بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 31 January 2013

Self Drive Sabah (Day 4 - Sandakan)

Sambungan N3 Sandakan.

Day 4, route Sandakan to Semporna.
Seawal 6am kami dah bangun & bersiap untuk continue our journey to Semporna. Along the way ada a few spots yang kami singgah.

Selesai sahaja breakfast @Restoren Sri Minang & pekena coto serta bakso (sedap wehhh coto dia kuah ada campur kacang tumbuk) kami terus sahaja pusing sekitar Sandakan town & singgah di Agnes Keith House. Masa kami sampai baru pukul 8:35am & belum buka (waktu operasi start pkl 9am). 


Disebabkan rushing kami posing je depan rumah Agnes Keith & Menara Tinjau. Takde la rasa ralat sangat tak masuk dalam rumah sebab tak ada apa sangat yang menarik kecuali sejarah & peninggalan Agnes semasa beliau menetap di Sandakan. 


Sedikit mommy kongsi tentang Agnes Keith House ye.......
Agnes Keith merupakan seorang penulis buku terkenal berbangsa Amerika yang telah menulis buku "Land Below the Wind" pada tahun 1939. Tajuk buku itu juga telah menjadi motto/ungkapan untuk menggambarkan tentang negeri Sabah. Beliau datang ke Sabah ketika mengikut suaminya Henry George Keith yang bertugas sebagai Pegawai Pemuliharaan Hutan. Semasa mereka meninggalkan Sabah pada tahun 1952, rumah tersebut telah didiami oleh kakitangan Perhutanan yang lain sebelum di isytiharkan sebagai "Agnes Keith House" sebagai mengenang jasa beliau dalam penulisan berkaitan keistimewaan Sabah, Negeri Di bawah Bayu.


Gambar dr google....Potrait Agnes Keith & persekitaran dalam rumahnya.

2nd spot kami ialah Sepilok Orang Utan Rehabilation Centre. Kami sampai di SORC tu pukul 9:50am. 



Masuk sahaja ke kawasan hutan tebal di mana orang2 utan tu dilepaskan kami dapat lihat mereka tengah menjamu selera dgn buah-buahan (feeding time @10am). We are so lucky to capture the moments during feeding time (kalau tadi kami masuk ke dalam rumah Agnes Keith, maka melepas le tgk orang2 utan ni makan....hehe, ada hikmahnya). 



Seronok tengok dorg makan & after that makin aktif le dorg bergayut ala2 acrobatic. Hehe, yang pasti semua mata tertumpu pada mereka (pelawat tidak boleh membuat bising & bercakap pun  kena slow2 takut dorg ni takut & lari). 




Sedikit tentang SORC.....
The centre was conceived in 1961 and by 1964 had become reality, funded by the Sabah Government. The reserve named after the two rivers flowing into the Sandakan Bay.
The aim of the centre is to return orphaned, injured or displaced orang utans back to the wild.

Entrance ticket(Malaysian/non-Malaysian);
Adult: RM5
Child: RM2
Camera/video: RM10



Seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk ke Semporna. Sepanjang perjalanan banyak pemandangan2 menarik alam semulajadi yang dapat dilihat salah satunya Sungai Kinabatangan (sebelum ni dengan nama aje).



Lebih kurang 2 jam perjalanan dari  Sepilok kami singgah ke 'Gomantong Cave' (actually bkn betul2 otw ke Tawau ni tapi kena menyimpang masuk jalan lain lebih kurang 1/2 jam perjalanan jugak dr jalan besar). Agak cuak & tertanya2 sebab tiada kemudahan/papan tanda bila dah hampir2 sampai ke gua tersebut. Kira redah aje akhirnya kami tiba di Pejabat Hidupan Liar Gomantong (masa tu mmg sunyi sepi & yang ada cuma 2 buah pickup orang2 tgh memunggah barang2).


Selesai bertanya kepada pegawai yang bertugas (ada seorang je officer yg jaga frontdesk), kami mula bergerak ke dalam hutan mengikut laluan yang disediakan.


Sampai aje di hadapan pintu gua, Ya ALLAH!!!!seramnya. Mommy control je ayu takut nanti 3A plak takut & xmau masuk.



Sebaik melangkah selangkah demi selangkah ke dalam gua, bau busuk menusuk lubang hidung & burung2 dapat dilihat berterbangan di bahagian atas gua. Anis masa tu dah start menangis sebab geli akan lipas yang begitu banyak merayap2 di atas laluan dalam gua. Ahdia walau takut (dapat rasa dia genggam erat tangan mommy) tapi senyap tak terkata apa. Manakala Arfa relax aje sambil snap gambar2. Kami masuk tak le jauh sangat (dalam 500m mungkin dalam bentuk lengkungan) tapi Ya ALLAH!!!rasa lambatnya nak keluar. Mommy bukan takut apa cuma geli & risau sangat kot2 licin dan tergelincir atas laluan yang kami pijak (mau buang terus baju kalau berguling atas tahi2 burung & lipas tu). Pepepun, satu pengalaman yang ngeri, meloyakan & menjijikan bagi kami but it's a priceless experienced in a lifetime.



Seterusnya sebelum sampai Semporna kami melalui pekan Lahad Datu (lebih kurang pkl 3:45pm). Singgah solat jamak di masjid Lahad Datu & sekaligus isi perut yang tengah berkeroncong di Restoren Kak Tini.



Pemandangan yang menyakitkan mata melihat pekhemahan Bajau Laut di sekitar Lahad Datu ni. 
Perjalanan kami pada hari ke-4 ini akhirnya sampai ke destinasi iaitu Semporna. Checked in di Seafest Hotel pada pukul 7:40pm & makan di restoran mamak di pekan Semporna (mamak lagi).







Wednesday 30 January 2013

Top 2 Corner Wahidan MasterChef 1

Assalamualaikum & good day.
Phewww!!!lambatnye nak menghabiskan N3 jalan2 1-Sabah kami ni. This week, semua 3A demam & harini cuti (semua dapat MC dr doc xyah g sekolah), tengah bergelimpangan tidur dorg tu.
So, mommy relax skit harini tak yah ulang alik drive ke sana sini blh la sambung N3 Sandakan kami. Seperti yang mommy bgt dlm N3 Kundasang, sampai2 je kami semua ke Sandakan & checked in Swiss Inn pastu terus JJCM (masa tu dah nearly 9pm, lapar jangan cakap le).

Gambar ni snap the next morning sbb tu cerah je.
Swiss Inn Sandakan ni mmg strategic sangat2 tempatnya sebab betul2 dalam town (tapi tepi laut) maka mmg senang le sangat2 nak cari makan @ ronda2 @shopping.

Bagi kami mmg dah tak larat sangat nak ronda2 apatah lagi shopping tapi terpaksa juga gagah menapak untuk mencari sesuap nasi (heheh!!!tahap kebulur). 


Next to Swiss Inn Sandakan ni ada satu shopping complex iaitu Sandakan Harbour Mall (mmg elok bebenor le). Kami decided JJCM dalam mall tu je memandangkan hari plak nak hujan.

So, masuk aje dalam mall mmg objektifnya cari tempat makan (either fastfood @food court xkisah dah). Pusing punya pusing terus sampai @food court. Masa dok survey stalls mana yang best (masa tu pun dah tak banyak stall yg bukak/mungkin dah nak tutup) tiba2 Arfa bgt stall MasterChef (masa tu tak amik port lagi apa Arfa bgt sbb mmg dah blurr dgn lapor & penat). Bila time melintas depan stall yg Arfa maksudkan tu mommy pandang banner "ahaa, betul la Fan......Muka Wahidan, mungkin dorg tumpang glamer dia kot sbb dia org Sabah" kata mommy. Memandangkan stallnya nampak meriah & banyak food maka mommy pun decided terus order kat situ.

Masa tengah order tu Arfa bgt lagi "betul la mommy kedai Wahidan, tu dia ada kat dalam" kata Arfa bersungguh2 (dia mmg cam sangat muka Wahidan walau masa tu Wahidan botak sebab masa rancangan MC siri 1 tu kami mmg follow without miss). Mommy pun tanya budak pompuan yang ambil order kami tu & dia bgt mmg betul rupanya stall Wahidan & family. 

Nasi Berlado untuk daddy.....SEDAP!!!
Bila dah siap order & abis sedawa kekenyangan Arfa bagi cadangan kat mommy tak nak amik gambar Wahidan ke? Heheh!!!!bagus gak idea Arfa tu, so kami pun terhegeh2 le jmp adik tadi minta izin jumpa Wahidan. Wah!!!!belum sempat kami panjang lebar, Wahidan sendiri dah kuar dari dapur & bertanya khabar. Pastu apalagi POSING le.

Nasi Goreng Aroma untuk mommy.....PUN SEDAP!!
Untuk sapa2 nak try masakan Wahidan (amboiii, promote baik punya mommy ni), boleh le pergi ke alamat kat bawah ni:

TOP 2 CORNER
(THAI CUISINE & FUSION)
Tingkat 4, Lot 1 Food Court
Harbour Mall, Sandakan Sabah.

(h/p: 012-8190809)

Friday 25 January 2013

TERUNG JALUR ???????



Assalamualaikum & good day.
 Hehe, harini kita skip dulu N3 jalan2 tapi mommy nak share benda pelik tapi benar. 1st of all, klau2 ada yang dah pernah tengok & biasa dengan kejadian ALLAH ni jangan gelakkan mommy ye.

Alkisah, Rabu lepas mommy p kedai nak beli roti (je pun), tiba-tiba mata ini terpandang Si Terung Jalur ni. "Eh, nape colornya berjalur2 purple&putih?" soal mommy kat diri sendiri. Nak kata terung cacat, yang herannya bukan satu plastik je yang gitu tapi semua. 

Mommy pun ambil satu plastik (dorg dah siap2 packing BND1/peket) & belek2 terung tu. Memang xde cacat cela pun siap segar bugar lagi mcm selalu, cuma itule warnanya bukan purple gelap mcm selalu2. Mommy mmg suka dgn terung segar & medium size ni sbb sedap goreng@makan mentah cicah budu.

So, apa lagi kena try ni........Masa nak bayar siap tanya kaling kedai tu nape warnanya mcm tu, ni terung biasa ke terung luar biasa. Hehe!!!!dia ckp "tarung biasa juga, warna sj inda sama".

Hehe!!!so mommy nak tanya le sapa2 yg pernah jumpa & makan terung jalur ni?

Thursday 24 January 2013

Self Drive Sabah (Day 3 - Kundasang/Ranau)

Assalamualaikum & good day.
Stop for a few days because i had heavy flu (again!!!!). According to the doctor i had some kind of allergic (doctor asked me to figured out the source). I think the most suspected was Arfa's Hamster. Huhu!!!not the 2 hamsters that already passed away but bear hamster that he bought from his teacher. Haru betoi!!!!So after did my major house cleaning & put that hamster outside, i fell much better today. Hopefully that's the reason for my allergic & no more suffering after this, In Sha ALLAH.

Okey, we continue our journey 1Sabah Bah!!!!
Our 3rd day journey was from Kundasang - Sandakan route.
1st spot for the day was of course Kinabalu Park @Kundasang but before we move to Kinabalu park, do view our most memorable awesome moment @Kinabalu Pine Resort (where we had a nite stay). 

Celik2 saje mata @6am, intai terus from the window nampak this awesome view of Mount Kinabalu. SubhanALLAH!!!! speechless. Cepat2 solat subuh & mandi untuk catch up the moment. The breeze, MasyaALLAH soooooo fresh & cold.


The Kinabalu Pine Resort (KPR) was nice & we enjoyed our late dinner @the resort as well. I could say the food also good (xtau le kot masa tu lapar giler, so rasa sedap je. Hehe). The picture above is ours (syoknye kan kalau dapat rumah sebijik cam tu).

Okey, since we still have a long journey to Sandakan so we decided to have an early checked out & proceed with our schedule for the day (banyak gak tempat2 yg boleh melawat sekitar Kundasang/Ranau ni). 


Mula2 tu had breakfast dulu @mamak (haiii, kat mana2 pun mmg cari mamak le jugak big boss ni). Bukak2 je pintu kereta, ALAMAK!!!!kotoq & berdebu pekan Kundasang ni rupanya. Kedai2 jangan cakaple (maaf bukan nak kutuk tapi FACT). Semua kedai berdebu orange baik restoren mahupun kedai runcit etc. Kalau tau mcm ni mmg mau je mommy bekal roti breakfast @resort je. Huhu!!!tapi bila big boss proceed gak terpaksa le telan laju2.

We reached Kinabalu Park @830am. After pay the entry fee (RM3 adult/RM1 kid) kami terus drive along the path straight up to the check point untuk org mendaki (that the last point the car can reach). 

Btw utk pengetahuan semua Kinabalu Park merupakan Malaysia's 1st  'World Heritage Site' yang diiktiraf oleh UNESCO pada December 2000. Ia berperanan sebagai salah satu tempat perkembangan biological penting di dunia & mempunyai nilai sejagat yang tidak ternilai. Yang paling bernilai di sini sudah tentulah Gunung Kinabalu itu sendiri yang mempunyai ketinggian 4095.2m (13,435ft). Menjadi puncak batuan tertinggi bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh Borneo.

Kami turun @Pondok Timpohon (macam menara tinjau kat last check point sebelum pendaki memulakan pendakian) & snap a few photos. Masa tu lebih kurang pukul 10am & cuaca masih sejuk. Tiba-tiba Arfa bgt "mommy mulut Affan kuar asap", hehe dorg xpernah p oversea tempat sejuk so excited je bila bercakap tu ada asap kuar. Mula le 2 gegurls tu plak try (tapi xkuar plak asap).

Kemudian kami drive turun semula ke main entrance untuk membeli souvenir (mmg mana2 pergi mesti beli magnetic fridge). Selepas tu kami abadikan sekali lagi kenangan bersama Gunung Kinabalu yang sungguh hebat ciptaanNYA. 

Ada a few pose yang daddy snap dari sudut yang berbeza & yang paling menarik ia memberikan impression/expression yang berbeza. SubhanALLAH!!!!

Seperti gambar di atas bagi mommy expression yang boleh digambarkan ialah MENGGERUNKAN!!!


Kami tinggalkan Kinabalu Park dalam pukul 11am & terus menuju ke Kundasang War Memorial Park. 


Ramai yang memberi cadangan supaya kami bergerak ke ladang lembu Kundasang kerana keindahan semulajadinya yang segar seperti suasana di New Zealand tetapi kami tak nak bazirkan masa yang ada kerana bagi kami mana2 ladang lembu tetap fungsi & persekitarannya sama (lagipun nak gelak pun ada sebab mmg xleh nak compare dengan NZ sbb di sana persekitarannya sangat bersih & nyaman berbanding dgn Kundasang yang kotor, maaf bukan nak mengata negara sendiri tetapi kita kena terima FACT tentang sikap & budaya kita sendiri yang perlu kita ubah). 

Afterall, masa nak cari Kundasang War Memorial tu kami terlajak jalan & mmg melintasi kawasan 'cow farm' yang dimaksudkan oleh rakan2 kami. Budak2 pun xminat sangat nak tengok lembu, hehe sebab selalu kalau blk Besut pun mmg selalu tgk abah sembelih lembu.

Okey, Kundasang War ni plak walau pada zahirnya merupakan sebuah tugu peringatan/kubur para pejuang asing yang terkorban di sini tetapi apa yang menarik kerana kita boleh mengimbau sejarah mereka drp catatan pihak yang bertanggungjawab memelihara khazanah terbabit. Selain dari itu, mommy suka dengan suasananya yang sungguh cantik dengan pelbagai tumbuhan especially bunga2 yang ditanam mengikut tema/negara.

Jika diikutkan di sini juga spot yang sesuai untuk sesi bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Destinasi kami seterusnya tiba di Ranau iaitu Poring Hot Spring, juga masih dalam linkungan 'World Heritage Site' Taman Kinabalu. Bayaran masuk ke sini RM3adult/RM1kid.

 
Yang menarik di Poring Hot Spring ni bukan saja tempat mandi manda (air panas semulajadi) tetapi yang mencuri tumpuan kami of course 'Canopy Walk' yang terkenal dengan ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter.  Ada 5 jambatan gantung yg harus dilalui, setiap jambatan ada ciri2 yang berbeza, sebab ada yg paling pendek, panjang, scary dll. 


 Masa kami masuk ke Poring Hot Spring ni hanya kami bertiga; mommy, Arfa & Anis. Daddy tak ikut sebab temankan Ahdia tidur dalam kereta (bagus gak dia tak ikut kalau tak jenuh mengeluh penat karang kena berjalan jauh). 




Selain dr hot springs & canopy walk terdapat  lain2 tarikan juga di sini (u al blh refer kat gambar Arfa & Anis tu, hehe). Oh! lupa, untuk melalui Canopy Walk kita perlu membayar sekali lagi sebanyak RM3 adult/RM1 kid. Kalau u al bawak kamera bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM5 (masa tu mmg mommy bawak DSLR gedabak tu so mmg xleh sorok. Hehe!!!yang cerdik tu xyah le bawak DSLR masa naik canopy walk memadai je bwk gadget; hp ke@ipad/tab).


Kami meneruskan perjalanan untuk ke Sandakan yang jaraknya 220km dari pekan Kundasang/Ranau, masa tu dah hampir pukul 3pm. Bagi menghilangkan lelah & membasahkan tekak kami singgah dulu ke Ladang Teh Sabah; Ladang Nalapak. Sambil menunggu minuman teh kami tersedia di meja, daddy bawak 3A ronda2 kebun teh (mommy tak larat dah nak jalan). Secara peribadi mommy rasa suasana ladang teh Sabah ni kurang happening compare to Cameron Highland (mungkin keluasannya sedikit kecil berbanding CH). 




Pepepun, mommy tak lepaskan peluang membeli ole2 teh yang pelbagai untuk kenangan kami sendiri & tak lupa untuk keluarga.


Selepas selesai menghilangkan dahaga, kami terus bergerak ke Sandakan. Kami selamat sampai ke Sandakan pada pukul 7:40pm & terus checked in @Swiss Inn Sandakan. Yang bestnya masa JJCM tu kami terjumpa dengan top 2 Masterchef siri pertama; Wahidan. Hehe, tunggu next N3 mommy pasal Sandakan & Wahidan plak ekk. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...