halus*
4 biji cengkih*
1/2 cawan kicap mee tamin
1/4 cawan gula merah/nise
(Sangai bahan2 bertanda * & tumbuk. Kemudian perap daging dengan semua bahan2 di atas sekurang-kurangnya sejam)

2.
20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2cm halia
(kisar semua bahan2 di atas)
2 batang serai
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Air asam jawa
Garam
Gula

Caranya:
1. Guna Mode SF: Tumis serai dulu sehingga wangi baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. Kacau sampai wangi semerbak (dlm 2-3 minit).
2. Masukkan bhn2 yang dikisar & tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan daging yang diperap & masak sehingga kecut.
4. Tukar Mode HP: Tekan HP 18 minit. Tunggu sehingga selesai.
5. Selepas release pressure, masukkan air asam jawa, garam & gula. 
6. Tukar Mode SF: kacau sekejap dalam 1-2 minit untuk keringkan kuah. Siap

(boleh tambah ubi kentang jika suka).

Saturday 24 October 2015

Pizza Mudah Noxxa


Assalamualaikum & salam sayang.
Sekarang ni fenomena betul Periuk Ajaib Noxxa. Tak sangka tiba2 je tahun ni dia kebabom dikenali ramai. Ramai juga yang by hook & by crook memiliki Noxxa ni. 


Mommy walau pun dah beli tahun 2013, tapi takde la byk sangat gunanya. Pada peringkat awal mommy beli pun sbb pressure cooker. Adalah juga a few resepi yang mommy buat especially pulut kuning, rendang, stew, sup tulang etc. 

Tahun ni mmg berlambak2 resepi di pasaran fb & cukup menyenangkan hati para suri semua untuk menyediakan juadah, bukan setakat juadah biasa2 tapi juadah2 luarbiasa bisa disediakan ibarat petik jari. Hehehe..seronot betul.


So, selepas beberapa tahun memiliki & beberapa juga resepi mommy dah buat, maka mommy rasakan dah tiba masanya mommy kumpulkan semua resepi2 Noxxa @Wind of Change ni. Lagi senang nak cari, kalau tak jenuh gak nak kena search @fb.
So, harini mommy simpan resepi terkenal Noxxa. Yang ni dikongsi oleh Anna Suhana.

Jom layan pizza……dah blh say bye2 dah kat pizza hut, domino bagai. Kalau sebelum ni bt juga guna BM & bakar dlm oven. Lama le prosesnya, tapi dgn Noxxa.Ya ALLAH sukernya, cepat & senang. Anis & Ahdia suker betul. Hari2 layan pizza pun mommy sanggup.

Thursday 22 October 2015

Anis 10th Birthday

Just simple birthday celebration during Anis 10th birthday.


Normally they celebrated with friends at school but since Anis pun dah grown up & mommy pun mood malas dah skrg ni nak mengangkut segala bagai ke sekolah dorg……so we only had simple one kat rumah. 


Acara potong kek (pink tu kami beli kat supa save & the yellow one hadiah drp Areesya).


Since daddy busy memanjang & rumah kami hangat (aircond byk yg rosak), so mommy decided to invite only Aree & jiran bini sahaja. Fyi, bini2=perempuan (bahasa Brunei).


Alhamdulilah mommy served laksa johor & spaghetti bolognese for main course & follow by bubur barli & jagung. Side dishes ada cream puff (K.Maria beli), keropok lekor frozen, karipap daging, ayam & sardine (order from my friend), buah2 & biskut tart.






Wednesday 21 October 2015

Baked Spaghetti

Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy jotdown resepi simple tapi sgt menarik especially utk kanak2. 



Baked Spaghetti ikut olahan mommy, based to citarasa 3A.
Buat dah few times tapi baru berkesempatan simpan kat sini.
Jom tengok resepi.


Bahan2:
Spaghetti (celur & toskan)
Bolognese sauce
Kimball creme soup (we prefer chicken mushroom)
Minced beef/sosej/chicken shredded/etc (ikut suka nak letak protein apa)
Bawang besar holland (dadukan)
Olive oil
Garam
Gula
Mozarella Cheese
Aluminium Foil cups

Caranya:
1. Panaskan olive oil & tumis bawang holland sehingga layu.
2. Masukkan protein & masak sehingga garing.
3. Tambahkan sos bolognese kepada protein & reneh sehingga pekat. Tambahkan perisa garam & gula.
4. Seterusnya masukkan spaghetti yang telah dicelur & gaul sebati. Ketepikan.
5. Susun aluminium foil cups di dalam dulang. Scoop spaghetti yg telah dimasak ke dalam cups sehingga penuh.
6. Sendukkan sup kimball ke dalam spaghetti sehingga menutupi permukaan.
7. Kemudian, tabur mozzarella cheese di seluruh permukaan atas.
8. Akhir sekali bakar selama 25-30 minit pada suhu 180'C.


Ni belanja kawan2 jahit mommy last Wednesday

Monday 12 October 2015

CAMERON HIGHLAND - Day 3

Assalamualaikum & salam sayang..
Mommy tenung2 Wind of Change ni & tiba2 mata tertumpu kat post tahun 2015 ; alahai baru ada 28 post. Memang dah level lemau kena buang dah ni kalau biskut dalam balang. Tak tau leee….mmg dah xde mood kdg2 tu nak jot down cerita apatah lagi resepi. Kalau ada kelapangan pun ada je kenkangan. Tambahan plak lately ni, Mr Mac telah di conquer oleh Ahdia plak. Takpelakalau ditakdirkan hayat Wind of Change panjang ada le tu post dr mommy kat sini. Resepi pun skrg ni semua nak ringkas je. Tambahan dah berlambak2 resepi noxxa kat fb membuatkan semuanya jadi SEGERA. Tapi ada jugak la something yg simple2 mommy nak simpan kat sini sbb nanti senang nak cari untuk diri sendiri & anak2. Kalau kat fb pun leceh nak refer balik kalau tak save @ share.


Harini, mommy gagahkan jugak siapkan N3 CH. Last day kami kat CH tak banyak yang kami buat. Check out dari Century Pines Resort around 10am. 

Sedikit tentang Century Pines Resort. Terletak di Tanah Rata (berhadapan dengan Terminal Bus). Menawarkan 153 bilik dengan harga yang berpatutan. Sangat sesuai untuk penginapan keluarga kerana mereka menyediakan bilik yang luas & selesa. 


Maklumat lanjut tentang Century Pines Resort blh refer
sini… 


Selesai check out, kami pekena breakfast kat gerai sekitar Tanah Rata. Kemudian mommy mitak daddy round sekejap kawasan Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata, Cameron Highland untuk mengimbau kenangan mommy & kawan2 (masa darjah 6 dulu kat hostel durg ni la kami menginap). Heheh!!!! daddy plak tak jmp sampai ke sudah banglo tempat dia & kawan2 USM KCP sewa masa durg ke Cameron Highland dulu. 


Seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke KL.
Otw tu kami singgah kat  Bharat Tea Plantation sekali lagi. Borong teh dgn jenama Cameron Valley. 2 gegirls tu shopping gak souvenir utk diri sendiri & cousin. Masa smp @Habu, kami decided singgah kat Bee Farm (masuk simpang yang sama nak ke BOH tea plantation @Habu). Mulanya ingat nak kutip strawberry lagi tapi melihatkan buahnya yg kecik2 so cancel. Kami just beli madu & a few teh halia. 

Masa nak keluar simpang ke jalan besar, ternampak plak kebun strawberry. Nampak dari luar cam tak best tapi try nasib je Bila masuk tgk gemuk2 jugak strawberrynya. 

Pekerja bangla plak sporting bagi amik banyak2 & bagi mureh2. So angkut le 6 packs. 
Abis dah kenangan Cameron Highland kamibalik ni kami terus ambil Abg Afan & bergerak ke Janda BaikTunggu la citer Janda Baik kami plak ye. Ni kira percutian keluarga besar dgn geng dari Kulim. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...