بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 10 March 2014

Lasagna Cream Cracker

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Day 3 - Missing of MH370


Ya ALLAH……..The ALMIGHTY!!!!!! please show YOUR mercy & guide us in finding & bring back MH370. Amin3x..Ya Rabbalalamin.


Mommy yg takde kaitan & saudara mara yg terlibat pun terasa begitu risau & sedih dgn kejadian ini, so kita blh bayangkan betapa sedih & risaunya ahli keluarga mangsa yg terlibat. Tetapi yang heran, ada juga manusia2 lengai yg takde perasaan ttg kejadian ni. Terkejut semalam baca status seorang suami ni bila isteri dia postkan status sedih & bimbang juga iringan doaboleh laki dia komen "amboi emo lebih plak". Oh really pity this guy sebab Allah bekukan hati dia. Bab kata org 'hati kering'. Yang menghentam & mengutuk & mengambil kesempatan atas kejadian ni lagilah teruk. Yang ni mmg langsung kiranya xde 'hati perut'. Eeeeeeiii, geram betul org2 camni. 


Berbalik kpd mommy @sini walau hati kejap2 berdebar & bulu2 roma kadang2 meremang mengingatkan MH370 tetapi life must goes on. Duty kena carry on walau mood tu rasa mcm nak menghadap TV je tunggu berita. So masak pun so-so jelah. Harini mommy nak jotdown dulu menu minum petang cum dinner kami last Friday…….. Lasagna Cream Cracker.


1st trial but turn up really fantastic. Mommy yg gerun nak telan cheese pun tersasar gak sebab sedappppppppp sgt (hahaha naik lif, tekan sendiri la kan). Kami suka menu ni sebab walau rupa xde tapi rasa melelehnya tu really memuaskan hati especially Arfa. Btw daddy pun pulun gak makan (walau mommy tau dia bukan suka sgt makanan2 camni). Pepepun, berbaloi try.



Bahan2:
1 pack biskut cream crackers (i used Jacobs Low Sodium Hi fibre crackers)
Air Panas (untuk merendam biskut)
Mozzarella cheese - grated
Cheddar cheese - grated


A) Sos Merah
500 gm daging cincang
2 cawan tomato puree
1 biji bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
Hirisan cendawan (mommy guna black mushroom)
1 sudu besar dried oregano
1 sudu kecil lada hitam
1 cawan tomato (dadu)
1/2 cawan parsley (cincang)
Garam
Gula

Caranya:
1. Panaskan minyak & tumis bawang sehingga garing.
2. Masukkan daging cincang & masak sehingga kering.
3. Tambahkan tomato puree, cendawan, lada hitam, dried oregano & tomato. Kacau sehingga bahan2 lembut.
4. Perisakan dengan garam & gula. Sebelum tutup api, taburkan parsley. Ketepikan.

B) Sos Putih
1 tin sup pekat chicken mushroom  
250 ml thickened cream
Garam

Caranya:
1. Cairkan sup di dalam kuali. 
2. Tambah cream. Kacau rata & reneh sehingga pekat.
3. Perisakan dengan garam. Ketepikan.

Menyediakan lasagna cream crackers:
1. Cover 9"x9" baking tin dengan aluminium foil.
2. Rendam biskut di dalam air pans & lapis di dasar loyang.
3. Curahkan sos merah di atas biskut. Kemudian curahkan pula sos putih (mommy tabur sikit cheddar cheese).
4. Ulang langkah 2-3. Akhir sekali tabur cheese ke serata permukaan biskut.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit (cam biasa oven panaskan dulu).

9 comments:

Lynn Huraiza said...

assalamualaikum...

dah lama tak berkunjung ke blog akak...sihat ke kak?

lynn dah lama x buat lasagna...kalau buat sendiri memang muai makan...

Cho Zila said...

akak juga mengharap ada keajaiban untuk peristiwa ini.. bangun pagi terus cari berita ini...
sedap gak yerk cam boleh dicuba resipi ini...

wantie said...

pray together..

nyum nyum... sedapnya...

ooo.... orang penang ek. nak balik kampung rasmi jambatan kedua ek..

buat masa sekarang, masih tak kena tol lagi le... that why ulang alik gitu mcm le jambatan ke 2 tu kita yang punya hikssss...

Norma NML said...

Salam kenal..

sedapnya lasagna tu..teringin nak buat sendiri..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Unknown said...

Tak terjangkau dek akal ku.
Ari ni baru tau biskut pun boleh jadi bahan nak masak lasagna.

Mulan said...

sedap semua.... terus berdoa kita...

rostina76 said...

lynn: waalaikumusalam .alhamdulilah akak sihat. kros pun bkn minat sgt lasagna ni tapi yg guna cream cracker ni suka plak. hehe

cho zila: sama la kak….bangun pagi terus teringat pasal MH370…mmg terganggu juga emosi tu

wantie: cheq bkn mai tang penang tapi hero cheq org kulim. cheq mai tang ganu kite. heheh

Norma NML: salam kenal juga norma. tq sudi singgah ye

k.sham: hahaha!!!!boleh jeeeee k.sham…dulu buat guna roti. tapi nama jadi roti lapis daging la.

mulan: inshaallah kita sama2 terus berdoa

OKje said...

Betullah Ros...rasa sedih bila tengok kapal dan jet tengah gigih mencari. Moga cepatlah jumpanya kan....
Menarik jugak ni Ros....boleh gak masukkan dlm list untuk mencuba ni!

Unknown said...

cream cracker??? lasagna?? :D tak pernah terpikir pun combination tu... :D tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...