بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 29 March 2013

Bawal Sweet Sour



Last recipe for back to back seafood kali ni hahaha!!! 'lauk pengantin zaman 80an'.......Nape mommy panggil 'Lauk Pengantin 80an' sebab masa mommy kecik2 dulu zaman 80an le mmg berebut2 nak makan lauk pengantin yang sedap ni (hari2 biasa mana dapat makan ikan bawal bagai ni dulu2, mahai ooo). Pastu yang mommy paling suka tu haa kutip kacang peas. Kalau dorg buat dulu takde la tuang peas mewah berlambak-lambak mcm dalam gambar mommy ni, sikit je letaknya. Itu yang membuatkan kita budak2 suka dok kutip. Selain ikan bawal, ayam masak macam ni pun mmg pujaan hati le dulu masa kecik2.

Btw, cara mommy ni kira sempoi la ye. Ada org buat style lain tu terpulang le tapi mommy tumis bawang putih sampai garing, baru masuk cili boh/giling. Goreng sampai garing baru masuk bawang merah kisar (cara ni mommy baru tahu & belajar masa balik K.Teh kawin aritu.......tukang masak tersohor utk kenduri yang ajar tumis gitu). Kalau sebelum ni, mommy campur terus bawang putih+bawang merah, pastu baru masuk cili boh. Trust me, rasanya lain. So skrg ni kalau mommy buat masak tumis ni, mmg asing2 tumis bawangnya.
Kalau nak buat sweet sour ni, masukkan aje sos tomato & perisakan dengan garam & gula. Bila dah reneh (tambah air sikit ye) kuah tu baru masuk ikan bawal/ayam (yang dah digoreng garing). Masa nak angkat baru masukkan kacang peas (dalam tin). Hias dengan potongan bawang holland & lada merah. SIAP!!!


Sotong Rebus Ketuk Serai

Resepi kedua ni plak special woooo. Hehe!!!!kalau org2 belah Pantai Timur mmg familiar la kot dgn resepi ni tapi mungkin org2 negeri lain kurang tahu ttg resepi simple & senang tapi slurrpp sedap dihirup ni. Kalau bagi mommy lauk ni + ulam + budu = 2 pinggan nasi abis......

Yang belum pernah cuba tu mungkin boleh try kot2 kena dengan selera u all gak. After all, resepi ni sangat sihat & sesuai utk yg tengah berdiet (provided jgn tambah nasi le ye, hehe). Bagi daddy, lauk ni macam pelik pada peringkat awal perkenalan mereka, tapi rasanya sekarang ni dia pun dah boleh layan, lebih2 lagi kalau matching dgn budu. Satu lagi nikmat dunia.

Cara nak buat pun senang sesangat......

Bahan2:
500g sotong (sederhana besar)
5 batang serai (diketuk/titik)
5 biji bawang putih (diketuk/titik)
10 biji cili padi/3 biji lada hijau (optional....kalau xnak pun takpe)
1-2 keping asam gelugur/keping
Garam
1 liter air

Caranya:
1. Mula2 bersihkan sotong (buang lendir hitam di badan sotong).
2. Masukkan semua bahan2 kecuali garam & asam keping ke dalam periuk & renehkan di atas api perlahan.
3. Apabila kuah telah mendidih, masukkan 1 cawan air lagi & tambahkan garam & asam keping. Biarkan kuah mendidih semula sebelum ditutup api.
4. Sedia dihidang.






Ketam Masak Sos Lada Hitam

Assalamualaikum & good day.
Ayoyo, seminggu sudah tak update blog kesayangan mommy ni. Okey alasan tak update; last weekend kami entertained 'tetamu dr semenanjung' (Cik Ani Ganu & family).....dorg datang last Friday til Monday. Kami bwk dorg jalan2 sekitar BSB & Jerudong je. Pastu last week jugak internet 'demam kura2'........itule yg menyebabkan mommy boring je nak nak hadap Mr Mac. Eksperimen pun takde cuma ulang buat resepi2 yg dah terer je (so takde la nak jotdown dlm blog lagi kan). 



So, harini mommy nak pulun back to back entries pasal menu seafood plak. Nak kata rajin tak juga, tapi mmg tgh mood layan seafood minggu ni. Penangan dari borong seafood @Pasar Ikan Jerudong bersama2 Cik Ani haritu, stok seafood byk lagi. Dorg cukup teruja tgk pasar ikan & keadaan urus niaga seafood fresh dr laut kat sini. Memang sebetulnya dah takde rasanya suasana jual beli ikan direct dr nelayan kepada end user @semenanjung Malaysia walau kat Ganu. So, shopping seafood sakan le kami last weekend. Malam minggu lepas juga layan BBQ Seafood + air kelapa muda fresh. Alhamdulilah nikmat yang tak terhingga. 


Okey  N3 pertama harini pasal resepi 'Ketam Masak Sos Lada Hitam'......Utk pengetahuan semua, eksperimen ni sebenarnya hasil  dari 'draf entry mommy masa tahun 2011' seperti di bawah cuma selepas dari cerita tu mommy guna ready made black pepper sauce sampai le semalam baru mencuba resepi baru ni. 


 N3 lama bertarikh 13/7/2011.
Huish dasyat nama resepi kali ni......Hehe, sebenarnya resepi ni mommy dpt hasil dr usaha gigih daddy tapau bwk blk kat anak bini dia sebekas 'ketam2 bersos lada hitam'. Xingat dah exact date tapi 2 bulan sudah le....Dorg ni lps shutdown, mesti ada meeting+dinner dgn bos2 besar dr Italy....So, this time dorg buat @ Hotel Empire Jerudong...
Berbalik ke resepi kita, mmg sedap gile le mr crab yg daddy bwk blk tu, sampai menjilat lengan makannye :)
Tiba le masanya harini mommy try&error je resepi tuh...Yg bezanya, org hotel guna ketam nipah (yg keras tu). Pastu dorg mmg blend lada hitam biji2 tu le, mommy malas sbb nak cepat so guna sos lada hitam maggi je. Tak le pedas sgt guna sos tu.....Klau u all nak try blh la try & error gak guna resepi ni.




Okey itu N3 yg sepatutnya mommy publish 2 tahun lepas tapi tak jadi2 sebab mula2 buat tak sempat ambil gambar & after date dok ulang buat guna sos segera (mcm tak trill je nak jotdown benda2 instant ni). Maka harini mommy jotdown refresh resepi yg mommy buat semalam. Proven sedap & lebih kurang sama rasanya macam yang 2 tahun sudah, hehe.



Bahan2
5 ekor ketam (cuci & potong dua kalau besar)
2 ulas bawang putih (pecahkan/kisar)
1 inci halia (pecahkan/hiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1/4 cawan air)
Air
Garam
Gula
Minyak 
Daun sup/parsley
Lada besar

Caranya:
1. Mula2 goreng ketam sehingga berubah warna (lebih kurang 3 minit) & toskan.
2. Tumis bawang putih, halia & lada hitam sehingga garing. Masukkan semua kicap masin, kicap manis, sos tiram & sos tomato. Gaul sebati.
3. Tambahkan 1 cawan air (untuk buat kuah, bergantung le kalau nak kering kurangkan air). Masak kuah sehingga mendidih, perisakan dengan perasa, garam & gula.
4. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & ratakan kuah. 
5. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Reneh sebentar sebelum diangkat.
6. Hiaskan dengan daun parsley & lada yang dihiris nipis.

Friday 22 March 2013

Basic Banana Muffin with Twin chocolate chip

Assalamualaikum & good day.

Nothing special, just a basic banana muffin for the 'tea time'. Ptg semalam ustazah dtg ajar mengaji, so in order to 'jamu' ustazah mommy did a quick baking. Hehe, on time je ustazah selesai ajar 3A, oven pun 'tik 3x' berbunyi. Ustazah xnak makan, so tapau kasi dia. So, here it is:


 Mommy copy & paste the recipe from Taste of Home. Easy peasy & yet very moist. Mommy teringat kat kek pisang yang selalu dok beli dulu2, yeay!!!! skrg dah pandai buat sendiri.








Source: Taste of Home

Ingredients (Yield: 1 dozen.)
1-1/2 cups all-purpose flour
1 cup sugar (i think too sweet, next time want to reduce 3/4 cup)
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
3 medium ripe bananas
1 egg
1/3 cup vegetable oil
1 teaspoon vanilla extract


Directions
1. In a large bowl, combine dry ingredients. In another bowl, mash the bananas. 
2. Add egg, oil and vanilla; mix well. Stir into the dry ingredients just until moistened. 
3. Fill greased or paper-lined muffin cups half full.
4. Bake at 375° for 18-22 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. 
5. Cool for 10 minutes; remove from pan to a wire rack to cool completely.

Thursday 21 March 2013

Kelab Rekreasi Liang, Lumut



Assalamualaikum & good day.
Mommy nak share pictures kami 3A+R p melepaskan bosan yesterday @Liang Recreational Club Water Park. Fyi, inilah water park pertama di Brunei (heheh, for us Malaysian yang mmg dah canggih manggih & happening dgn segala mcm park mmg hampeh jelah tempat ni sebab setotet & xbanyak sangat attraction dalam tu) BUT really glad ada le jugak tempat melepas gian especially 3A ni. Seronok bukan main dorg ni dapat GEDEBUS main air semalam. Tempat ni actually baru je buka last year December. Consider masih lagi dalam keadaan probation period kot (hehe, hopefully ada penambahbaikan in the future). 

Tempat ni sebenarnya dekat sangat2 dgn tempat kerja daddy (Infact mmg club ni under BLNG management pun).....Itu yg kami mcm bengang je dgn daddy sebab xbgt kami pasal tmp ni earlier (kitaorg dpt tahu pun sbb jiran pergi last Monday bawak Arfa & Anis.....cuma Monday tu tmp ni mmg tutup). Rupanya daddy mcm anggap tempat tu mcm xbest sesangat (biasale typical Malaysian yg mmg dah biasa dgn tempat2 hebat @Malaysia). Bagi mommy plak, doesn't matter best ke @ tak but for the kids ibarat mcm something really happening for them. Bukan tempat yg matter but main air tu yg penting.

So, layan jelah gambar2 ni & for us of course as a 'Kenangan di Brunei'.

Check in kaunter.
Ini jelah seketul tempat2 bagai utk slide ke, shower ke, air terjunam ke, etc...hehe, jadilah ye
Changing Rooms.
Tembak jgn tak tembak
Posing sikit

Kami smp @10am so xramai lagi org. After zohor tu baru org mula ramai. Oh fyi, setiap 10 minit b4 waktu azan, guard akan tiup wisel utk org ramai stop berseronok. After azan habis, baru smp semula segala aktiviti. Begitu juga di mana2 tmp rekreasi yg lain di negara Brunei ni. Alhamdulilah!!!!
Arfa kena serang dek 2 org anak mat salleh ni. Haha!!!dia kena jadi dugong, 2 org tu siap bergantung kat badan ARfa nak main sama2. 

Cafe yg selalu gak daddy lunch dgn opismate dia. Sebelah water park tu je.



Ni plak kaunter makanan sebelah dalam water park (Cafe yg sama gambar di atas). 3A kelaparan after 3hrs berendam.

Dah nak balik, waktu pun dah almost 2pm. PENAT!!!!

Selipar bukak @luar. Macam masuk rumah. No worry about org curi selipar 'fliptop' buruk mommy.
Ni kawasan rehat berhadapan dgn Kelab Rekreasi Liang tu. Mmg tempat org picnic. Mommy suka the idea yg after penat2 main air @dalam, kita lepak2 sini plak BBQ picnic BUT daddy blh gelak ckp "hurmmph, picnic berlatar belakang kapal minyak BLNG".....terus sentap mommy. BUSAN!!!

Arfa model je ni, mommy nak tunjuk kat belakang NUN kapal yg daddy
maksudkan. From that kapal , ada jambatan 'minyak' & 'org minyak' utk
depa berulang alik dr plant ke kapal.
Masa dah nak balik, k.Anis panjat pokok ni. Mommy tgk cantik plak 2 yet2 ni atas pokok. Haish!!!

Wednesday 20 March 2013

Homemade Dadih

Assalamualaikum & good day.

Harini mommy penatnyeeee meneman 3A p berendam @Water Park. Ingatkan buat roti hari Isnin lepas boleh relax bereksperimen seminggu, hahaha!!!!rupa-rupanya tak sampai 2 hari habis semua roti sedap tu (ngeh3x....perasan). 



 Okeh, semalam sebab xdak kuih-muih, kudap-kudapan etc (dorg makan mee goling yg mommy masak utk breakfast smp ke ptg........sedap gak kot tu kalau tak takkan dr pagi til ke ptg layan, hahaha!!!!perasan lagi mommy). Okehhhh, sambung semula citer. Semalam mommy last minit buat 'eksperimen dadih'.......



Dulu2 pernah tgk Tun Telani buat, pastu dah lupa nak try sebab selalu dok buat yg instant jelly pelbagai rasa tu. Tapi semalam sbb mommy nak try buat yg guna fresh milk yg flavour strawberry jadi google balik resepi 'Homemade Dadih'. Masa mula2 tgk resepi yg Tun buat, dia guna susu sejat (dlm stok mommy xdak plak susu sejat) so mommy decide guna yg original resepi dr knor@MyResepi. Mudah & bahan2 pun semua ada dlm stok mommy. Jom tgk mcm mana nak buat dadih plak (lebih kurang sama dgn buat Homemade Tofufah dulu gak ni).


resepi: kak nor@myr


Bahan-bahan: ( 16 bekas -spt dlm gambar ) 
10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan
1 liter susu segar biasa (mommy tak buat yg susu biasa tapi guna yg perisa strawberry)
1 liter susu segar berperisa coklat 
1 1/4 cawan gula @ 17 sudu besar gula (mommy rasa manis sgt, next time nak reduce sikit)
1.2 liter air 
1 sudu teh garam 
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air 
1sudu teh coklat emulco 

Cara-cara: 
1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. 2. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih. 
3. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco. 
4. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana saja dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. (Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras)
5. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika. 
6. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.


(dadih yang mommy buat ni, color mmg natural from the fresh milk, rasanya kalau nak bagi cantik kena letak pewarna sikit kot) 





Monday 18 March 2013

Sweet Cheezy Bun

Assalamualaikum & good day.
Make it fast sbb nak layan back to back Adam & Hawa episodes. Hehe!!!mommy ni kalau dah terjebak mmg addicted le jawabnya. Masa org dok sibuk layan @Astro HD kami ketinggalan zaman sbb xdak HD (la ni follow @Astro Ria, then i decided slownya nak abis so i choose online le cepat skit khatam). 


Lama tak meroti, so here the latest edition of my 'roti' experiment. I just love 'meroti' nowadays cause it save my time, energy & yet 'cedappp' (kata Ahdia).

This edition i just make basic dough but the topping i spread the cheddar cheese + sugar......wallaweh just love the lemak2 manis. Kalau @bakery pun, mommy suka this type of bread. Ohw, the name 'Sweet Cheezy Bun' pun mommy reka sendiri la ye sbb dah lupa apa nama yg beli @bakery tu.


Btw, the shape hahaha!!!so funny. Ada yg pendek, kurus, debab & lonjong. Decided to make it long instead of round because i remember the one i bought @bakery shapenya panjang2. Bolehla ye.

Jom tengok resepi, boleh kita buat sama2. 

Bahan2 (12-15 biji):
170g air
300g tepung berprotein tinggi
30g mentega
30g gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung susu
1 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil pelembut roti (mommy tak letak....still lembut gak)

Bahan2 topping:
Keju cheddar
Gula

 Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 mengikut susunan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu 'dough' di mesin roti. Tunggu sehingga doh siap.
2. Tabur sedikit tepung ke atas papan pencanai. Keluarkan doh dari mesin roti & letakkan di atas papan pencanai. Tumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 12-15 bahagian kecil. Biarkan 10 minit.
3. Ambil sebiji doh, uli memanjang. Ulang sehingga habis. Biarkan roti mengembang 2 kali ganda daripada saiz asal.
4. Taburkan keju & gula ke atas roti.
5. Bakar roti di dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 15 minit.





Friday 15 March 2013

Pulut Pagi @ Pulut Manis

 Assalamualaikum & good day.
Seronot aje mommy rasa bila bukak blog nampak blue kitchens, hehe malas rasanya nak buat N3 baru (alasan je tu sebenarnya sbb semalam xdak N3). Yang sebenarnya mood nak g jalan2 sedang melanda 2,3 hari ni since 3A cuti sekolah lama 2 weeks........tapi tuuuuuu la, yg sedihnya daddy plak tgh berperang dgn 'Mr Turbine' dia. Aish!!!! nak ajak g jalan2 pun mcm tak kuasa. Biarle, kita isikan perut kenyang2 pastu melangut je dalam rumah (ternak badan).....sob 3x!!!!


Pagi tadi untuk breakfast, mommy rajinkan diri mengukus pulut & buat pulut manis. Wallaweh!!!ala2 perempuan melayu terakhir lagi. 3A tak layan pun sebab dorg layan 'juadah birthday anak jiran'. Semalam dorg attended birthday party anak jiran ni, dapat goodies & dapat lagi tapau makanan sebab mommy & daddy x pergi (daddy blk lambat xdpt kami nak joined). So, pagi ni kira penuh meja juadah breakfast kami. Alhamdulilah!!!


Kalau tengok sekilas pandang mcm wajik, tetapi "SERUPA TAPI TAK SAMA". Kalau wajik cara masaknya kena masak atas api sehingga melekit tetapi pulut manis kita kena kukus & pulutnya tidak melekit mcm wajik. Cara makannya pun lain sedikit. Wajik dimakan terus, tetapi pulut manis dimakan bersama kelapa parut.

Frankly speaking, mommy mmg xpernah buat pulut manis ni (ada org panggil pulut pagi sebab mmg famous breakfast ni @Kelate). Cuma masa @Besut mmg kerap juga makan pulut manis ni (biasanya kami beli je). Itu yang bila kebetulan ada kelapa muda & pulut, mommy bereksperimen dgn pulut manis ni. Jom kita tengok eksperimennya susah ke senang.


Bahan2 pulut:
500g beras pulut
2 kerek nise (2 kpg gula manisan)
2 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)



Bahan2 hiasan/topping:

1/2 biji kelapa muda (diparut & digaul sedikit garam)
1 sudu besar beras pulut (disangai keperangan)



Caranya:
1. Kukus/tanak pulut (setelah dibasuh & direndam semalaman).
2. Dalam periuk asing, didihkan air & gula manisan sehingga larut. Letakkan simpulan daun pandan semasa mendidihkan larutan gula manisan. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, arung/gaul bersama2 larutan gula manisan tadi sehingga sebati.
4. Kukus semula pulut tadi bersama2 simpulan daun pandan sehingga wap panas keluar dari periuk kukus.
5. Semasa menghidang, letakkan topping.


Wednesday 13 March 2013

Biru dapur impianku?

Assalamualaikum & good day.
Hehe, harini mommy nak buat maintenance @Wind of Change sikit.......so, u all layan la ye dapur impian mommy ni. Biar sama2 kita "biru mata hitamku". Boring hari2 menghadap dapur hijau je @rumah pinjam ni, mommy nak exercise mata jugak sekali sekala. Mana tau impian jadi kenyataan, Amin3x...heeeeee. Jom layan, sapa2 yang berkenan boleh le tiru.


Eh, kitchen ke ni? Haa jamban la. Layan jelah sbb cunnnn!








Banyak lagi yang berkenan tapi xpela, kita jgn tamak. Ahaks!!!

Tuesday 12 March 2013

TAPAI UBI KAYU GORENG

 Assalamualaikum & good day.
Turn Tapai Ubi Kayu Goreng pula mengambil tempat harini. Mommy rasa kurang rajin le nak menaip banyak2 harini so terus jelah layan gambar & resepi.

Cara membuat tapai ubi kayu u all refer N3 semalam & tepung gorengan plak mmg mommy stick dgn resepi turun temurun mok la. Senang & klasik juga crunchy memikat hati dari dulu, kini & selamanya.


Bahan2:
10 potongan tapai ubi kayu
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (bergantung kepada kepekatan yg dikehendaki)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sudu besar air kapur
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Mula2 campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit & garam. Gaul rata.
2. Tuangkan sedikit demi sedikit air & dikacau sebati.
3. Masukkan air kapur & kacau lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tapai ubi kayu & salut rata.
5. Goreng sehingga garing. Toskan minyak & hidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...