بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 6 March 2014

Hidangan Bubuk

Assalamualaikum & salam sayang semua.

Masih lagi sesi perkenalan dengan si 'Bubuk'….
Fyi bubuk ni dalam bahasa Brunei, bila translate bahasa Malaysia = Udang geragau ye. Ramai yg tanya udang geragau yg buat belacan @ cencalok ke? Jawapannya ye betul.


Bila dah dpt bubuk ni banyak2 mommy dah blank tak tau nak masak apa. Bila tanya k.Maria, dia bagi suggestion goreng tumis camtu je (really not our favour yg tu sbb dah pernah try dia bagi tahun lepas yg dah siap masak camtu). 

So, mommy pun just try goreng kunyit cam goreng udang biasa tu. Bila served kat 4A, sambutan kurang (dorg dah biasa makan yg isi besar mesti xngam yg isi kecik2 camni). Tapi kalau yg suka makan gaul lauk serata dalam nasi tu cam jadi juga ni.

Satu lagi hidangan yg mommy terfikir ialah tumis bening a.k.a sayur pedas kulat/cendawan butang. Yang ni mmg legend sebab baik mommy mahupun daddy mmg suka sayur bening cendawan butang ni, cuma sebelum ni kami guna udang geragau kering. 

Oh!!!!sayur bening cendawan ni actually menu dari family mommy. Dulu kat Pahang mmg banyak org jual cendawan butang kampung yg batang panjang2 tepi2 jalan (biasanya lepas time hujan akan ada la yg jaja tepi jalan). Kami kalau ternampak je sure beli & masakan tak lain tak bukan buat style sayur bening ni je sbb  lebih terasa manisnya. Bahan2 pun senang…..Just campak2 bawang merah & lada hitam dalam periuk yg diisi cendawan & air. Perisakan dgn garam. Siap….

Ok, last but not least, olahan dr goreng kunyit bubuk tu mommy transform jadi cucur bubuk. Yang ni mmg sedap. Kalau kat Brunei pun mmg famous la cucur bubuk especially time musim bubuk tiba.
Dah 3 hidangan dapat hasil dr bubuk ni tapi ada lagi balance yg belum dieksperiman. Pasni nak try mee goreng mamak bubuk cam k.Ayu buat & ada kawan Malaysian yg dtg rumah satni bgt suruh buat pais bubuk. Wow!!!!menarik…..akan dicuba juga.


8 comments:

Unknown said...

awat tak buat cucuq udang cicah kuah kacang sedap ooo Ros udang kecik tu

Tie HT said...

sedapnya menu last tu,
:)

Jari Manis said...

Bubuk? Ingatkan rose slah eja sebenar bubur ahaksss festime dgr bubuk ni:-)

AtieYusof said...

Biasa juga jumpa bubuk ni di sini Kak..tapi tak reti nak masak mcm mana..hehe..boleh lah nak cuba buat cucur lepas ni..:)

Cho Zila said...

kalau sayapun prefer yang lastu tu kot.. gambar cantik jadi saya rasa cam semuapun sedap...

Irfa said...

kalau kt kg saya. cendawan yg tumbuh lepas hujan tu dipanggil 'kulat pusu'(cendawan busut(pusu)'
manis2 gitu sbb masih baru
lama dah x makan

Unknown said...

Assalamualaikum Ros,
Kut K.Sham, prefer yg goreng kunyit tu. Second.. yg hat cucur bubuk tu.

rostina76 said...

knoor: cheq dah buat cucuq tapi ganding dgn pencicah ala ganu leeee. mix gitu

tihara: heheh!!!yg tu gak pojaan hati kan

JM: bubuk masak bubur. cam best je. kik3x

atie: mmg famous bubuk @Borneo ni kan….kita je tak tau nak buat apa….

co zila: gambar snap guna hp jaaaa

irfa: ye kot kulat pusu. batang dia panjang kan, pastu kepala bulat cam button mushroom

k.sham: waalaikumusalam…..ada gak yg prefer yg 1st ekk.. gaul dgn nasi panas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...