بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 28 March 2014

Korea - Seoul Plaza (Ice Skate)

Assalamualaikum & salam Jumaat semua.
Not much activities & new recipes have been done this week so I just proceed with few episodes left of our Korea Trip.

From the Gjengbokgung Palace - Gwanghwamun Square - Chongae Stream, we continue our plan to the Seoul Plaza. 3A dah tak sabar2 nak cuba ice skating (1st time juga for them). Ice skating rink ni dorg set up during winter & tempatnya berhadapan dengan City Hall @Seoul Plaza.

Dengan hanya W1000 (siap dgn sewa skates) maka ice skating le dorg beramai2. Manakala mommy plak jadi pro-camerawoman le (xkuasa aku jatuh nanti).


Mula2 tu Ahdia xmau cuba sbb dia keep cakap dia tak pandai. Tapi bila dia tgk kakak steady je & mommy pun convince kan dia yg Abg Wan akan pegang & tolong ajar baru le Ahdia nak cuba


Seronok bila tgk dorg skating tapi mommy mmg xmampu la nak cuba sebab nak harap kat daddy pegang mommy mcm Wan pegang Ahdia mmg xdpt le nak nolong sbb daddy pun terhoyong hayang gayanya. Kik3x..


Si Arfa plak cam biasa le. Konon terer tapi jap2 gedebuk. Pastu bangun dengan tersengih2nya. Sekali dia dtg dekat dgn mommy & bgt dia berlanggar dgn budak Korea (haru tul sib baik budak tu tak nangis & bgt mak dia).

Anis walau ada gak jatuh tapi dia slow & steady sikit. Pastu kat rumah ni pun dia ada main kasut roda so mcm dah ada skill juga la sikit meluncur tu.

Ahdia walau si Wan tu pegang dia tapi ada gak la gedebek jatuh sikit2, cuma gamaknya malu kat Wan tu jadi xde la dia tarik muncung @nangis. Tapi bila dah penat & surrender nak keluar tu sampai terjelir lidah penat gamaknya. Heheh!!!!

They really enjoyed ice skate on that day & for me tumpang happy je la utk dorg. About 3pm camtu kami dah otw balik since mlm ni kami akan gerak ke luar bandar untuk acara skiing plak. Phew!!! padat giler aturcara. 

Sampai area guesthouse kami (serius lupa dah nama tempt tu, ngok ngek btw mommy ni) kami singgah lunch & santap asam pedas Korea. Tak tahu la sebab kebulur @ apa tapi serius sedap sangat hidangan lunch kami aritu. Ada asam pedas ikan, seafood, tofu & dadar. Rasanya nama Korea utk asam pedas dorg ni Kimchi jjigae. 

Wednesday 26 March 2014

Aktiviti Cuti Mac 2014.


Assalamualaikum & salam sayang semua.

ALLAHUAKBAR!!!!!!kemarin seharian moody. Perasaan sedih bukan sahaja di atas kejadian MH370 tetapi banyak perkara yg berlegar2 di fikiran mommy. Dah rasa mcm pemimpin negara dah memikirkan masa depan Malaysia tercinta & kehidupan anak cucu cicit di kemudian hari. Pepepun harini mommy malas nak emo2 sangat & serahkan kepada ALLAH swt penyelesaian terbaik untuk semua pihak. Semoga ALLAH bagi petunjuk & hikmah disebalik apa yg berlaku.

(Entry tertunda) : Kalau u all di Malaysia sedang sibuk bercuti, kami baru je selesai cuti. Brunei start cuti 14/3/2014 - 23/3/2014 haritu. Since semalam, mommy pun dah start dengan rutin kerja sebagai bibik, supir & chef tersohor. Hahaha!!!! mana ada cuti weh.
Sepanjang cuti tu mommy terasa busy le plak melayan 3A + Areesya. Disebabkan daddy masih sibuk & xde cuti kecuali weekend maka harusla mommy yang kena memenuhi permintaan 3A. 
Hari Isnin cuti tu mommy bawak 3A + Areesya pergi main bouncer @indoor playground dalam salah satu mall kat Pekan Tutong ni..Sakan le dok melompat atas bouncer tu. Mommy bagi chance main sampai 2 jam. Bila dah penat & berpeluh2, baru gerak balik. Kemudian sambung plak kat rumah acara mewarna bag. Bag tu kami beli @Giant Miri yg kami pergi Ahad pertama cuti tu. Menarik sangat craft ni sebab bag2 nya cantik. Anis dapat tote bag, Ahdia handbag manakala Areesya plak dapat purse. Pakej craft tu termasuk bag & marker pens. Seronok tgk gegirls tu dok mewarna bag masing2. Malam baru Areesya balik.
Selasa rehat je kat rumah sambil menyiapkan homeworks & projects (phewww!!!banyak homeworks & project dorg ni especially yg Anis & Ahdia) . Cuma petang je dua org anak dara tu main kat rumah Areesya plak while Arfa main dgn boys @laman rumah (main bola).
Hari Rabu plak Arfa ada training badminton dgn cikgunya @Kompleks Sukan Tutong, so sekaligus dapat le Anis, Ahdia & Areesya swim @Pusat Akuatik Tutong. Yang bestnye kami sampai pepagi lagi & xde org lain (lenggang je). Pukul 10 lebih baru le ada sorang bdk pompuan dgn ayahnya join. 3 dara pinggitan kemudian dgn cepatnya mesra jugak dgn budak pompuan tu. Berdebus 4 org tu sampai la 11:30am. Bila Arfa sms dia dah selesai barula kami bersiap balik. Petang rehat je kat rumah (tido).
Hari Khamis dok rumah & mengaji. Petang main2 sekitar rumah je. At the same time, dorg dok pujuk mommy nak g swimming lagi (alasan haritu abang xjoin). So, mommy janji esok plak swimming.
Hari Jumaat tu dorg ingat nak g Pusat Aquatic Tutong lagi tapi since hari tu Jumaat & daddy balik lunch so mommy decide bawak dorg p Kelab Rekreasi Liang Lumut plak (dekat dgn office daddy). Dapat la half day menghitamkan muka lagi dorg ni (hahaha!!!!berkarat muka masuk sekolah lepas cuti ni).
Sabtu plak since daddy cuti Arfa dok pujuk daddy dia jadi coach badminton. Maka kami 5 beranak jadi keluarga MILO le haritu (hahaha!!!!mommy dpt le peluang hungga aka lari2 anak @trek). Yang mommy seronotnya sbb berjaya buat Anis & Ahdia boring (heheh….. masa mommy lari 10 keliling tu dorg kena la melangut tepi stadium). Dah abis lari 10 keliling, mommy sambung join Arfa & daddy plak menangkis bulu tangkis. Dah berpeluh2 agak2 kurang 10kg tu kami singgah breakfast tambah lemak kat badan plak (layan nasi pusu & roti canai)…….Selamat kekal lemak di badan.
Ahad (last cuti), ingatkan kena jadi keluarga MILO lagi (sbb mlm sebelum tu Arfa dok push daddy sambung main badminton) tapi xjadi sebab daddy dah pancit (ngeh3x!!!! mesti xpuashati dia baca statement ni). Maka selepas solat zohor kami outing JJCM. Bila daddy tanya nak p mana, mommy bg suggestion p Pantai Serasa since dorg baru je upgrade & infact Jumaat lepas Sultan Haji Hassanal Bolkiah bawa 2 anak kecik dia bersiar2 di sana sambil main ATV. 
Sekali bila dah sampai, huhu!!!!betapa frustnya kami sbb walau baru upgrade tapi makin xbest plak rasanya. Jalan makin sempit & parking crowded. Gerai2 jualan org kampung cam dulu dah xde (mmg ada sungutan dari peniaga yg rezeki mereka telah disekat oleh pihak tentu). Perut tengah lapor & cari spots utk makan pun xbyk choice. Last2 kami BLAH!!!!
Memandangkan xpuashati dgn Pantai Serasa, kami bergerak ke Pantai Muara plak (berdekatan je dgn Serasa). Walau agak jem masa nak masuk tu tapi alhamdulilah end up dgn makan sedap & syok sangat dengan keindahan & suasana di Pantai Muara yg luas (nanti mommy citer details pasal Pantai Muara ni since blm ada entry pasalnya). Suasana di Pantai Muara mengingatkan mommy dengan tanah kelahiran ku; TERENGGANU.
Abis citer cuti2 sekolah kami. 



Monday 24 March 2014

Korea - Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon (Cheongae Stream)

Sambungan dari National Palace Museum. Tajuk panjang sepanjang merapu mommy di sini. Memang banyak tempat kami cover hari ke-5 ni.

As mentioned earlier, Gyeongbokgung Palace ni hanyalah bersebelahan dengan National Palace Museum (jgn silap ye ini bukan Seoul Museum tapi Palace Museum). Kalau refer map kat atas ni u al akan lebih faham perjalanan kami d hari ke - 5 ni. 



Sebenarnya lawatan ke Museum itu xde dalam itinerary kami tetapi disebabkan untuk pergi ke palace ni kami terpaksa melalui palace museum tu maka kami yg request dgn guide utk masuk tengok apa yg ada di dalamnya. Lagipun kami tgk ramai juga pelancong yg masuk (tapi tak seramai yg dok kerumun dlm palace la). 


Okey, sesampai kami ke Gyeongbokgung Palace, matahari memancar2 terik tetapi suhu masih lagi 10'C. Udara terasa kering sampaikan bibir pun dah lebam & kering. Dalam suasana mcm ni mommy rasa bersyukur dgn kerabunan mommy (heheh!!!klu tak rasa ada kekurangan diri kan)…….yelah org lain silau je mata tapi mommy relax je cermin mata transform jadi sunglass. So, alhamdulilah dpt le menikmati keindahan istana tu. 


Yang peliknya, mommy yang perasan "Eh, nape istana ni tulis tulisan cina?" soal mommy dgn guide. Dia pun jawab "Ahaaaa, mmg tulisan cina, dulu org Korea xde bahasa sendiri jadi dorg ni lebih kepada combination bahasa China & Jepun yg mana memerintah dorg zaman dulu2"…….Ooooooo, gitu (entah betul ke tidak mommy tak tahu la explanation dia by right betul la kan sbb dorg student luar kena juga belajar sejarah Korea ni). But after I refer to wiki it's explain details about this Hanja writing.





Kat bawah ni plak details pasal istana ni (malas la nak tulis details). Yang penting its about their royal history. 


Gyeongbokgung was built three years after the Joseon Dynasty was founded and it served as its main palace. With Mount Bugaksan as a backdrop and the Street of Six Ministries (today’s Sejongno) outside Gwanghwamun Gate, the main entrance to the palace, Gyeongbokgung was situated in the heart of the Korean capital city. It was steadily expanded before being reduced to ashes during the Japanese invasion of 1592. For the next 273 years the palace grounds were left derelict until being rebuilt in 1867 under the leadership of Prince Regent Heungseon Daewongun. The restoration was completed on a grand scale, with 330 buildings crowded together in a labyrinthine configuration. Within the palace walls were the oejeon), offices for the king and state officials, and the Inner Court (naejeon), which included living quarters for the royal family as well as gardens for leisure. Within its extensive precincts were other palaces, large and small, including Junggung (the Queen`s residence) and Donggung (the Crown prince’s residence). 





Yang paling penting misi kami kat sini ialah nak tgk pengawal istana yg buat perbarisan pertukaran tugas (tukar shif keja la). Heheh!!!!cam jakun je tapi menarik la jugak tgk sebab costume dorg yg cantik. Pastu muka cam garang2 je dgn suara garau. Mommy ada amik video tapi malas la nak uodate @youtube utk mskkan dlm blog ni. So layan jelah gambar2 sebagai bukti kemeriahan upacara ni.





Dah habis tgk perarakan tukar tugas kami terus bergerak keluar menuju ke Gwanghwamun Square plak. 





Okey masa masuk tadi kami terus dr Gyeongbokgung Station & datang dari arah sisi istana. Masa keluar tu plak barulah kami melalui pintu utama iaitu Gwanghwamun Gate/entrance. Masa keluar tu & pusing semula tgk istana tu baru nampak clear Gunung Bugaksan yg tersergam gagah di belakang istana. Wah!!!boleh bayangkan tak kalau snow penuh menutupi gunung tu alangkah indahnya CiptaanNYA (tapi hakikatnya xdak salji).




Masa dok terpusing2 semula nak ambil view depan istana tu, mommy tercakap kat daddy "Eh, daddy perasan tak mcm kat Beijing Forbidden City la"…….Haaaaa sekali si Arfa menyampuk dok tanya apa2 & sibuk cakap tak aci mommy & daddy dah g China. Kita org nak g jugak. Ahhhhh!!!sudah bebudak ni, pantang dengar org berjalan. Itu citer zaman mommy honeymoon dulo2 la mana korang blh kacau, haha.




Okey sambung……kat Gwanghwamun Square tu plak (suasana sama gak mcm dpn forbidden city serius). Dorg p pacak statue raja dorg dulu2 iaitu King Sejong & Admiral terkenal dorg Yin Sun Sin. Masa kami kat sana, ada beberapa kumpulan hak asasi manusia sedang membuat demostrasi aman depan US Embassy (entah apa yg dorg mintak xingat dah).


Gwanghwamun Plaza (Hangul: 광화문광장; hanja: 光化門廣場, also known as Gwanghwamun Square) is a public open space on Sejongno, Jongno-gu in Seoul, South Korea.[2] The plaza was opened on 1 August 2009 by the Seoul Metropolitan Government and is part of the City's plans for environmentally friendly renovation projects such as the Cheonggye Stream and Seoul Plaza.[3] It is also of historical significant as the location of royal administrative buildings, known as Yukjo-geori or Street of Six Ministries;[4] and features statues of Admiral Yi Sun-sin of Joseon Dynasty and King Sejong the Great of Joseon.[5]


Kami xde la melepak lama kat square ni sebab masing2 dah tak sabar nak main ice skating @Seoul Plaza. So, kira sekali lalu & amik gambar jelah. Otw ke Seoul Plaza tu juga kami melalui Cheongae stream.




Cheonggyecheon (Hangul: 청계천) is an 8.4 km (5.2 miles) long, modern public recreation space in downtown Seoul, South Korea. The massive urban renewal project is on the site of a stream that flowed before the rapid post-war economic development required it to be covered by transportation infrastructure. The $900 million project initially attracted much public criticism but, after opening in 2005, has become popular among city residents and tourists.


After cross the stream kami dengan lajunya meneruskan perjalanan ke Seoul Plaza utk ice skating. Tg next n3 & saksikan bagaimana aksi 4A +R ;tertonggeng, tertiarap, terjelir. Hehe!!

Korea - National Palace Museum

Assalamualaikum & salam sayang.
Hari ke - 5 kami di Korea tumpuan lebih kepada sightseeing for cultural di central of Seoul. Mula2 kami menuju ke National Palace Museum of Korea (menurut guide kami jarang Malaysian yg singgah ke sini infact dia pun itula 1st time sampai). Hahaha!!!!!nampak noooo kami ni suka benda2 klasik/museum.

 Museum ni actually just beside the Kyongbokgung Palace. Dah namanya museum of course la barang2 pameran adalah berkisar ttg sejarah Korea. Tapi as many know, Korea sebenarnya bukanlah bangsa yg cemerlang pada suatu masa dahulu (infact dorg ni ditindas habis-habisan oleh org2 Jepun). Jadi tak banyak sangat sejarah yg dapat diwarisi oleh mereka. 


So layan jelah ye beberapa keping gambar kenangan di dalam museum yg kami snap (sib baik boleh amik gambar).










Selesai menjelajah museum kami terus aje menapak beberapa langkah masuk ke kawasan Istana. Bersambung……...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...