بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 30 September 2013

SAY NO TO MONDAY BLUES!!!!

Mommy mmg terasa bila baca post ni kat FB. Yong Halima yg post ni. Mmg kita terlupa, terleka & terikut2 benda yg tak sepatutnya kita ikut. So start from now NO MORE MONDAY BLUES!!!! ada reti tu.



Sunday 29 September 2013

Roti Sardin Celup Tepung vs Sweat French Toast

Assalamualaikum & good day.
Weekend ni kami terkurung lagi (huhu!!!bila le nak settle 'shutdown' daddy ni).
Pagi tadi lepas settle breakfast, mommy bt kerja menyental porch (dek xpuas hati dgn hasil kerja amah kaling upahan tuan rumah ni..muntah kucing yg dah kering berminggu dibiar tak berbasuh). 


Selesai kerja menyental, mandi manda & layan breakfast lagiiiii. Heheh!!sampaikan time dok relax2 dlm pkl 10am, mata dah mcm mata Garfield nak terkatup. Tiba2 Si Ahdia mintak bacakan buku cerita kat dia plak (nak tolak kesian plak sbb semalam masa menggosok dah berjanji harini mommy free nak bacakan). 


Yang kelakarnya masa dok bercerita tu (dah xde tone suara gayanya)…….mommy dah tersengguk2 & muka makin tersembam buku. Ahdia kejap2 intai muka mommy (tertonggeng2 dia check mata mommy). Last2 mommy surrender "Adik, mommy mengantuk sgt2.mommy tido kejap, lps bangun kita sambung). Tudia dapat lelap mata sejam baru segar. Usai lunch (heat up lauk semalam since daddy xdak ni), solat & sambung bercerita dengan Ahdia.


Phewww!!!mengantuk tahap Garfield ni sebab semalam lepas selesai menggosok gunung baju terbabas tgk citer Star Trek plak @TV2. Dah tua2 ni mmg xleh le nak stay up lelama. Huhu!!!mokcik dah tua..


Okey jom skodeng breakfast mokcik pagi tadi (mana tak bertambah mengantuk mata mokcik ni sbb 4 set kat atas tu mommy layan sorang2). Memang xlayak diet le gini.


Untuk mommy sorang2 (sbb daddy xsempat breakfast @rumah cuma teguk oats je dia) ini dia 'Roti Sardin Celup Tepung'. Simple tapi mmg mewah gitu. Suka sangat dengan keranggupan tepung celup tu (tapi jgn celup lama sgt sbb nanti roti tu akan rasa tepung yg kurang masak).


 Untuk 3A plak (sbb dorg xsuka sardin especially cili & bawang yg mommy letak banyak2 tu), mommy sediakan 'Sweat French Toast' aka Roti celup telur bergula. Ini antara famous menu breakfast kami yg selalu gak buat sebab senang. Heheh!!


Alhamdulilah!!!!kenyang.


Thursday 26 September 2013

Anak Gadis Jambatan ke Syurga

Assalamualaikum & good day.
Semalam kami di Brunei cuti sekolah sehari sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Mommy & 3A menghabiskan cuti kami ke Miri of course for groceries & sambil2 mommy survey sekolah untuk penempatan tukar tahun depan. Semoga ALLAH permudahkan, Amin.
Selain dr shopping groceries mommy ada beli magazines & buku2 utk Anis & Ahdia. Yg mommy nak share ni pasal 'ANIS'……Heheh!!!bukan kakak Anis tapi pasal majalah ANIS.


Teruja sangat tengok sekali imbas terus beli. Tajuk yg paling menangkap pandangan mommy ialah 'Anak Gadis Jambatan ke Syurga'………. Ya ALLAH!!!!bestnye pengisian ANIS bulan ni, banyak tips & cerita2 yg berkaitan tajuk tersebut. Kalau sapa2 nak tau, takkan mommy nak story kat sini nanti marah plak editor dorg ni. Lagipun better kita baca sendiri. 


Jom kita sama2 baca & apply utk anak perempuan kita. Selain topik anak gadis tu mommy tertarik juga dgn artikel pasal 'Edibel Garden' ni. Heheh!!!cantik & bagi idea mcmana nak deco2 taman herba nanti. 


Untuk ruangan personaliti pula memaparkan cerita Wardina dalam mendidik anak2nya terutama 2 anak perempuan beliau. Pendek kata berbaloi la kalau nak beli majalah ANIS bulan ni. Mommy belum habis baca semua lagi ni tapi excited nak share dgn u all (mmg kalau topik yg mommy minat tu mmg mommy betul2 fokus & baca dgn tekun). Jom sambung baca


Tuesday 24 September 2013

Cencaru Sumbat Sambal Belacan

Assalamualaikum & good day.
Penatnye terasa harini tapi seronok sbb pagi tadi dpt bersua muka dgn org2 Malaysia (heheh!!!mommy ni jarang2 tunjuk muka kat dorg tu sbb jauh perjalanan). Alhamdulilah salah seorang sahabat kami bakal melahirkan baby so kira sambil makan2 tu ada la bt bacaan Yaasin & doa selamat. Semoga beliau sihat selalu & selamat melahirkan, Amin.
Ni dok melangut lagi dok fikir si ayam tu nak masak apa leeeee? Bosannya dengan ayam tapi terpaksa juga masak ayam utk 3A ni. Kalau ikutkan mommy nak masak ikan goreng, celur brokoli (cam bt semalam) pastu cicah budu. Hari2 pun ok rasanya camtu.

Emmphh!!!dalam dok fikir nak masak apa tu terjumpa gambar ni dlm iphoto. Berzaman dah snap tapi xjadi publish, kononnya ala setakat ikan cencaru sumbat xkan nak msk blog kot. Heheh!!!harini rasa rindu plak dgn si cencaru sumbat ni. Kalau buat mesti berselera daddy makan (mommy pun mmg licin ni kikis). Itu yg mommy nak share gak la sbb for sure 3A akan suka kalau dorg dah besar nanti (mesti selera ikut daddy & mommy gak kan).

Kalau ikut selera kami, cencaru sumbat belakang @ ada org panggil belah belakang ni kami suka style sumbat sambal belacan. Pherghhh!!!mmg terangkat le. Pastu mommy akan sumbat banyak2 biar melimpah2, so bila time goreng tu dia akan menjadi kerak yg hangit. Yang hangit tuuuuuuu le yang kami dok berebut gaul dgn nasi panas. Heheh!!!!itule perangai daddy & mommy kalau hadap si cencaru sumbat sambal belacan ni. Pepepun, byk resepi org bt; ada yg guna sambal kelapa, ada yg buh sambal tumis etc. Apa yang penting buat le ikut selera org tersayang & anak tekak masing2 kan. Eh, esok nak p jari si cencaru la. Lama dah tak layan ni. Harini masak le dulu si ayam.


Monday 23 September 2013

Sistem Eletrik di Brunei

Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak bebel2 sikit ni ala2 stress 'Monday Blues' gak la. Huhu!!!semalaman kami 'blackout' & berendam air peluh (melampau le ni). Apa citer?????
Okey, sebelum mommy citer what happen……mari mommy story dulu Sistem Elektrik kat Brunei ni. Supaya korang pun belajar gak ye. Adusss!!!!menyusahkan betui.

Switchboard 

Kalau line telefon biasala kita dengar system 'pre-paid' kan? Haaaa, kat sini elektrik pun dorg guna sistem pre-paid. Since last year (tak ingat dah bulan berapa) slowly government dorg tukar dr system postpaid (mcm yg kita @Malaysia tu) kepada system pre-paid. Petugas dari Jabatan Elektrik akan datang rumah ke rumah & menukar meter (mainboard) tu untuk implement sistem pre-paid ni. WAJIB ke? Haaaaaa la wajib klu tak xde la kami nak susah2 mcm ni. Sebelum sistem ni, mmg senang & mewah le kami bantai guna letrik sebab blh claim dgn company. Daddy advance bayar pun melalui online. So kira tak hingat dunia le guna, xde nye org nak dtg potong letrik ko. Tapi yang herannya dulu sebelum sistem pre-paid ni bayaran bulanan elektrik rumah kami ni tak lebih dari BND200. TAPI skrg ni (ni yang lagi hampeh ni) kadang2 top up BND200 sebulan pun tak cukup (padahal kami dah start berjimat eletrik dah tu compare to yg dulu). Yang lagi heran rate penggunaan eletriknya tak standard. Masih tak faham mcmana dorg set. Sebab kalau beli BND200, dapat dalam 2400+ usage. Beli top up BND20 = 245 usage. Harini try beli BND30 = 300 usage. PENING!!!!

CIU……Untuk kita key in token setiap kali nak top up…Nampak muka smiley tu ? Kalau nak abis kredit @ mmg dah 0 mencuka le mukanya. Menyampah menatang tu.

Walaupun masih blh claim dgn company tetapi since guna pre-paid ni mmg leceh sebab kena p beli kad top & kena key in token kat meter setiap kali bacaan dah nak abis (mommy le yang kena pikul tugas ni, itu yg mmg gerammmm je). Kena p beli top up satu hal, yg lecehnya government dorg bagi discount 10% (kira extra usage la) setiap pembelian pertama bulan tersebut jadinya masuk je awal bulan mmg mcm ikan sardin le org berpusu2 ke Jabatan Elektrik tu (kalau beli kat kedai runcit xdpt discount ni). Cthnya: Masuk bulan Okt mommy beli BND 200, so dpt extra usage 10%. Pastu katakan tgh2 bulan xcukup, blh p beli lagi tapi dah xdpt 10% free usage tu. So biasanya org akan beli sikit2 je sementara tunggu bulan Nov plak utk beli byk & dpt 10% free usage lagi. Begitu le citernya. 

Kiri tu pre paid kad yg beli kat kedai runcit. Kanan tu saja je tunjuk prepaid hp.

Okey, takyah le korang pening2 mikior ye. Ni citer semalam…….
Bulan September ni kami beli BND100 je top up sbb bulan lepas kami kan blk raya hampir sebulan ke Malaysia, pastu letrik plak trip (maknanya mmg usage xguna langsung le). Masa balik tu pun ada dlm 2000+ lagi usage. Tapi malangnye Jumaat lepas usage dah 0, jadi hari Sabtu tu mommy beli top up BND20 = 245 usage (kira sempat le 2 hari paling2 kjp guna pun. Ingat harini baru nak p cucuk duit kat pekan beli banyak2). Tiba2 semalam pukul 12+ rumah kami tiba2 blackout…..Huwaaaaaa!!!!rumah org lain cerah. Sekali tgk dah 0 plak. Giler cepat abisnya!!!!! Nak p kedai beli top up mana ada lg org bukak. Jawabnya tido le kami 5 beranak dlm kegelapan & kehangatan melampau selama 6 jam. MASAK!!!!!Padan muka kami. (Tapi sblm sistem pre-paid ni pun kami pernah juga experienced tiba2 tgh mlm blackout especially time hujan ribut. Mau paling2 kurang pun 2-3 jam bergelap).

Gores kad letrik, pastu kena sms no tu. Bila receive token baru key in kat CIU.

Weh!!!xde warning ke menatang meter tu? Ada……... Tapi bunyinye 'tet tot tet tot' slow je. Meter tu kami pasang kat luar rumah jadi mmg xdengar le bunyinya. Nak dijadikan citer semalam mommy mmg terkurung dlm rumah je (daddy keje), so xde le mommy p check meter tu (malas punya pasal) lagipun x logik 2 hari blh abis. HARU betul!!!! sib baik SUPERHERO tak mengamuk (heheh!!! mommy tau daddy cool orgnye).

Moral of the story: Walau Malaysia korang rasa teruk mahal serba serbi tapi percayala………Malaysia lagi baik dlm banyak segi, cuma dorg menang bab minyak & income tax je. Kalau nak kira mahal giler tau kadar letrik kat sini. Kalau dulu ingat kat Malaysia rumah kami ada aircond gak, sebulan paling2 byk pun around RM180 gitu. Kat sini cuba u all imaging kami spend BND200 sebulan (minimun tu), equal tu almost RM500/mth….Ayoyo banyak tu.

******************************************************
p/s: kalau org Brunei baca N3 mommy ni jgn marah ye. Bukan niat mengutuk ke apa cuma luahan perasaan yg terpaksa berhangat semalam. Heheh!!!pepepun yg positif kami dpt ialah penghayatan mcmana rasanya klau jadi org susah especially kat tempat2 yg selalu berperang @ tmp2 yg terlalu daif. Bersyukur banyak dah kitani walau di Brunei mahupun di Malaysia. Semoga ALLAH ringankan beban mereka2 yang dalam kesusahan. Amin…..

Tq ye korang baca bebelan mommy. Muahhhh!!!skrg dah 'clearout' & mommy pun dah cool gitu. 

Saturday 21 September 2013

Gunung Jerai, Kedah

Assalamualaikum & good day.

Mommy rasa nak menyanyi la sikit harini. Nak kata riang gembira xdaq laaaaa. Saja cheq nak liburkan hati sendiri.


"Mai, oh mai cheq maiMai ke negeri Kedah"
Wasalam. Heheh!!!



Itu ja cheq tau sbb cheq xjadi pure Kedahan lagik laaaaa. Tunggu cheq dok tang Kedah lama2 blh la cheq nyanyi bg perabih nooo. Harini cheq nak habaq mai kat hangpa semua betapa cantiknya negeri Kedah ni (aikkk, ayat coverline ni sbb N3 pasal PULAU PERHENTIAN aritu dah up habis2 pasal Terengganu. Ngeh3x). 

Masa cheq balik cuti raya baru2 ni, SUPERHERO cheq dok sibuk la nak p holiday lagi (mentang2 dia cuti lamoo, tu dia aih xcukup2 tempat nak p melawat). Cheq & 3A seronot bkn main lg la ada org nak bwk p jalan2 lagi. 


So, depa (SUPERHERO & sibling la) dok discuss la mana nak p kannnn. Cheq mula2 dengaq ja la xmau la sibuk2, cuma sekali sekala cheq tarah masuk gak la bg idea. Last2 depa decide nak p Langkawi. Agenda Langkawi ni rasanya dah 2 tahun posponed, tapi nakkkkk gak p sana. Kami 4 beranak okey aje. 

Pastu tiba2 cheq dok teringat la kat gambaq2 ada kawan cheq post @FB, so cheq utara la kat SUPERHERO kot2 dia nak p. Sib baik dia pun "oooooh yalah, cantik tempat tu". Last2 calling2 tanya ada kosong dak what ever. Maka terlajur le kami ke sana. P mana? Langkawi ka? Dak aihhh..kami p overnite atas Gunung Jerai, Gurun nung. Kira orait gak le sbb OTW gak pagi2 esok gerak ke Langkawi. 

Tak sangka syokkkkk oooo tempat ni. Mesti ramai xtau @ buat2 tak tau sbb kira mcm alaaaa kat Kedah je pun. Tapi kan, cheq nak habaq mai ni mmg kalau hangpa org2 Kedah tapi tak pernah p sini kankira mmg hangpa rugi sangat. Kalau yang baru kawin tu drp hangpa p Cameron Highland ka, Genting ka baik hangpa p kat sini. Sejukkkkk & romantis abis. Orang pun xramai. Kira privacy habis la. 

Resortnya tak le besar sangat tapi environment cantik & bersih. Ehhhhh!!!!dok gebang panjang lebar lupa nak habaq kami stay kat ni haa.
The Regency Jerai Hill Resort.

Kemudahan banyak juga disediakan untuk aktiviti pengunjung. Hangpa nak tau details hangpa tgk SINI la. 

Masa kami p ni mmg attention nak tido & hirup udara segar je, so mmg kami skip le jungle trekking ke, mendaki ke……cuma daddy je la amik peluang jalan2 kat luar sikit. 

Mula tu ingatkan mommy & daddy nak le p belai2 badan @Spa dia tapi xdan aih.pastu nak gerak p Langkawi plak. So, 3A jelah dgn paksu depa mandi kolam & main kat playground. Selalunya depa ni kalau masuk kolam mmg susah nak naik ke darat kan tapi masa kat sana sat je berendam. Sebabnya sejukkkkkk!!!! hahah!!

OTW turun dari The Regency Jerai ni kami ternampak plak Muzium Perhutanan Gunung Jerai . So, harus le menyinggah juga tengok apa yang menarik. 


As usual nama pun muzium kan so mostly barang2 pamerannya adalah hasil2 hutan yg terdapat di Gunung Jerai ni. Tak lama menyinggah terus sambung perjalanan untuk ke Jeti Kuah. 


Lupa nak habaq.masa dah masuk jalan besar Gurun tu kami pekena jagung bakaq special (sepanjang jalan ada org jual jagung bakar & buah2 disamping minuman juga makanan ringan). Apa yg specialnya? heheh jagung tu depa buh, butter, garam & susu pekat. Belengas2 kami nak makan. Secara jujuq cheq xsukoooo le sbb dah tak natural rasanya pastu kurang masak plak tu. Huhu!!!rindu cheq dengan jagung bakar Marudi, Sabah. 

Pepepun, cheq kena cintai jugak KEDAH DARULAMAN ni sebab bukan setakat negerinya aman tapi sebab cheq dah rasa aman damai dgn SUPERHERO KEDAH ni. Sekian noo citer cheq arini. Di lain hari cheq cerita lagi pasai Langkawi plak. 

Friday 20 September 2013

Jeruk Pedas Pauh a.k.a Mangga

Assalamualaikum & good day.
Musim mangga datang lagi (kat Brunei ni rasanya mcm sepanjang masa ada je buah mangga kat pokok). Kami dapat buah mangga yang agak masam, so bila try buat kerabu mangga terasa sangat masamnya maka mommy decide tu clear the balance dengan buat jeruk. Aduss kecur mulut teringat makan kerabu mangga. 

 Entry ni mommy nak share resepi Jeruk Pedas style org kampung kami plak. Minggu lepas ada tertengok kat FB 'Selere Terengganu' pasal Jeruk Pedas ni tapi xde resepi. So, masa buat ni mommy kira belasah sendiri la kot. Sib baik sama jadinya. 


Hehe!!!! Kalau Anis nak try buat later blh le guna resepi mommy ni ye (Anis bukan main pulun makan, sebab tak pedas sangat mommy buat). Yang lain2 kalau nak try juga, silakan mmg tak mengecewakan la kot.


Bahan2:
5-10 biji mangga muda 
6-10 tangkai cili kering/ 3 sudu besar cili boh (terpulang tahap kepedasan masing2 la)  
1 keping gula melaka/ nise  (boleh tambah kalau suka)
Air (anggaran tenggelam mangga)

Caranya:
1. Mangga muda dibuang kulit kemudian basuh bersih. Hiris nipis & rendam dalam air garam (atleast 1 jam). Toskan.
2. Kisar cili kering & masukkan ke dalam air. Didihkan sehingga air lada betul2 masak.
3. Masukkan nise/gula melaka & didihkan lagi sehingga gula melaka cair & air lada sedikit pekat.
4. Sejukkan air lada.
5. Masukkan mangga muda ke dalam bekas.
6. Tuang air lada sehingga menutupi semua mangga & simpan di dalam peti ais 3 - 5 hari sebelum dihidangkan.

Wednesday 18 September 2013

Pulut Panggang Inti Pisang

Assalamualaikum & good day.

Hahaha.semalam mommy 'ter' publish gambar ni, pastu bila time nak edit...seharian try tapi xberjaya sbb internet super duper slow. Mcm dah nyawa2 ikan je signal. 


Pepepun, pada kawan2 yg bertanya kat komen tu ni le 'Pulut panggang inti pisang' style org Thai yg mommy mentioned dlm entry pulut dakap tu. Pulut & inti sama mcm buat pulut dakap tetapi instead of steam/kukus pulut tu dorg panggang/bakar. Sedap juga but Arfa suka layan yg kukus lagi sebab yg panggang ni pisangnya jadi lembik. Sesiapa yg nak cuba okey juga sekali sekala tukar taste. 



Monday 16 September 2013

Pulut Dakap

Assalamualaikum & good day.
Memandangkan bulan ni daddy kerja 7 days/week makanya my Sunday quite free (free le sangat…..xabis2 keje, siap menyental toilet lagi ada le).


2,3 hari before Sunday tu mommy dah plan nak buat 'Pulut Dakap'. Huhu!!!mesti ramai yang tak tau apa benda 'Pulut Dakap' ni. Mommy pun sebenarnya masa zaman dulu2 je rasanya makan pulut dakap ni. Rasanya origin kalau tak dari kelantan sure resepi ni asal dari Thailand. Sebab org Thai mmg suka makan pulut kan. Entah kenapa le tetiba je mommy rasa nak makan, maka harusle cuba buat sendiri. 


Yang bestnye, masa mommy dok terfikir2 nak buat Pulut Dakap ni mommy comeacross satu lagi resepi yg lebih kurang sama berasal dari Thailand. 


So, start Sabtu malam mommy dah rendam pulut siap2. Pagi Ahad tu terus tekun bekerja mengukus pulut, menggulung, mengikat & mengukus lagi. Hasilnya bukan satu resepi tapi 3 resepi sekaligus. Haha!!!pasni boleh buat entries back to back lagi pasal PULUT. Resepi ni mommy olah sendiri ikut style buat pulut panggang cuma tukar inti saja.
--------------------------------------------------------------------
Resepi Pulut Dakap

Bahan2:
500g beras pulut (rendam semalaman)
1 cawan santan 
2 cawan air masak
1/2 cawan gula (kalau tak suka manis blh kurangkan)
Sedikit garam
Pisang (terpulang pisang apa2 pun janji yg masak)
Air untuk mengukus
Daun pisang (layur & potong mcm nak buat lepat/pulut panggang)
Tali untuk mengikat (seeloknya guna tali khas utk masakan)

Caranya:
1. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih.
2. Masukkan beras pulut yg telah dibasuh ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15 - 20minit.
3. Angkat periuk dan masukkan pulut ke dalam besen. Arung/gaul pulut dengan air masak sehingga sebati.
4. Kukus lagi pulut tadi selama 15 - 20 minit.
5. Angkat sekali lagi & arung pulut dengan santan yg telah ditambah sedikit garam. Tambah juga gula & gaul sebati.
6. Kukus pulut sehingga betul2 masak selama 20 minit.
7. Apabila pulut telah sejuk, ambil sesenduk pulut & ratakan di atas daun pisang (guna tangan yg dibalut plastik supaya pulut tak melekat). 
8. Letakkan pisang ditengah2 pulut & balut pisang dengan pulut, seterusnya gulung juga daun pisang dengan kemas.
9. Dengan menggunakan tali, ikat pulut tadi dengan ketat (lihat gambar). Buat 2@3 ikatan supaya betul2 kemas.
10. Apabila selesai mengikat, susun pulut tadi di dalam periuk pengukus & kukus selama 15 minit.
11. Sedia dihidangkan.

Sunday 15 September 2013

ICT Kulim (Dataran Raudhah)

Assalamualaikum & good day.
Memandangkan byk lagi gambar2 cuti Malaysia yg belum tayang @Wind of Change ni mommy masukkan lagi gambar2 kenangan balik raya aritu.


Lepas sakan beraya & bercuti di Besut maka 13/8/2013 petang tu kami bergerak ke Kulim untuk beraya di rumah tok wan pulak. Kami bertolak dari rumah mok dah agak petang dalam pukul 4 lebih, so sampai di Kulim dah malam jugak. Singgah makan Char Koay Teow Sg Dua (Telur Ayam Dibasuh) cawangan Kulim dulu sebab dah lapor bebenor. Actually acara wajib bagi kami tu kalau balik Kulim mesti nak makan Char Koay Teow Sg Dua tu.

Selesai makan, kami bergerak ke rumah tok wan. Masa otw tu kami melintas Dataran Majlis Perbandaran Kulim, wah!!!!!ada pokok2 lampu mcm ICT Shah Alam le. Mommy xde le rasa nak singgah lagi sebab rasa penat dah sesangat tapi daddy beria2 nak singgah plak (kes nak menembak lampu le ni). 

So, u all layan jelah 3A posing bawah pokok lampu ni. Hehe!!!

Masa dok tunggu model shooting tu, seronok juga mommy tengok gelagat org Kulim lepak2 ambil angin malam kat dataran ni. 


Ada budak2 main kejar2, ada satu family besar tu plak dok tolak kerusi roda mak/nenek dorg, ada juga budak2 muda dok borak2, 4,5 org family posing mcm kami gak, 2,3 couple bertenggek atas batu & yg paling menarik perhatian 2 org pompuan (sorang cina & sorang india) dok promote produk pelangsingan badan. Siap ada penimbang bagai. Bagus betul strategi dia, heheh!!!

Memang cantik dah le dataran tu sekarang ni especially bila ditambah plak dengan pokok2 lampu. Yang sangat dipuji sebab persekitaran dataran tu pun bersih. 


Diharapkan masyarakat xde la menyalahgunakan kemudahan & keindahan yg disediakan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...