بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 30 May 2014

Pulut Kuning Berhias

Assalamualaikum & salam sayang.
Amboi syoknye org Malaysia dah cuti sekolah..Mesti ramai yg bawak anak2 cuti2 Malaysia @ cuti2 obersea. Kami kat Brunei belum start lagi. Inshaallah 13/6/2014 ni baru start cuti.


Kalau dah musim cuti sekolah, kenduri kahwin pun banyak le jugak ekk? Kat Brunei ni plak takyah tunggu cuti sekolah, tiap2 weekends pun ada org buat kenduri kahwin. Yelah..negara dorg kecik, anak beranak pun duk dekat2 je, buat apa nak tunggu cuti sekolah sebab jemputan seluruh negara pun blh datang balik hari je (siap 2,3 majlis lagi boleh pergi).


Ehem!!!!sebenarnya mommy nak citer ni pasal majlis jemputan pertunangan anak jiran kami (anak k.Maria a.k.a kakak kpd Areesya). Bakal pengantin ni dah lama berkenalan sebab ada pertalian saudara & duduk pun sekampung ni haaa (dari kecil dah kenal). Walau sekampung & sanak saudara yg sama tapi ramai juga jemputan. Biasanya dorg ni buat kenduri apa2 pun mmg tak kacau dalam rumah, mesti buka canapoy & cater je makanan. Suasana jemputan tu lebih kurang sama cam kenduri kahwin yg mommy pergi dulu. Walau rapat juga dgn keluarga beliau tapi mommy segan nak menempek dalam rumah (anak beranak terdekat dorg je yg berkeliaran dalam rumah) & join semua jiran2 lain kat luar (melepas le tgk live & snap upacara pertunangan tu kat dalam rumah).


Cumanya, lebih meaningful majlis Teekah ni sebab k.Maria requested mommy buatkan Pulut Kuning Berhias untuk majlis ni. Ya ALLAH!!!!! serius seriau bila k.Maria requested tu tapi sebab fikir ada periuk magic & mommy pun cam minat nak deco2 tu so sahut je cabaran k.Maria.

Heheh!!!!hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Mula2 tu, cam ni rupanya. Selapis je sebab nak kena layer lagi satu yg berlubang (utk letak rendang daging).


Selepas berhempas pulas memikir camna nak buat kolam tu (phewww!!!!seksa gak). Jadile camni rupanya.


Kedian, mulala mendeco, selit sana selit sini. susun sana susun sini. Jadile semak samun camni plak.


Lastly!!!!!!!!!!aku lupa snap gambar. Sepatutnya ada 2 ekor burung duk bertenggek tepi kolam rendang tu. 

Huhu!!!!!bila dah kalut nak g hantar tu, terlupa nak snap gambar pulut kuning berhias yg sempurna (mintak k.Maria snap kat rumah dia tapi dia cakap dok busy dia pun terlupa, tgk2 org dah tutup dgn net pulut kuning tu). Alahai!!!!!depa xsuka terdedah camtu kot sebab benda nak makan (mommy tgk pun kek & semua kuih muih etc dorg bubuh dalam kotak transparent). 
Takpela..kot2 ada org nak request lagi mommy tayang besor2 burung bertenggek tu (ahaks!!!!ada ke org nak request lagi mommy ooooi)

Thursday 29 May 2014

BINGKA LABU

Assalamualaikum & salam sayang.
Quick update sebab mommy tak sihat ni (nanti declare lain kenapa but not worry, Inshaallah ok). BW & reply komen pun later mommy usahakan. Tqvm kpd semua yg sudi lagi jenguk2 mommy. Semoga ukhwah kita tetap terjalin.


Mommy jot down dulu resepi bingka labu yg mommy buat last Saturday. Balance labu buat masak lemak udang, sebelah lagi buat bingka ni. Walau 1st time try tapi alhamdulilah menjadi. Resepi mommy amik dari Kak Am.


Bahan-bahan 
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus (mommy rebus) 

Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. 
2. Kacau menggunakan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
3. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
4. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah (mommy guna loyang kek chiffon) yg telah di sapu mentega. 
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. 
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Thursday 22 May 2014

Cucur Badak 'mendakap' Udang

**************************************************************
Seorang suami balik dalam keadaan penat lelah dari bekerja dan si isteri melayan suami dengan cara membuat cucur udang. Nak serve untuk suami nyer la nie. Lepas tu, si suami nie pon makan, makan dan makan sampai habis licin, tak de lagi cucur udang. Maka si suami bertanya ".. eh, mana udangnya, awak kata cucur udang??..." kata si suami.. maka dengan itu, menjawab lah si isteri, ".. Kalau abang makan kat kantin tempat kerja abang cucur badak, ada ke BADAK dalam cucur tu??.." balas si isteri.



So, what the moral actually?




Ustaz tu cakap, hidup nie tak perlu nak komplen sangat. Dah ada itu, terima sajalah. Untung2 si isteri tadi serve dengan makanan cucur udang walaupun namanya cumalah cekodok je pon.. cam tu lah lebih kurang kisahnya.
**************************************************************

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Sketsa di atas tidak ada kena mengena dengan yg hidup @ yg mati (pssst!!!!walau kadang2 ada gak soklan2 nak ketuk kepala sendiri tu cuma dialog je lain. Hahaha…..syyyyyyyhhhh!!!!slow2 cakap nanti org dengar).


Mommy terjumpa dailog tu org post @FB sekali kebetulan last week mommy buat cucur badak vs udang ni. Tak tau nak bagi nama apa haaaaaa amekaw nama ala2 18sx gitu (pastikan pembaca bawah umur mendapat penjelasan org2 tua ye). Hahaha!!!xtau la ekk klu cakap omputih cam sopan sikit, cucur rhino hugging prawns. Layan jelah janji sodap & takdak komplen mcm dialog kat atas (klu ada yg tanya, dah mana badaknya? mau mommy print edible image gambar badak lekat kat cucur tu. Hahaha adoiiii kelakar la dialog tu).



Mommy pernah buat cucur badak dulu. Kalau dulu xde dakap udang tapi kali ni mommy tepek udang atas cucur tu. Terbaek!!!!
Memang lagi meriah & mewah. Of course makan pun lagi banyak.



Rentetan dari sambal serunding udang kering tu yg berlebih2 mahunya list segala mak nenek kuih muih yg berkaitan juga mommy cuba kumpul ni. Alhamdulilah jom tgk resepi.

Bahan-bahan (dalam 20 biji) 

untuk kulit 
500g keledek 
1-2 cawan tepung gandum 
Garam 
20 ekor udang size kecil (bersihkan & buang kulit)


untuk inti
1 biji kelapa parut 
1 cawan udang kering 
2 biji bawang besar 
5 batang serai 
1 sudu kecil kunyit serbuk 
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
1 sudu besar minyak masak 
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu


    Caranya:
    1. Kulit
    1. Mula2 kupas keledek & rebus sehingga empuk. Taburkan
    sedikit garam semasa merebus. 
    2. Apabila dah empuk, angkat & toskan. 
    3. Lenyek ubi keledek sehingga lumat (ketika masih panas). 
    4. Campurkan tepung gandum & uli sehingga sebati. 
    5. Leperkan adunan & masukkan inti ke dalamnya. Tutup semula & bulatkan. Lekatkan udang di atas cucur badak dengan kemas.
    6. Ulang 1-5 sehingga adunan habis. 
    7. Panaskan minyak & goreng sehingga garing. 
    8. Toskan minyak & sedia dihidang.

    2. Inti
    1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
    2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
    3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
    4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
    5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
    6. Siap

    Wednesday 21 May 2014

    BLOOD TYPES

    THIS TABLE IS USEFUL TO REMIND US DURING ANY EMERGENCY CASES.
    Arfa asked me about our family blood types last weekend & i believe this table will guide him & the rest of us. Inshaallah












    Tuesday 20 May 2014

    Inda ku merati kurapak Brunei

    Hahaha, jgn panik semua. Aku pun tak faham maksudnya. Sib baik adik manis ni buat segmen guna topik ni. Ingat2 mommy awal2 terjebak dgn blog ni ada la jugak sikit2 jotdown bahasa Brunei vs bahasa Malaysia tapi dah ibarat ketam ngajor anak jalan lurus tapi dia sendiri terhenjut2 tersasar, so sudahnya baik xyah dari bagi ajaran sesat kat korang semua. Btw 3A skrg ni dah terer speaking Brunei, mommy mau kamih..lakas2. Haaaaa, korang faham ke? Napa kasi tau mommy, lakas tah ka jamban. Karang basah sluarmu. 
    Aku plak buat segmen, teka dialog mommy & a. Hahaha!!!! Takde la saja je suka2 belajar bahasa org, seronok juga. Tapi tule, kdg2 terasa gak nak berlakon jd local kan masa g pasar…….belum sempat dialog panjang terus org tanya "urg semenanjung?". Hahaha!!!!!kantoi.

    Ok, mommy cuba ye listkan a few words yg mommy tau.

    1. Jamban=jambe (bahasa kelate)/tandas ler
    2. Kamih=kencing
    3. Iski=teruja/seronok
    4. Kita=awak
    5. Kitani=kita semua
    6. Ligan=lari
    7. Batah=lama
    8. Arah=kat (cth ayat: bagi surat ni kat/arah cikgu)
    9. Tabir=langsir
    10. Nyaman=sedap
    11. Mata-mata=perhati
    12. Bini-bini=perempuan
    13. Karang=nanti
    14. Ingau=risau/bimbang
    15. Tapuk=sorok/sembunyi

    (yg paling best panggilan 'alai' digunakan untuk menunjukkan org lebih muda. Cth: mau bali apa alai?)

    (lagi satu kebanyakkan words BM kita guna 'e' tapi bahasa Brunei ganti 'a' cth: telur/talur…….kenyang/kanyang……perut/parut……membeli/membali…..etc).

    Ok, cukup kelas bahasa arini ye. Kang lebih2 jadi ajaran sesat plak. Kpd urg2 Brunei atuh, aku mitak maaf tah mun ada inda lurus ajaran aku ani. Iatah, baru 4 tahun kami di sini. Inda byk yg dpt balajar.

    Pulut Serunding Kelapa

    Assalamualaikum & salam sayang.
    Minggu lepas Si Arfa pulun memanjat pokok kelapa (guna ladder sebenarnya). Kalau yg pernah baca ttg rumah kami kat sini mmg dah tau la keliling rumah kami ni banyak pokok2 kelapa. Dah la rendah, buah jangan cakap le berlambak2, cuma kami je jarang2 mengutip hasil sebab malas & takde masa nak mengopek buah kelapa. 
    Itu bila si Arfa terlebih rajin memetik & menggopek buah2 kelapa tu mommy dapat stok kelapa parut satu besen penuh. Apa yg strike my mind of course untuk buat serunding kelapa & inti kelapa manis (mmg boleh buat stok untuk kuih-muih masa ramadhan nanti gak ni). 


    So, sakan le mommy godek kelapa parut tu jadi serunding kelapa & inti manis. Pastu simpan dalam bekas siap2 & masuk freezer. Bila nak guna nanti just re-heat je.


    1st projek kuih muih selepas siap serunding kelapa tu, yg paling senang ialah tanak pulut ganding dengan serunding kelapa. 
    Hasilnya mabeles!!!!

    Bahan2:
    utk pulut
    500g beras pulut
    500ml air
    100ml santan
    Garam
    Gula

    Caranya:
    1. Basuh beras pulut & rendam selama 30minit.
    2. Selepas 30minit, toskan beras pulut & masukkan ke dalam periuk ajaib, Noxxa.
    3. Masukkan air.
    4. Tekan function high pressure selama 5 minit & tunggu sehingga selesai.
    5. Release pressure & masukkan santan (yang dibancuh sedikit garam & gula). Gaul rata.
    6. Tutup periuk & tekan function heat selama 5 minit.
    7. Selepas selesai 5 minit, pulut sedia dihidang.

    utk inti 
    1/2 biji kelapa parut 
    1 cawan udang kering 
    2 biji bawang besar 
    5 batang serai 
    1 sudu kecil kunyit serbuk 
    5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
    1 sudu besar minyak masak 
    Garam dan gula
    Sedikit air jika perlu 

    Caranya:
    1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
    2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
    3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
    4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
    5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
    6. Siap.


    Monday 19 May 2014

    Abang & hadiah kemenangan

    Assalamualaikum & salam sayang.
    Apa aktiviti weekend u all kemarin? Kami @Brunei ni dok happening merasmikan Jerudong Park Playground. Yehaaaa!!!!!utk org Brunei & org luar yg menumpang di Brunei sebab park tu dah kembali happening. It's ALIVE (kata deme).  Btw nape terasa sunyi je 2,3 hari ni takde kunjungan kawan2 ke Brunei ni (haha!!!nak suruh org berkunjung tapi entry tak best, mmg le mommy ooooi). Takpe2, kita syok sendiri je anak beranak.


    Ok wind of change, harini mommy tepek kenangan abg Arfa menang acara sukan kat Brunei. Before that nak gak mengata (hehe!!!!just nak share info dgn sesiapa yg nak tahu pasal Brunei je)...mmg xsama la keadaan aktiviti sekolah antara Malaysia & Brunei ni. Dorg ni xbanyak sgt aktiviti2 ko-kurikulum especially untuk peringkat sekolah rendah. Sepatutya kalau @Malaysia dah masuk tahap 2 (darjah 4,5&6) mmg wajib ada kegiatan ko-kurikulum seperti acara sukan antara daerah, negeri & negara, perkhemahan, lawatan etc. Kat sini mmg nanhado tu semua (Arfa cakap lepas PSR je ada lawatan). 


    Arfa ni plak style yg nak lasak je (mmg sejak dari baby dia camtu, mulut tak bunyi tapi ada je keja dia nak buat). So, cam kesian gak le kat dia nak 'membuas' tak boleh. Kalau ikut pesen daddy & mommy zaman kecik2 dulu kami mmg active sport. Daddy semua sports dia main (peringkat sekolah je kot..heheh kuang3x), kalau mommy jgn tak tahu (alamak ter 'riak' la plak, maaf ye) I was active in netball til peringkat nogori. At our time team Ganu Kite was the champion & I was the best shooter (GA kebanggaang Ganu Kite dulo2 ni).badminton pun ligan gak tapi sampai peringkat daerah je la. Sampai nak dekat2 peksa pun pulun, cikgu siap p pujuk nenek kat rumah lg (nasib arwah nenek tak naik 'sheikh' gamuk dgn cikgu). Naik sekolah menengah, continue lagi netball & badminton, pastu ligan lagi volleyballl, handball & tennis plak. Bila dah masuk U baru slowdown (alasannya sbb busy bercintan cintun dgn pakwe macho (hukhuk ada org batuk @plant arini).


    Alamak tersasar topik la anak2…….ok2 citer pasal abg. Last week abg join futsal sekolah rendah peringkat daerah Tutong. Tak sangka Sek Chung Hwa dapat tempat no-3 (sebab last year dorg lawan bolasepak teruk kena belasah awal2 game lagi). 


    Pastu plak, kemarin dia mitak mommy hantar dia p stadium sebab ada lawan bola. Mommy dok ingat saje2 main dgn kawan2 rupanya mmg ada festival bolasepak anjuran Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei & DST. Huhu!!!masa tu awal pagi sangat & mommy hantar dia pakai baju tido lagi, kalau tak mmg nak je snap a few gambar utk simpanan. Takpela, dia bukan kesah pun pasal blog mommy ni.


    Cuma bila p ambik dia dari stadium tu dari jauh dah nampak dia pakai baju jersi ni. Rupanya dapat free semua bebudak yg join tu. Bukan perlawanan pun cuma mcm tunjuk ajar skill main bola sepak among pupils. Ok le jugak, takyah nak register bayar apa.dapat baju free lagi. Yang ni mmg suka nak puji Brunei la, selalu dapat barang free.


    Ok sblm mommy tutup citer kemenangan abg, ni antara medals yg abg kumpul: ada 2 dari sekolah lama acara balapan & 4 lagi tu dari Sekolah Chung Hwa Tutong.
    Tahniah buat abg dari mommy. Keep it up!!!



    Saturday 17 May 2014

    Salmon Tortila Wrap

    Assalamualaikum & salam sayang.
    Sambungan entry pasal salmon. Since ada org tu xsuka makan grill salmon dgn nasi maka mommy alter grill salmon tu sumbat dalam tortilla. Heheh!!!!jadila Salmon Tortilla Wrap yg sangat sedap & yet sangat sihat. Sesuai nooooo utk cik kak yg nak diet.


    Cuba u al tgk dalam gambar tu meriahkan Salmon Tortilla Wrap kami? Ada varieties of style (ada yg xdak sayur, ada yg dgn tomato je, ada dgn salad etc).


    Yang belum pernah try buat Salmon Wrap tu 'kena cuba try test' ye. No regret!!!

    Friday 16 May 2014

    Grill Salmon with Dried Smoke Fish Sauce


    Assalamualaikum & salam sayang.

    Jumaat tiba lagi. Alhamdulilah syukur. Kalau sempat harini baru nak BW. Tg mommy dtg ye, Inshaallah.
    Oh!!!!btw Happy Teachers Day untuk semua guru2 di Malaysia. Di Brunei blm tiba lg teacher's day (they celebrate in september)




    Sambil2 tu jom la layan grill salmon kami ni. Grill Salmon tu perap biasa2 je tapi menjadikannya superb sebab ada sos 'dried smoke fish' keluaran Brunei Halal. Kalau ikutkan dulu mommy tak suka rasa salmon ni tapi since makan b4 g umrah baru2 ni rasa ok plak di tambah lagi dgn kesedaran nak reduce kolestrol (salmon ni salah satu makanan yg membantu reduce cholesterol). 




    Alhamdulilah walau susah nak dapat yg fresh @ smoked tapi yg frozen pun jadila. Ganding dgn sos dari Brunei Halal tu kiranya dapat la gak rasa smoked.



    Yang mommy lagi happy dgn salmon ni sbb Arfa yg susah nak terima/makan ikan pun suka plak dgn salmon ni (suke ikan mahal je budak ni, poyo). Cumenya ada org tu xleh blah la makan nasi dgn grill salmon…….heheh!!!!so mommy buat la western style jugak.



    Resepi biasa2 je.
    Untuk perap mommy guna crushed black pepper, salt, honey & dried herbs. Perap tu mommy biar je dlm peti ais 2,3 hari (tujuannya nak bagi betul2 serap & a bit dry).
    Pastu masa grill letak sikit olive oil. DONE!!!







    Thursday 15 May 2014

    KUIH ROPA TERENGGANU

    Assalamualaikum & salam sayang.
    1st of all nak minta maaf kalau mommy dah lama tak melawat blog kawan2 & tak reply komen u al. Kenkangan masa & aktiviti2 yg diluar jadual kebiasaan. Harap u al tak majuk2 ye.
    Harini, mommy nak tayang kuih Ganu Kite lagi. Nanananana.Ganu Kite!!!!!!


    Adehhhh!!!!kontroversi sungguh Ganu ambe lately ni. Kejap org tu, kejap org ni..kejap kuor, kejap masuk...mana sea hok nelang dok tau. Yang pasti sema giler kuase belake (hahaha!!!!hok pahang, pahang la deh..hok dok pahang tu diang2 sudoh la).


    Fyi, dulo2 kala mommy pernah post pasal KUIH ROPA aka KUIH LIPAT & antara popular post juga la. Harini mommy nak post sekali lagi ttg KUIH ROPA sebab yang versi Ganu Kite ni dia kena goreng. Kalau yg betul2 original Ganu Kite tu intinya pun guna inti ikan (ada yang campur dgn keledek/kentang). Tapi disebabkan 4A ni kureng 'gen' Ganu Kite makanya dorg ni tak berapa suka inti ikan. Haruslah mommy follow taste dorg jugak guna inti kentang berkari (ala2 karipap). Nak lagi sedap campur dgn daging/ayam (ni skip sbb malaih nak cincang ayam).


    Resepi lebih kurang sama dgn yg dulu cuma ada sikit on off je.

    Bahan utk Inti
    500g daging cincang (optional)
    3 biji ubi kentang (dadu kecil)
    1 labu bawang holland (dadu kecil)
    2 s/b serbuk kari (kalau xnak letak serbuk kari pun ok) 
    2 s/b serbuk lada hitam (ikut kepedasan)
    Sedikit kicap
    Garam 
    Gula
    Air secukupnya

    Caranya
    1.Tumis bwg hingga naik layu.
    2. Masukkan daging cincang & ubi kentang. Gaul sebati.
    3. Masukkan bancuhan serbuk kari & masak sehingga daging & ubi kentang empuk (jika perlu tambahkan air). 
    4. Masukkan kicap dan lada hitam. Sebatikan rasa dengan garam & gula.
    5. Siap. Sejukkan.

    Bahan utk Kulit
    1/2 kg gandum
    1 biji telur
    Air secukupnya
    Secubit garam

    Caranya
    1. Masukkan telur, garam, gandum dan air ke dalam pengisar. Kisar semua sehingga sebati.
    2. Keluarkan dan kacau adunan. Pastikan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air sedikit demi sedikit.
    3. Sapu sedikit minyak pada kuali (kalau guna non stick pan xperlu).
    4. Panaskan kuali, tuang 1 senduk adunan dan ratakan, buat cam telur dadar.
    5. Bila permukaan mengelembung, angkat tak perlu masak kedua2 belah). 
    6. Isikan inti dan lipat.
    7. Ulang langkah 4-6 hingga adunan habis.
    8. Goreng menggunakan sedikit minyak sehingga garing (guna kuali yg leper lagi bagus & tak perlu tenggelam semuanya).
    9. Siap.

    Tuesday 13 May 2014

    Anis menang pertandingan mewarna DBP Brunei

    Assalamualaikum & salam sayang.
    Masa mommy semakin tight skrg ni utk melayan Wind of Change. Ni kerja bibik tak settle lagi tapi rehat jap la sambil melayan citer anak2. Walau citer biasa2 tapi mommy tetap nak simpan kat sini sebagai kenangan kami @Brunei. 

    Pakaian seragam sekolah ugama petang.
    2 minggu sudah (punya la lama peram kesnya kakak susah betul nak suruh bergambar pegang hadiah kemenangan dia). Bila dah kena paksa, itule hasil gambarnya (hahaha!!!!siap suruh delete. Sorry le kak Anis sapa suruh buat muka & xnak amik gambar elok2, pepepun muka kakak tetap mommy ckp kakak lawa). Fyi, kak Anis ni mmg suka mewarna & kat sekolah pun dah banyak kali dia menang pertandingan mewarna (kadang2 dapat no 1, kadang no 3.ada juga la kalah). Dia punya bersemangat nak join pertandingan mewarna ni sampaikan setiap kali nak masuk pertandingan mewarna sure mitak beli color pencils baru (huhu!!!!sib baik masa yg dia menang kali ni mommy tak belikan yg baru. Baru le ada pengajaran " dia menang bukan sebab color pencils baru tapi sbb mmg kakak color cantik2"). 


    Yang ni grand sikit & mommy nak war2 di blog ni sbb kak Anis menang peraduan mewarna 'Kulit Buku' anjuran Dewan Bahasa & Pustaka Negara Brunei Darussalam. Peraduan ni di buat di sekolah ugama sebelah petang. Tak tahu la mcmana rupa lukisan & hasil mewarnanya sbb mmg diadakan spontan di sekolah. Mungkin hasil kerja pelajar tu akan digunakan untuk dicetak sebagai kulit buku cerita DBP.

    Pakaian seragam pengawas sekolah ugama petang.
    Ok, bila mommy dok sibuk2 paksa Anis bergambar tu, abang plak menyampuk "mommy ni sibuk je amik gambar Anis menang, bila Affan menang xde pun amik gambar".hahaha!!!!budak tua merajuk plak. 
    Mommy pun snap le gambar abang hensem & janji akan publish juga hasil kemenangan dia. Tunggu ye citer abg next entry.



    Saturday 10 May 2014

    Ayam Kaprau



    Assalamualaikum & salam sayang.
    Straight to the point, nak share resepi ringkas tapi sedap. 


    Memandangkan skrg mommy dah ada kebun (kuang3x.gempak la sgt mommy oooi). Terasa nak cuba la memasak menggunakan hasil dr kebun sendiri kan. Kalau kemarin post pasal daun kaduk, arini berkait dengan daun selasih@basil plak. Heheh!!!kalau selalu guna dried basil ni utk western menu je tapi harini kita cuba asean taste plak. 


    Tak banyak info pasal resepi ni tapi dimulakan oleh Kak Jee (tapi versi daging) & rasanya origin resepi ni dari Thai (ditambah dgn guna perencah tomyam sure thai cuisine kan?). Jom tengok resepi



    Sumber Resepi : Ummi Akid
    Resepi Asal : Dunia Dari Dapur Kak Jee

    Bahan-bahannya :- 
    250 gm ayam 
    2 sudu besar paste tomyam 
    12 tangkai cili padi - lagi pedas lagi sedap (mommy skip sbb ramai kekanak yg nak makan)
    2 labu bawang besar - dibelah 8 dan cerai²kan 
    1 sudu besar kicap manis 
    1 sudu besar sos cili 
    Daun selasih - optional 

    Caranya :- 
    1. Perap ayam yang telah dipotong kecil bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. 
    2. Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8. 
    3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar 
    4. Setelah garing masukkan ayam yang telah diperap dan goreng hingga kecut. 
    5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
    6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik dan dicuci bersih 
    7. Kemudian masukkan lagi 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu. 
    8. Seimbangkan rasa dan boleh lah dihidangkan.

    Friday 9 May 2014

    Masak Lemak Udang Daun Kaduk

    Assalamualaikum & salam sayang.
    Alhamdulilah since semalam, bumi Brunei dah dibasahi hujan & hingga ke petang ni mendung berarak awan hitam menunjukkan tanda2 hujan lebat bakal turun sekali lagi, InshaALLAH. 
    Rasa sejuk sikit berbanding hari2 sebelum.
    Minggu lepas ada org kampung ni (mommy tak kenal pun), tiba2 datang rumah kami & offer nak beli udang & ikan tak (mmg kg kami ni tempat ramai org2 persendirian ada bot sendiri & ke laut menangkap hasil laut sendiri). Kalau petang2 pun kadang2 ada juga org berjual direct dari tepi pantai (mommy pun baru tahu). So, dgn harga $10 dapat le satu plastik (for sure lebih sekilo & murah la kan compare beli @market). 
    Mula2 tu mommy goreng tepung ranggup je (sbb mmg favourite rakyat dlm rumah ni, berkilo2 goreng meratah pun abis especially si Anis). 2nd batch udang tu mommy buat masak lemak cuma kelainan mommy just tambah daun kaduk mcm mommy buat Masak Lemak Ketam Daun Kaduk dulu. Al-maklum, daun kaduk tengah banyak (heheh!!!!pow @rumah k.noor aritu). 
    Hasilnya alhamdulilah, Ahdia yg payah nak makan nasi (memilih lauk budak keding tu) pun makan, Anis jangan cakap le sekali hadap 10 ekor udang dia sorang. Arfa & daddy biasa2 aje (terpaksa la makan gak kan, heheh).


    Resepi boleh refer Ketam Lemak Daun Kaduk juga cuma tukar ketam kepada udang. Mood malas..

    Thursday 8 May 2014

    Musim Kemarau @ Panas Melampau di Brunei

    Assalamualaikum & salam sayang.
    Harini nak share kejadian alam kat Brunei especially area kami ni di Tutong.


    For your info, cuaca di Brunei sekarang ni tersangatlaaaaaa panasnya. MasyaALLAH!!!!!kalau u al perasan carta cuaca @Wind of Change tu lately ni mmg tak pernahnya turun dari suhu 30'C (di siang harinya). Kalau noon between 12 to 4:30pm tu cuaca climax panasnya. Kalau duduk dalam rumah yg fully aircond ni pun boleh terasa bahangnya bayangkan kalau terpacak kat tgh2 open space (kesian daddy kalau time dia kena turun site, mesti berasap kepala).


    Disebabkan cuaca yg tersangat panas sekarang ni, percaya @tidak setiap hari sure ada kebakaran hutan/belukar. Di Kampung Danau itself setiap hari ada je kebakaran hutan/belukar yang berlaku (dah jadi pemandangan biasa semenjak dua menjak ni). Kekadang tu, bara api@asap mmg tak terpadam berhari2. Bomba biasanya akan datang padamkan api kalau dah hampir sangat dgn rumah penduduk (kalau ada org buat aduan dorg datangla). 


    Tengahari tadi masa mommy otw nak amik 3A dari sekolah tgk kawasan baru plak yg terbakar (semalam 2 tempat lain yg berdekatan). Balik sekolah tu dah nampak ada truk bomba tgh pantau. Harap2 takde melarat ke rumah berdekatan. 


    Ya ALLAH!!!!!kadang2 tu bila rasa bahang sangat sampaikan muka pun rasa tegang terbakar, dalam hati selalu berkata2 "dah hampir sgt ke kiamat ni Ya ALLAH"..Betapa hebatnya ciptaanMU Ya ALLAH!!!!! Takuttttttttt.
    Semoga aku, keluargaku, saudara maraku & semua kenalanku tergolong dalam golongan yg Engkau redhai. Selamatkan kami dari fitnah akhir zaman & fitnah dajjal. Amin……..




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...