بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 21 November 2012

Roti Coklat

Assalamualaikum & good day.

Meroti lagi, heheh!!!!Layan jelah org tgh gian meroti ni (bkn apa, rasa mcm senang plak meroti compare to memasak lauk pauk @ baking). Yelah, kalau guna BM tu just campak bahan2 pastu relax (blh nak buat keje lain termasuk tido, hehe). Kalau memasak lauk mau berpeluh ketiak weh, baking plak dok berdebar dup dap, dup dap tunggu hasil. Lagipun roti ni makanan yg 3A suka (provided jgn dok buat roti rempah2 @ sayur2 le). That's why kali ni mommy buat eksperimen roti dgn coklat. 
Wallaweh!!!mmg laris abis. Belum sampai 5 jam masak, dah tak cukup. Eksperimen mcm ni le yang mommy mau. Berbaloi2 duit & tenaga!!!!

Resepi macam yang sebelum ni, mommy follow booklet MyResepi & krim coklat dari website MyResepi. 

Walau tak guna bread improver (pelembut roti) tapi bagi mommy dah cukup gebu. 

Krim coklat pun mmg tidak kalah dengan nutella (ingat mula tu nak letak inti nutella je tapi bila fikir2 baik try sendiri). Mujur mommy try buat krim coklat sendiri, atleast lepas ni dah ada alternatif yang lebih murah dari nutella kalau nak buat apa2 berkaitan nutella.

Oh ye, kalau u al tengok ada 2 version tu bentuknya. Satu tu bentuk standard roti paung (eh, u al faham ke roti paung ni....roti yg berbuku2 tu la). Ini mommy buat mcm biasa le tompok2 dalam bekas, so bila dia mengembang dia akan berhimpit2 sesama mrk (mcm gambar @atas). Lagi satu bentuk tu elok je bulat2 sama size. Yang itu mommy timbang, pastu bulatkan & masukkan dalam bekas muffin (mcm gambar @bawah). Bila dia mengembang, mmg jadi cantik je bentuk bulatnya.

Okey, disebabkan 3A especially Ahdia ni suka sangat roti coklat ni, mommy jotdown utk future reference bukan saja utk mommy tapi utk anak2 cucu juga kawan2 yang sudi try.

Resepi Roti
Bahan2:
140g air
1 biji telur (telur + air =190g)
300g tepung roti
30g serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
30g gula kastor
30g mentega
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pelembut roti (mommy tak letak)
Krim coklat secukupnya

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 (kecuali krim coklat) mengikut susunan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu untuk 'bread dough'. Tunggu sehingga doh siap.
2. Keluarkan doh dari BM & tumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Bentukkan bulat. Biar selama 10 minit.
3. Ambil sebiji doh, buat bentuk leper & kemudian isi dengan krim coklat. Tutup rapat2. Biarkan doh kembang 2 kali ganda daripada size asal.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 12-13 minit.

Resepi Krim Coklat
Bahan2:

40g coklat
300g susu segar
40g gula
30g tepung jagung
12g mentega
18g serbuk koko

Caranya:
1. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
2. Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
3. Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.

10 comments:

Lynn Huraiza said...

nampak gebu rotinya...resepi pun senang...

Chik Mimi said...

bestnya lama sungguh saya tak meroti ,mmg jimatkan kalau buat sendiri coklat spread tu

NEKCIK said...

Nekcik pun suker sesangat kalau dapat meroti..lagi gebus lagi suker!!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Alahai cantiknya roti.Harus la mencuba ni...

dekdaa said...

Slurp..... rasa mcm lapar roti coklat lah pulak.. yg penting jilat coklat tu last ekekkeek.

rostina76 said...

ye lynn, senang je resepi ni. tokey choclate blh le try ni kot2 byk stok coklat tu ;)

rostina76 said...

ros suke sgt2 bila coklat spread tu dah siap & menjadi. rasa mcm alahai ini je nutella tu (eceh, ekk le plak). tapi mmg betul blh jimat

rostina76 said...

itule nekcik, ros pasni nak skodeng blog nekcik plak ni cari resepi roti best2....maklum le baru nak bertatih

rostina76 said...

tq kros...cuba jangan xcuba ;)

rostina76 said...

heheh!!!senang je dekdaa. p beli @kedai mamak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...