بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 19 October 2012

Baguette Mini

Assalamualaikum & good day.
Harini kita tukar selera dgn roti Perancis yang keras. Arfa mmg suka makan sup pekat (tak kisah le chicken@mushroom soup) kalau cicah dgn roti keras ni mmg xyah cakap apa2 dah. Sebelum ni mommy beli @supermarket je roti keras ni tapi kadang2 je stoknya ada. Kalau time mengidam, bila cari tup2 xde. Camtu le citernya. 
Masa balik Malaysia aritu mommy ada beli buku koleksi MyResepi tajuknya "Jom berjimat menyediakan ROTI". Semua resepi tentang roti. Belum banyak yang mommy dah bereksperimen cuma aritu refer untuk bt doh pizza aje (selain follow menu BM). So bila terpandang ada resepi utk roti keras Perancis ni @ nama sebenornye "Baguette" maka mommy pun try le petang semalam. Hasilnya, huhu!!!not bad le cakap. 
Kalau roti keras ni tak risau sangat sebab mmg rupa parasnya buruk & rasanya pun keras kekong. Yang specialnya ia tahan lama sikit & syok layan dengan soup (next N3 mommy citer pasal soupnya).

Ini resepi untuk sapa2 yang nak try berjimat gak, ahaks!

Bahan2:
175g-180g air
210g tepung roti
90g tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
Mentega secukupnya untuk sapuan.

Caranya:
1. Masukkan semua bahan mengikut turutan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti (BM). Pilih doh bread dough & tunggu sehingga siap.
2. Keluarkan doh dari mesin roti. Tumbuk2 untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6 bahagaian & buat bentuk bulat. Biarkan 10 minit.
3. Ambil sebiji doh, leperkan di atas papan pencanai. Gulung supaya menjadi panjang sambil ditekan dengan tapak tangan.
4. Gulung semula doh tadi supaya menjadi 12cm panjangnya. Buat sehingga habis. Biarkan doh kembang 2 kali ganda.
5. Buat torehan pada permukaan doh secara serong. Letakkan mentega di setiap torehan.
6. Sembur dengan air pada roti sebelum dibakar. Bakar roti pada suhu 180'C selama 18 minit.

3 comments:

Kak Nik Ja said...

keras pun keras lah...kalau ade akak suka cicah kopi o....tunggu kembang bru bleh makan...nk wat cam ne...gigi ku udah kureeng!

yan's cottage said...

sedap nie.....cicah pula dengan sup cendawan....memang lincin jawabnya......heheeeee....

harleena said...

cuba potong dua roti tu, then bubuh isi tuna+mayo, bubuh salad, timun n tomato. Buat tuna sandwich, memang sedap.. ROti tu drizzle ngan minyak zaiton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...