بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 18 September 2014

Pertunjukan Bot Berhias & Bunga Api @Tutong

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy dah blank ni tak tau nak start camna. Banyak gak N3 tertunggak tapi idea beku nak membebel. 
Ok2, ready set Gooooooo. Kita mulakan dgn acara sambutan sempena birthday Sultan Brunei ke 68 baru2 ni. Actually birthday Sultan adalah pada 15 Julai tapi disebabkan masa tu bulan Ramadhan, so semua acara keraian ditunda selepas raya kecuali acara2 keugamaan seperti majlis khatam Quran 68 & sebagainya dilakukan dalam tarikh kelahiran baginda. 
So 31 Ogos baru2 ni (kalau org Malaysia sibuk celebrate 57 thn Kemerdekaan), telah diadakan sambutan penutup sempena birthday Sultan.
Fyi start seminggu lepas raya tu dah diadakan pelbagai acara sambutan seperti persembahan pentas, gerai jualan & pameran juga acara2 keugamaan. Jadi malam 31 Ogos tu kira penutup sambutan. 
Apa yang best malam tu selain gerai jualan & pameran ialah acara bot berhias & klimaks ialah pertunjukan bunga api. Tak ketinggalan ialah perarakan oleh kumpulan kaum2 yg terdapat di Tutong dengan pakaian2 tradisi mereka. Walau perarakan pendek tetapi tetap menarik perhatian.
Untuk acara bot berhias plak, bot2 persendirian dihias dengan arca & lampu2 berhias melambangkan ucapan rakyat kepada Sultan kesayangan mereka. Bot yang mengambil bahagian tak sampai pun 10 buah tetapi tetap seronok menunggu satu demi satu bot2 bergerak perlahan melintasi penonton. 
Selesai perarakan bot berhias, tiba2 muncul pula speedboat (2 buah kot xperasan sgt) dengan laju & melakukan aksi stunt. Diperciknya air sungai ke arah penonton. Hahaha!!!!cepat2 le blah sebelum basah.
Yang paling kami suka of course pertunjukan bunga api. Kalau nak compare yg kami pernah tengok sebelum ni kat HK, Korea & Singapore rasanya yg ni paling best. Bukan saja lagi cantik tetapi cukup lama sampaikan terasa lenguh tengkok mendongak ke langit & berdebar2 dada menahan bungi dentuman yg kuat. 

Dalam dok seronok2 tu pun mommy dok seriau gak la camna la perasaan org Palestin dgn bom2 yg berdentam dentum jatuh dari langit. Kita yg seronok ni pun terasa seriau, apatah lagi mereka kan?


1 comment:

Lynn Huraiza said...

cantiknya bot...cantiknya bunga api...betul cakap akak...bila tgk bunga api ni cepat berderau darah sbb bunyinya kuat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...