بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 26 June 2014

Melawat Sofia di Hospital Sg Buloh


Assalamualaikum & salam sayang.
CAKKKKK Wind of Change!!!!!!
Huhu!!!Brunei bagi cuti 10 hari je tapi mommy lebih2 plak bercuti dr dating dgn Wind of Change ni.


Apa khabar semua ye? semoga semuanya sihat2 & dalam lindungan ALLAH. Kami alhamdulilah sihat walafiat & selamat dari sebarang musibah sepanjang di Malaysia, Singapore mahupun tiba di Brunei. Walau hati dalam keadaan risau & berdebar2 sepanjang di Malaysia dek pengalaman lepas & terkesan dgn berita2 buruk yg berlaku di Malaysia tetapi alhamdulilah perasaan menjadi aman tenteram sebaik menjejak kami keluar dari KL (mmg hati gusar je bila touchdown KL). Within 10 hari cuti tu kami mmg mcm lipas kudung le mengatur jadual ke hulu ke hilir sebab nak cover byk tempat. Mula2 KL 2 hari (terlajak jadi 2 1/2 hari sebab melawat anak buah yg operate appendiks), kemudian ke Kulim 2 hari, terus ke Teganu 2 hari. Dari Teganu kami ke Johor & spend 3 hari termasuk sehari cross ke Singapore. Otw balik KL (flight midnite) sempat lagi atur jadual nak spend @Melaka tetapi disebabkan singgah rumah pak sedara daddy & dia pun nak ikut kami p KL maka masa banyak abis kat situ menyebabkan masa @Melaka mmg xsempat buat apa. Phew!!!!!ngalih (bahasa Brunei ni utk penat).


N3 ni mommy nak simpan kenangan kami melawat Sofia @Hospital Sg Buloh. Kesian betul dgn Sofia sbb banyak ALLAH duga dia. Pepepun semoga Sofia cepat2 sembuh & InshaALLAH kita dapat bersua muka lagi. Amin3x.




Monday 9 June 2014

Fries with Bolognese Sauce

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Huhu!!!!!!jelesnyeeeeeee tgk org jalan2 bercuti dgn anak2. Bestnyeeeeee dok Malaysia, windunyeeeeee Malaysia. Tula manusia, bila depan mata tak nampak tapi bila dah berjauhan baru terkenang2. Tak sabarnyeeeeeee nak touchdown Semenanjung Malaysia tercinta. 
Ya ALLAH!!!!!!peliharala Malaysia agar aman damai & terhindar dari segala musibah & kecelakaan hasil perbuatan manusia2 yg munafik.
(Mode: Nak Cuti2 Malaysia)


Untuk org yang tak cuti ni layan le menu kegemaran kanak2 (untuk mak bapak anak2 makan berpada2 la ye, keju mewah ni).
Tak tahu nak bagi nama apa so, gitule tajuk N3 harini.
Kalau dah ada sos bolognese & keju mmg takyah cakap banyak, cicah dgn krim kracker pun jalan.


This time mommy buat dengan fries. Senang je..
Mula2 sediakan sos bolognese. Boleh guna daging kisar@ayam kisar. Kemudian, goreng fries sehingga garing & tos. Masa kedua2 bahan masih panas hidangkan dengan cara letakkan fries ke dalam bekas, curahkan sos bolognese & akhir sekali tabur cheddar cheese.

Cara makan: Berebut2 sesama adik beradik. Alhamdulilah

(boleh tukar fries dgn other crispy pasta chips, nachos etc)








Saturday 7 June 2014

Cili jeruk

Assalamualaikum & salam sayang.



Ni resepi clear bahan2 gak ni. Lama dah tak buat, tapi memandangkan banyak lebihan cili dari hiasan pulut kuning, maka mommy terfikir untuk buat cili jeruk sebelum semua cili2 tu buruk. Sayangkan bila beli cili segar bugar tapi lambat guna dah buruk. Misi menyelamat pun bermula.


Bahan2:
Cili Hijau (yg segar2)
Gula
Garam
Cuka secukupnya

Caranya:
1. Basuh bersih cili & toskan sehingga kering.
2. Hiris cili (jgn halus sgt), kalau guna cili padi xyah hiris dah.
3. Masukkan cili yg dihiris tadi ke dalam bekas bertutup & goncang (utk buangkan bijinya).
4. Kaup cili tanpa biji (kalau ada sikit2 tu xpe la) & masukkan ke dalam botol kaca.
5. Tambah sedikit garam & gula.
6. Curahkan cuka makan sehingga menutupi cili2 tadi.
7. Tutup botol & goncang seketika.
8. Biarkan selama sekurang2nya 1 jam sebelum dimakan (tgk warna cili berubah menunjukkan ia telah dijeruk).
9. Simpan ditempat kering@boleh juga disimpan dalam peti sejuk.


Friday 6 June 2014

Cream Puff with Strawberry Cream

Assalamualaikum & salam sayang.
Agenda meng 'clear' kan bahan2 sebelum berlayar ke Malaysia ni. Bila dah lama tak baking making ni rasa cam kelam kabut plak nak mengadun. Padahal senang je buat cream puff. This time mommy buat cream puff berintikan krim strawberi.



Dah lama dok tenung resepi ni dalam buku 'Aneka Masakan Barat' Alaf 21 ni tapi tak terbuat2. Cam mana boleh terbuat pula? Jawapannya sebab nak habiskan krim yg buat Fresh Strawberry Cupcakes ni dulu.



Punya la lama peram krim tu dalam freezer, sib baik boleh guna lagi. Okey, resepi puffnya mommy refer resepi DULU.



Cream Puff

Bahan2:
*200g tepung gandum
*100g mentega
*5 biji telur
*250ml air
*Sedikit garam
*3 sudu kecil gula halus

Caranya:
1. Jerang air dengan mentega hingga mendidih. Biarkan 1 minit.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam air panas & kacau hingga menjadi doh.
3. Matikan api, biarkan adunan suam.
4. Dengan mesin pemutar, kacau adunan & masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. Setelah adunan gebu, masukkan adunan ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bulat (mommy pilih nozzle ikut kehendak k.Anis).
6. Paipkan mengikut size yang digemari di atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega.
7. Bakar sehingga masak dengan suhu 180'C (anggaran 20-30 minit).
8. Setelah cream puff sejuk, belah menggunakan gunting & bolehlah disapukan inti krim strawberi.



Untuk krim plak actually guna yg lama tapi u all boleh refer resepi kat bawah juga.



Krim Strawberi

Bahan2:
500g strawberi -dilecek
375g krim putar (whipped cream)
40g gula kastor
1 sudu kecil perisa strawberi (mommy guna syrup hershey)


Caranya:
1. Pukul krim putar & gula sehingga gebu.
2. Masukkan strawberi & perisa strawberi. Kacau sehingga sebati.
3. Siap (boleh sejukkan dulu dalam peti ais jika tidak digunakan).


Thursday 5 June 2014

POKOK TIN/FIG

Assalamualaikum & salam sayang.
Heheh!!!!arini dah boleh bersiaran. Itu pun selepas delete blogger dr iphone & install semula.
Gamaknya pening dia sebab nak upload gambar banyak2. Pasni kena buat satu2; slow & steady.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mommy nak mulakan citer pasal pokok 'Tin' ni……….
Last weekend kami ke Tenom, Sabah sebab ada jemputan kenduri kahwin adik 'Pak Ngah'. Kebetulan Sabtu tu cuti juga sempena hari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kalau kebiasaan, Sabtu adalah hari persekolahan. Ikut plan awal nak pegi Labuan dulu, pastu amik ferry ke Menumbok, Sabah (so xyah drive jejauh). Tapi disebabkan agen kami ngok ngek lambat htr pasport (lps renew permit), maka terlepas la waktu ferry. End upnya kami gamble je bertolak petang Sabtu & plan nak overnite mana2 samada Lawas@Sipitang@Tenom.


Bila dah sampai Temburong, Brunei (wah dah senang sekarang sebab jambatan persahabatan antara Malaysia-Brunei dah siap. Dulu kena beratur naik ferry (refer entry ni), tiba2 je daddy melencong ke Taman Negara Temburong (atas desakan Arfa). Sib baik tak jauh sgt nak ke Batang Duri (tempat nak naik perahu ke Taman Negara Temburong). Ingatnya daddy cakap nak overnite kat situ sebab pepagi blh naik Canopy Walk dulu sebelum sambung perjalanan ke Tenom. Malangnya bilik semua penuh sebab ada budak2 sekolah buat perkhemahan.


Masa otw patah balik tu, kami singgah kat satu masjid kampung (alaaaaaa, serius lupa nama masjid ni. Ni lah mommy punya penyakit, LUPA. Ya ALLAH!!!!!ampunkan dosa2 ku). 
Dorg dok tengah solat tu, mommy buat lawatan kawasan (heheh!!!!tau kan cuti). Sekali terpandang pokok ni…….ye POKOK TIN aka FIG. Wah!!!!!serius jakun sebab dah lama sesangat mommy tak jumpa bukan setakat pokok, buah yg fresh pun. G mekah dapat tgk & makan yg dah kering je selalu kan. 


Masa mommy sekolah rendah dulu, ada sorang budak laki kelas mommy ni rumah dia ada pokok ni. Besar pokoknya depan rumah. Kami balik sekolah suka la jugak main2 bawah pokok tu & ada la jugak mengutip buah2 yg dah ranum. Memang pokok tin ni unik sebab buahnya melekat kat batang, bergugus2. 
Masa mommy jumpa pokok ni aritu, mommy bgt la daddy……Haaaaa!!!!!sekali dia lagi tak pernah tgk live pokok tin. Buah tin pun tak kenal. Bila mommy explain baru le dia berminat nak g tengok pokok tu. Kena kenal buah tin ye anak2 sebab ni buah syurga, ada dalam al-quran. 
Yang lagi syok, masa mommy google pasal buah tin ni jumpa FB yg cerita pasal pokok tin ni kat Malaysia. macam2 jenis rupanya buah tin ni. Yang dorg tanam tu serius menggiurkan. U al tgk kat SINI.

Wednesday 4 June 2014

Homemade Orange Cream Icecream

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Tak dpt bersiaran dengan resepi & cerita ceriti bergambar due to mobile uploading tak setel2 dah masuk 2,3 hari….Tak reti apa benda yg problem tapi status uploading memanjang………………….
Menaip guna PC tapi gambar semua dr hp. Huhu!!! 
Meanwhile layan la resepi best kat bawah ni. Mommy belum try lagi tapi rasa cam terliur meleleh2 dah ni. kalau 3A tau resepi ni mau tiap2 hari suruh buat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...