بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 30 November 2013

Chocolate Pavlova

Assalamualaikum & happy weekend.
Masih dalam mood birthday daddy. Since birthday mommy dulu mommy buat PAVLOVA, so kena la seia sekata dengan daddy jugak (heheh!!!actually masa bt pavlova birthday mommy tu mmg dah plan utk bt yg versi coklat utk daddy).


Resepi ni mommy simpan dalam draf dah lama tapi mmg tunggu birthday daddy juga baru nak buat. Kalau dulu pavlova manis meleting, so this time mommy dah dpt counter problem tu. Mmg tak syak lagi yg versi daddy punya a.k.a CHOCOLATE PAVLOVA ni lagi sedap & berbaloi2 buat. Semua setuju yg ni lagi hebat dari yg dulu walaupun deco this time mommy sengaja buat simple je (nak kena le dgn tema lelaki tua matang, kik3x).



Bila disimpan dalam peti ais & makan sejuk2, MasyaALLAH!!!!lagi nikmat. Apa yg mommy boleh rumuskan; Love @the 2nd sight (sbb yg 1st sight dulu xberapa nak berkenan). No regret, pasni mmg nak buat lagi & lagi.


TQVM to fzmenu atas perkongsian resepi cuma mcm yg mommy bgt mmg mommy ubah sukatan utk gula.

Bahan2:
6 biji (180 grams)putih telur (saiz besar)
1/4 sudu kecil cream of tartar
1 1/4 cawan (250 grams) gula (mommy guna 150grams)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko

Cara buat Pavlova Coklat: 
1. Pukul putih telur sampai kembang dan jadi kental.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi. 
3. Masukkan tepung jagung, serbuk koko dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je. 
4. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata. 
5. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik. 
6. Sendukkan adunan memenuhi bulatan yang ditandakan. 
7. Bakar pada suhu 140' C selama sejam. 
8. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. baru dikeluarkan. 
9. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream, parutan coklat masakan dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba...:))

Topping:
1 cawan (240 ml) heavy whipping cream
1 sudu besar (14 grams) granulated white sugar (mommy guna
icing sugar)
Fresh Fruit - raspberries, blackberries, strawberries, and kiwi fruit
are some good choices
55 gram semi-sweet or bittersweet chocolate, chopped (mommy
sagat)

Cara buat topping:
1. Pukul whipping cream sehingga kembang & masukkan icing sugar.
2. Pukul lagi sehingga kental.
3. Sedia dihias di atas pavlova.

Friday 29 November 2013

Kelebihan 10 ayat Surah AL-Kahfi


Assalamualaikum & happy Friday yg barakah.
Sedikit nak highlight pasal surah Al-Kahfi; Last usrah naqibah kami brief ttg kebaikan & fungsi membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat (mommy ada record slot usrah tu dlm voice memos tapi tak pandai nak transfer ke blog). 
Secara ringkas & rumusan dr usrah tu ialah kita perlu amalkan membaca surah Al-Kahfi sekurang2nya 8 ayat pertama 10 ayat terakhir kerana IA menjadi pelindung untuk kita menghadapi fitnah akhir zaman especially kemunjulan Dajjal. Semoga dengan amalan kita yang berterusan dengan surah Al-Kahfi akan mengelakkan kita dari tipu muslihat & kejahatan Dajjal, InshaALLAH.
Mommy ada jumpa blog ni yang explain details beserta keratan ayat yang perlu dibaca. Marila kita sama2 amalkan sebab kita pun tak tahu bila & bagaimana akan kemunculan si Dajjal yang dilaknat ALLAH ni. Seperti yg semua sedia maklum mmg matlamat kemunculan dajjal adalah untuk mengkafirkan semua org Islam, nauzubillah semoga kita semua terselamat dari tipu muslihat si Dajjal ni. 

Thursday 28 November 2013

NASI DAGING

Assalamualaikum & happy Thursday.
(Edisi khas sempena birthday daddy 25th November yg lepas).



Since makan nasi daging rumah member kat sini tahun lepas (parents dia mmg bt catering nasi daging guna rempah homemade). Daddy dok request mommy cuba buat nasi daging ni. Bila dok tanya member2 org utara semua ckp kena guna rempah khas. 


So, mmg xde harapan le mommy nak buat kan? Dalam pada dok pasrah xde rempah tu, mommy try le jugak google resepi nasi daging ni (yelah, sapa tak sayang laki kan. Dah dia mengidam kena le jugak usaha). Sekali terjumpa le jugak resepi nasi daging yg simple & tak yah guna rempah khas. Suka la cheq nak try pastu. 


Percubaan pertama (tak ingat dah date tapi dlm awal tahun ni la) xberapa menjadi sebab terlebih letak tomato puri (rupanya kena guna tomato sup bukan tomato puri). Hasilnya jadi mcm nasi tomato plak. Heheh!!!!!


In conjunction with daddy's birthday ni mommy kiranya dah plan nak buat Nasi Daging again sebab mmg tau daddy suka makan. Alhamdulilah!!!!! this time mmg PERFECTO!!!!
Rasanya resepi dari Cik Min ni mmg antara yg senang & bahan2 semuanya mommy boleh dapat kat sini. Tqvm CikMin, u merealisasikan harapan cheq.


Nasi Daging

Bahan2:
1/2 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis
1/2 kilo tulang - rebus sehingga empuk 
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan 2,3 s/b sos tomato
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
1 s/k rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak (mommy skip)
sedikit gula batu – (mommy guna gula biasa)
garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan (mommy skip)

Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi 
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar


Cara : 
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3. Masukkan bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging & tulang, tomato sup kimball dan air rebusan tulang yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam



Cara hidangan: Nasi Daging dimakan bersama Air Asam


Air Asam
Bahan2:
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis)
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan (hancurkan)
1 biji cili merah (ricik halus)
2 biji cili padi (ricik halus)
Garam 
Gula
Sedikit kerisik kelapa

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
2. Gaul rata dengan meramas2 bawang & tomato supaya keluar airnya.
3. Sedia dihidang dengan nasi daging.


Tuesday 26 November 2013

The Empire Hotel & Country Club, Brunei

Assalamualaikum & happy Tuesday.

Last Saturday, 16/11/2013 we went for overnight relaxing break here @the one & only prestiges hotel & country club in Brunei.

Due to work stress, daddy can't afford to wait until December to enjoy our vacation. Heheh!!!for us 'menumpang stress daddy le'..
  

When come to weekend we hardly just stay @home. Surely, at least just go out to have our lunch/dinner. Maybe due to habit of 'weekend outing' during our former life in Malaysia so herein Brunei also the habits is still growing strong (the only problem is there are not many places to cover here, heheh). 

So, no choice; The Empire Hotel & Country Club is the best spot to have family vacation. 3A definitely enjoyed their splash time so much. 

Oh, btw last year we were invited by k.Maria & family to join them during their anniversary dinner here @The Empire. 3A also experienced swam there when Areesya invited them to accompany her. So, basically 3A have more info about the hotel compare to mommy & daddy (sibuk dok citer itu, ini masa sampai hotel ni kononnya dorg expert gitu). 

That day we stayed at one of their deluxe room & believe it or not it's look like a suite in other 5 stars hotel. What a lucky Bruneian, where they can experience this luxurious stay with affordable price (kalau kat Malaysia definitely the price is double up). Thanks ALLAH, merasa kami duduk hotel mcm istana ni. Heheh!!!kalau kat Malaysia cam sayang je duit nak p bayar hotel ribu raban. 


So, nothing much to talk about our vacation except for 'besttttttttt tapi tak puas' (wish to check in again but of course 'ongkosnya buk').


So, just for sharing with my fellow friends & readers what actually they have here. Your eyes will be pop out after you see this


Oh!!! also for info, every time world leaders come to Brunei, this is the place where they stay but of course not in the deluxe like we had. 


Overall, the hospitality is tip top & feel like no gap between 'orang kaya giler dgn kita yg tak kaya ni'. The pools also very user friendly (heheh!!!betul ke istilah aku ni), where u can just 'belasah' terjun with your tracksuit (not like many 2 stars hotels in Malaysia where require you to wear proper swimming attire). 

One more thing (ni best…. terdengar mat salleh tanya kat kawan local dia "oh, so they are not serve liquor at all in this hotel?"). Bongok!!! mmg dah sah2 Brunei bebas arak & judi. Lagi mau tanya. 


Just imaging everybody can just survive without liquor but yet still enjoyed their stay. Tak mati pun mat salleh kat Brunei ni x teguk arak (really wish Malaysia pun mcm tu).


About the hotel.
The hotel was open on 16 October 2000. Located on the north eastern tip of Borneo on the doorstep of one of Asia's oldest rainforests, The Empire Hotel & Country Club is Brunei’s most prestigious beach resort offering unsurpassed 5-star luxury.This palatial resort hotel, which astounds visitors with its spectacular 12 storey marble and gold lobby, is set in its own private 180-hectare (445 acres) estate of manicured gardens and an 18-hole, floodlit Jack Nicklaus Signature Golf Course and Country Club. Each of the hotel’s 518 opulently appointed guest rooms, suites and private villas has a view of the ocean, lagoon, gardens or golf course, while standard throughout the hotel are Imperial king-sized beds made with the finest linens, and over-sized marble bathrooms with walk-in shower, deep soaking tub with gold taps and luxury amenities. The Empire Hotel & Country Club also extends the kingdom’s regal hospitality with an impressive range of international restaurants, spa, world-class golf and sporting activities, and international meeting facilities for top level MICE gatherings, making it a resort ideal for family, romantic or business vacations. The Empire Hotel & Country Club is a member of WORLDHOTELS and recipient of numerous prestigious international awards. Certificate of Excellence by TripAdvisor® award 2013, Runner Up for Best Golf Resort in Asia Pacific by Asian Golf,  Monthly Award 2012 Best Golf Resort in Asia Pacific by Asian Golf Monthly Award 2011 & 2010.


Untuk mereka yang merancang percutian ke Brunei mungkin boleh menempah bilik anda di sini. Really worth it!!!!!


Akhir kata, segala paparan n3 ni bukan dgn niat nak show off (nauzubillah) tapi untuk tatapan kami setelah meninggalkan Brunei suatu ketika nanti. Afterall, pengalaman sebegini bukan selalu kita yg tak kaya ni berpeluang dapat. Semua rezeki itu dtg dari ALLAH Taala. Alhamdulilah!!!

Monday 25 November 2013

Kari Sardin

Assalamualaikum & happy Monday.
Tak boleh tahan nak share resepi hebat harini. HAHAHA!!!!!
Rasa mcm alahai ko ni, ini pun baru nak tau. Hehehe!!!!
Mommy mmg peminat tegar sardin tapi mmg tak pernah try buat Kari Sardin. Kiranya ini kali pertama la ye buat & harusnya aku tepek dalam Wind of Change supaya anak cucu cicit aku tak jakun mcm aku. Kik3x……
Sebelum ni dah lama actually mommy nampak ada blogger tepek pasal Kari Sardin ni tapi tak tau le org cakap 'tak sampai seru' nak buat. Cuma baru2 ni, bila ada kawan blogger yg baru kenal ni; REAL mentioned pasal dia buat kari sardin baru mommy rasa ehh nak try gak le. 
Mmg terbaekkk le kari sardin ni, sedap rupanya. Mommy rasa lagi sedap dari makan kari ikan biasa. Daddy pun pulun gak makan tu (dia mmg peminat tegar kari ikan).
Jom mommy tunjuk cara mommy buat kari sardin. 

Bahan2:
1 tin besar sardin (mommy goreng dulu ikan sardin ni)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 tangkai daun kari
Sedikit jus asam jawa
2 sudu besar rempah kari ikan
2 biji tomato (belah 4)
Garam 
Gula

Caranya:
1. Mula2 toskan isi ikan sardin & sosnya. Goreng isi ikan sardin sebentar (supaya isinya sedikit pejal & tak mudah hancur). Ketepikan.
2. Tumis bawang putih & halia hingga garing, kemudian masukkan hirisan bawang merah & daun kari.
2. Masukkan rempah kari & masak sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan sos sardin & sedikit air. Kemudian, masukkan pula isi ikan sardin yg digoreng tadi & juga tomato.
4.Reneh kuah & perisakan dengan garam & gula.  
5. Sedia dihidang bersama Nasi Putih @ roti.



Sunday 24 November 2013

Muffin Pandan

Assalamualaikum & good day.
Sunyi je rasa blog community weekend ni (maklum org tengah bercuti semua kan). Kemarin, kami ambil result exam Anis & Ahdia……Adussss, kuciwa!!!!!! Nantila mommy jotdown next N3 pasal exam dorg. 

 Harini bagi laluan kat cik Muffin Pandan yang harum semerbak ni dulu. Mommy buat last Thursday, mmg suka buat muffin sbb adhoc je  siap &  boleh ngap. Cuma tule, selalu dok bt yg style western je rasa cam muak juga. Itu yg mommy try google perisa pandan, alhamdulilah mmg pilihan utk minum petang yg tepat. Walau jenis kek tapi aromanya membuatkan kita mcm makan kuih tradisional jugak. Mommy suka (rasanya semua org pun suka, siap 3A dok bagi2 kat kawan2 dorg yg dtg main kat rumah kami petang2 lagi).

Banyak resepi utk muffin pandan ni tapi mommy pilih resepi dari Ena.













Sumber: E-na 
(mommy adjust sikit je)


Bahan-bahan:
200gm tepung gandum (mommy guna SRF & skip bhn2 bertanda *)
*1 1/2 sudu kecil baking powder (skip)
*1/2 sudu kecil bicarbonate soda (skip)
1/2 sudu kecil garam
120gm gula kastor
200ml santan 
100ml minyak jagung/minyak masak
2 biji telur
1 sk pandan paste (skip)
1/2 sk pandan essence
Sedikit pewarna hijau 
Badam hiris atau apa yg disukai utk topping

Cara cara:
1. Panaskan oven pada Suhu 180 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata (mommy just kacau tepung SRF + garam+gula)
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba.

Saturday 23 November 2013

Taman Peranginan Tasek Lama

Assalamualaikum & good day.
Masih lagi nak bercerita ttg Brunei Darussalam. Harini kita p jogging (hahaha!!!org lain p tempat ni mmg jogging la, kami je p menembak a.k.a bikin filem 4A+R lagi).
Gambar google. Lupa nak snap pintu gerbang daaaaa.
Gambar google gak. Daddy bosan gamaknya tgk playground ni.


Antara tempat tarikan pelancong & dalam senarai tempat menarik di Brunei ialah Taman Peranginan Tasek Lama ni. 

Ia merupakan sebuah taman rekreasi ditengah2 Bandar Seri Begawan yg dikelilingi oleh kehijauan hutan yang masih terpelihara. Juga terdapat tasik disekitarnya yg menjadi sumber air di sini. 



Selain menjadi tempat untuk orang ramai beriadah & berjogging, taman ini juga terkenal & sering dilawati oleh para pembesar negara terutamanya dari negara2 ASEAN. Terdapat banyak pokok2 yang ditanam oleh pembesar2 negara yg melawat taman ini, sebagai simbolik persahabatan & kunjungan mereka dengan negara Brunei Darussalam.

Di Taman Peranginan Tasek Lama ini juga terdapat banyak kemudahan2 yang disediakan seperti taman permainan, trek untuk berjogging, air terjun, air pancuran, pondok rehat dan yg paling menarik iaitu menara tinjau.
Dari puncak menara tinjau, anda dapat melihat keindahan Bandar Seri Begawan dengan jelas.
Itu jelah kot pasal tempat ni. Sebagai summary walau kami tak jogging tapi tetap berpeluh & sihat tubuh badan sebab dengan gigihnya mendaki bukit & menara tinjau tu. Heheh!!!
Happy Weekend u all!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...