بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 29 September 2012

Nutella Muffin

Assalamualaikum.
Alhamdulilah, mommy slowly gained back the momentum (after a long pause) from doing any baking experiment. Thanks to Arfa for forcing me back to proceed with my baking. Actually today he has Teacher's Day Celebration @school. All the pupils are encourage to bring food & gifts to their teachers. Arfa also has stage performance today. Sing a song to the teachers. I'm not quite sure what song he's going to sing.....GANGNAM STYLE???? Ekk, NO la.
This afternoon back to sekolah ugama, he will deliver dikir (zikirrullah) with his team & perform before the 'Khatam Quran' ceremony. So, equal.....After Gangnam style, then quickly isyhtifar & praise to our RasulAllah, that will be the best. I didn't really know about gangnam style but really annoying to hear their music. Really hope Arfa could think wisely & moderate in what ever he do in the future. 
Oh, back to my kitchen......hehe!!just prepare muffin last night . Simple muffin but i added on nutella filling, heheh!!!!definitely the sound will be good NUTELLA MUFFIN instead of vanilla muffin. KAN?????After all, the nutella really give bonus to this muffin. The kids especially Ahdia love it so much. Normally, she will left atleast half from the lunchpack i prepared but today she managed to finish 2pcs of muffins & yet still ask for more. Will repeat next time.


Bahan2:
170g butter
180g gula
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
350g tepung gandum
2 sudu teh baking powder
160ml susu segar
Nutella (untuk filling)
Chocholate chips (hiasan)

Caranya:
1. Pukul butter, gula & esen vanila sehingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & terus pukul sehingga sebati.
3. Ayak tepung & baking powder. Masukkan secara berselang seli tepung & susu segar.
4. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh.
5. Masukkan filling nutella & tutup dengan sedikit adunan.
6. Tabur choc chips di atas adunan.
7. Bakar pada suhu 180'C (oven yang dipanaskan terlebih dahulu) selama 18-20minit.

Friday 28 September 2012

HOMEMADE PIZZA











Assalamualaikum.
3A tengah kemaruk pizza. They can just eat them even everyday. Huhu!!!memang kena dera betul 'bibik menguli' (BM) lately ni. Last Wednesday daddy had their department dinner, so 4 of us (3A +R le) decided to have our own pizza. Of course 3A will request for their 'beef pepperoni' & for me, haha!!!my own special 'taruk banyak2 topping tuna pizza'. So we were really enjoy our own tasteful pizzas. YUMMEH!!!
Memang pulun makan.
Bahan2 doh/base: 
(Untuk 1 biji pizza 12in)
140ml air
1 sudu besar minyak zaiton
225g tepung roti/high protein
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh yis

Topping Beef pepperoni:
Beef pepperoni/meat loaf
Sos spagetti/pizza
Dried oregano
Keju mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya

Topping Tuna:
2 ketul ikan sardin (hancurkan)
1/2 sudu paprika
2 biji tomato (hiris nipis)
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
Capsicum/ cili hijau (buang biji & hiris nipis)
Nenas kiub dlm tin (hiris nipis)
Dried Oregano
Sos spagetti/pizza
Keju mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya

Cara2nya:
1. Masukkan air & minyak zaiton ke dalam mangkuk adunan BM.
2. Tambahkan garam & gula.
3. Buat lubang di tengah2 adunan (tetapi jangan sampai mencecah air), masukkan yis.
4. Uli dengan BM untuk setting 'Pizza Dough'. Anggaran masa 1jam 30 minit.
5. Apabila lengkap proses menguli, keluarkan doh & tumbuk2 untuk mengeluarkan udara.
6. Taburkan papan canai dengan sedikit tepung gandum. Tekan2 doh supaya menjadi bentuk leper. Kemudian tebar macam buat roti canai (jangan sesekali guna rolling pin kerana ia boleh membuatkan roti pizza menjadi keras).
7. Letakkan doh ke atas pizza plater. Tekan2 pada bahagian tepinya.
8. Letak & ratakan sos pada permukaan pizza. Kemudian letak topping pilihan.
9. Bakar pizza dengan suhu 180'C selama 18-20minit atau sehingga masak.

Before


After
Before
After
Close up!!
Oh, tadi mommy buat 2nd round both beef pepperoni & tuna pizzas utk picnic kami bersama Areesya & mommynya K. Mariah. Syokkk layan pizza tepi pantai sambil ditiup angin petang Laut China Selatan. Huhu!!!ada perasa tambahan lagi......PASIRRRRR!!



Thursday 27 September 2012

HONEYMOON @ FAMILY VACATION

Assalamualaikum.
Maaf ye, N3 harini mommy rasa nak merapu la skit. Tak tau le, lately ni mood mmg macam kena REPROGRAMMING je. Mungkin kesan dari xpuas balik beraya aritu yang sekejapppp je rasa, jiwa mommy ni bagaikan dironta2 dari dalam nak g 'berjalan2 tukar angin'. Boring teramat asyik sedut angin Laut China Selatan je, sekali sekala rasa juga nak sedut angin sejuk @North Atlantic Ocean. Hahaha!!!berangan.
Ditambah pulak dengan Year End school holiday yang bakal tiba tak lama lagi ni. Mommy dok sibuk le survey sana, survey sini konon2nye nak try kenen2 BIG BOS. Banyak dah jugak proposal mommy yang kena reject setakat harini. Nampak gayanya telan angin Laut China Selatan lagi le. Dok pun menyelam @ Selat Melaka ja.
Aduhai!!!!windu plak rasa nak gedik2 berdua aje tanpa gangguan 3A macam dulu2. Ahaks!!
1st honeymoon tahun 2001(sejurus lepas akad nikah) @Pulau Perhentian, Besut (kampung mommy tercinta ni)....Sayang sungguh masa tu xde gambar kenangan. Uish!!!nape ekk, takkan 2 engineers masa tu xmampu beli kamera? Haha!!!duit abis buat kawin gamaknye.
2nd honeymoon tahun 2002 @Bintulu (hehe!!!xde le honeymoon tapi ikut daddy outstation ja). Mula2 kawin mesti sedaya upaya nak kepit bini kan, dah lama2 ko duduk diam2 @rumah ye jaga anak, suami g cari nafkah. Huhu!!!iyolah.
3rd honeymoon tahun 2005 @Qatar. Xde maknanya honeymoon sebab Si Arfa dah ada masa ni (ikut gak dia) & Anis pun sibuk dok menendang2 dalam perut mommy. Masa ni mmg gamble je g Qatar berdua dgn Arfa & Anis 7 bulan dalam perut (daddy dah ada @Qatar keje). Masa check-in @KLIA, dorg tanya dah berapa bulan ni pregnant? Mommy selamba je bohong sunat "5 bulan".....Hehe!!!sanggup tu sbb nak gak g Qatar. Kalau terberanak dalam Qatar Airways kan best, dapat jadi anak angkat Qatar Airways si Anis ni. 





4th honeymoon tahun 2006 @Beijing, China. Yahooo!!!yang ni mmg betul2 honeymoon yang best. Dah le mommy 1st time (1st & only rupanya) tengok salju. Nak main2 xdapat sebab masa tu baru abis winter & nak masuk spring. Salju pun dah tinggal kerak2 je, huhu!!! Arrrgh, bila nak dapat pegang salju lagi ni.  


5th honeymoon tahun 2009 @Auckland & Rotorua, New Zealand. Ya ALLAH, tak sangka boleh sampai NZ & menikmati keindahan ciptaanNYA yang begitu mempersonakan. Pengalaman yang cukup indah & tak tau le ada ke tidak lagi peluang ke sana. Bila tiba saat berangkat pulang terasa berat sangat nak tinggalkan bumi NZ yang indah. Dalam hati terdetik "bestnya kalau dapat stay @sini". Hehe!!!berangan lagi.
 

Masa balik dari NZ ni, 3A especially Arfa & Anis dah consider cerdik dah sikit....Membebel tak abis2 dorg sebab tinggalkan dorg & pergi mommy & daddy je. Kira mcm memberontak le jugak. Nasib baik akhir tahun 2009 tu daddy ada job @Singapore almost sebulan. So, kami tak lepaskan peluang menyibuk gak dalam seminggu @Singapore. Alang2 daddy dapat hotel free kan, rugi le kalau kami tak g kacau. Hahaha!!!
Btw masa kami pergi dulu USS baru siap tapi blm officially bukak, so mmg melepas le masa tu nak masuk. Arfa skrg ni dok sibuk sebut nanti kita g ekk, nanti kita g ekk? Dalam hati mommy "jom2 kita g, pujuk le daddy fan g USS". Hehe!!!anak meronta2 okey skitkan, nanti kalau mommy yg meronta2 daddy mesti banyak alasan.




Akhir 2010 kami tiba @Brunei untuk survey2 rumah & sekolah 3A. 


February 2011, officially migrated to Brunei. Atlast stranded @sini hingga ke saat ini. Huwaaaaa!!!!susahnya nak g holiday sekarang ni since daddy dah kena ikat kaki & tangannya kat tangki minyak Sultan Brunei ni. 
Tapi tule, bila terkenang2 semula kenangan di tempat orang rasanya kenangan yang paling indah & tiada tolok bandingnya bagi mommy of course @Madinah & Mekah. Kadang2 rasa Ya ALLAH, sempat tak lagi ni nak jejakkan kaki kami ke tanah haramMU? Moga2 ALLAH panjangkan umur kami & lapangkan rezeki kami untuk sampai ke Madinah & Mekah secepat yang mungkin. Amin2...

Eeeeei, lambatnya cuti. Bosan dah le rasanya. Tak kisah le gi mana2 janji best. Borneo pun tak sempat nak round lagi. 4A + R round Borneo jelah dulu. Harap2 kaki & tangan BIG BOS boleh terlepas. Amin3x....

Tuesday 25 September 2012

HUYOOO!!!hamster kaya......


Assalamualaikum.
Hehe!!!N3 ni mmg kelakar buat Arfa. Just fyi dear readers, Arfa Zafran ni mmg sedari kecik sampai ke saat leni mmg xreti duduk diam (ala2 mommy gak le tu - sbb klu daddy boleh je melangut xbuat apa2 kot). 
Ingat lagi masa umur dia nak masuk 1thn (baru pandai bertatih), masa tu mommy demam & daddy outsation ke Qatar (kalau xsilap le sbb company lama xbanyak countries daddy cover). After makan ubat (high dose mungkin doc bagi sbb demam kira teruk jugak), mommy terus terlena atas sofa @ruang tamu..........sedar2 bunyi macam guruh berdentam dentum kat luar, rupa2nya org dok tendang pintu rumah kami (masa tu dok apartment keranji subang). Mommy bukak2 aje mata, ternampak Arfa @dapur tengah bergelumang dgn minyak masak. Huhu!!!mommy terus meluru bukak pintu & amik dia. Terpancul depan pintu kami nak tau sapa???? Cik Su & pak guard. Hahaha!!!!dipendekkan citer cik su story dia datang nak jenguk kami since mommy bgt demam & xlarat. Bila dia sampai bagi salam, ketuk pintu sopan2 tapi xde answer. Dia jenguk ikut tingkap nampak mommy tergolek atas sofa & Arfa kat dapur sorang2 main dgn barang2 masak mommy (termasuk le minyak masak). Cik su panik le ingat mommy pengsan & terus panggil guard utk kopakkan pintu. Nasib baik mommy sedar, kalau tau mau melayang duit kena tukar tombol pintu. Aduhaiii, yg si Arfa ni plak masa mommy tidur tu mmg dia tidur. Entah bila dia sedar mommy dah pengsan overdose ubat demam...Kelakar ada, geram pun ada sebab jenuh nak kemas dapur masa tu.
Under construction
Itu citer lama, sekarang ni bila @Brunei dia dok mengomel dari dulu tak putus2 boring sebab xde kawan & xleh g taman macam rumah lama... Untuk hilangkan boring dia & buat dia leka, dah macam2 benda daddy beli. Mula2 dulu beli basikal, pastu beli baseball set, pastu beli bola sepak (sepak sorang2 & kadang2 dgn daddy), beli bola sepak takraw, beli kereta control (ribu raban jugak rege----ummph!! mommy ingat paling2 pun ratus2) & yang the latest masa cuti bulan June aritu beli plak hamsters. Masa beli tu, ada sepasang & Arfa namakan Tiny (yg kecik) & Fatty (yg besar). Bila kami balik beraya tempohari, tinggalkan Tiny & Fatty dgn gardener Si Saim. Alih2 bila sampai rumah semula, Saim bgt Fatty dah mati. Huhu!!!kesian. Sekarang ni tinggal si Tiny sorang2.
Si Tiny yang cumey...Tapi hakikatnya geli geleman jugak tuannya nak pegang. Siap sarung plastik lagi.
Yang mommy nak citer harini pasal si Tiny yang tiba2 jadi JUTAWAN. Hahaha!!!kelakar je Arfa & sisters ni bila dorg dok bina rumah baru Tiny. Mula2 tu mommy dah 'naik hantu' sebab baru je sapu, alih2 bersepah semula dengan apa2 tah yg digunting, pastu dengan serbuk bedding Tiny yang merata2. Apalagi pok pek 2x le mommy dibuatnya....Yang lagi geramnya kejap2 mitak kotak (mommy mmg simpan kotak2 dlm bilik stor utk packing pindah nanti2). Bila kita tak bagi kotak2 tu, dia punggah semua kotak2 mainan dorg plak. Huhh!!suka ati korang le bebudak, xkuasa dah mommy.
Matanya merah.
Yang membuatkan mommy cooldown semula tu bila dah siap dorg bina rumah Tiny, pakat2 dorg bgt mommy "mommy hamster ni orang kaya.....rumah dia besar giler". Hahaha!!!gelak aku dengar. Dah le hamster jadi orang pastu rumah besar giler....Giler le ko sorang2 Tiny nak round rumah ko yang besooor tu.
Rumah teres lama Tiny.

Rumah bungalow baru Tiny.
Siap ada tangga lagi tu untuk Tiny terjun 'lari dari rumah'.
Ni 'Taman Pening'.
Terowong rahsia.
Playground Tiny.
Tak tahu le berapa lama hayat si Tiny ni. Kesian JUTAWAN TINY ni sorang2. Mesti boring hidup dia walau kaya raya tapi xde kawan. Bila mommy cakap mcm tu, Arfa apalagi sibuk suruh beli bini kawan kat Tiny. Hahaha!!!



Monday 24 September 2012

BEGEDIL DAGING ISTIMEWA




Assalamualaikum.

Lamanya tak jotdown N3 masak2. Hehe, bukan xmasak tapi malas nak cuba resepi2 baru since bulan raya aritu. Dok ulang lauk biasa2 je. Harini baru terasa nak cuba new resepi, bagi heat skit mood memasak yang hampir padam ni. Tak tau le kenapa, mungkin beberapa eksperimen mengalami kegagalan maka mood tu kurengg sikit. In fact, last week ada gak buat carrot cake utk majlis aidilfitri peringkat kampung ni tapi masa dok tgh buat tu blackout (lama gak dlm 2 jam kot), maka ala kadar je campak2 & deco. xde mood je nak snap gambar. Next time le tayang semula. Ok, harini mommy nak jotdown satu resepi simple & biasa je tapi diolah semula. 
Resepi ni mommy dapat dr buku masakan "Cooking from the heart" - compilation of recipes from the people of Brunei Darussalam. Sukeee sgt dpt buku ni. Buku ni actually compliment from Brunei Halal (next time mommy elaborate apa produk2 Brunei Halal ni ye) masa dorg buat expo @BRIDEX ( expo barangan dari negara2 Asia). 
Bukan saja mommy dapat buku ni tapi juga dapat payung & picnic basket dengan hanya membuat pembelian produk mereka serendah BND20.Worth the value!!!!
Okey, salah satu resepi yang mommy suke nak try ni hah "BEGEDIL DAGING ISTIMEWA". Mungkin kita semua dah biasa dengan begedil kan tapi rasanya yang ada dalam buku ni sedikit lain dari segi bahan2 yang digunakan. Jom kita study apa yang lain. Mommy translate ye......
Bahan2:
5 biji kentang
400g daging kisar
5 biji bawang putih
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh kerisik
2 cawan nestum/oat
1 batang daun bawang
1 batang daun seleri/sup
1 biji cili merah
2 biji telur
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
p/s: 
1. mommy buat separuh dari resepi asal ni, dapat dalam 15 ketul.
2. Mommy skip vege & cili sbb 3A mmg x layan.
Caranya:
1. Kupas kulit kentang & potong 4. Goreng sehingga masak. Apabila masak, lenyekkan (mommy masukkan dalam food processor & blend dgn bahan2 lain).
2. Rendam semua bahan bertanda * & kisar bersama2 bawang putih. Tambah lada sulah & kerisik (mommy guna bahan2 bertanda * dalam bentuk serbuk - lagi senang,hehe).
3. Campurkan kentang lenyek bersama2 dengan daging kisar & bahan rempah (no 2).
4. Tambahkan perisa garam, gula juga daun bawang, daun sup & cili.
5. Bentukkan adunan menjadi leper. Salut dengan bancuhan telur & ratakan dengan serbuk oat/nestum.
6. Goreng sehingga garing. Toskan minyak sebelum dihidang.
Sedapnye la rasanya, ala2 nuget gitu. Arfa sebaik aje siap  makan dengan nasi, meratah lagi. Kejap je 'ghaib'. Bagi mommy rasanya unik berbanding begedil yang kita selalu buat just letak lada sulah & garam sebab yang ni ada rasa rempah2 sikit. Tambahan pulak disalut dengan oat membuatkan ia rangup diluar & lembut di dalam. Cuba ye!


Tuesday 18 September 2012

The Grand Old Lady, Miri

 Assalamualaikum.
Last Sunday sempena Hari Malaysia (kebetulan je sebenarnya cuti hujung minggu gak @Brunei) 4A+R g jalan2 ke Miri lagi. Hehe!!almost every month g Miri sebenarnya. Cuma this time selain g shopping kami melawat satu tempat bersejarah/ tarikan pelancong yang utama @Miri iaitu "The Grand Old Lady". Sedikit la mommy citer ye pasal Grand Old Lady ni (namanya mcm ala2 nak g melawat nenek kebayan jekan).
Gambar dr google: Grand Old Lady diawal pembinaannya.
Grand Old Lady @Miri merupakan sebuah tinggalan telaga minyak yg pertama di Miri, Sarawak. Terletak di atas bukit yang dikenali sebagai "Canada Hill". Kenapa ia dipanggil Canada Hill? Mengikut sejarah tempatan, ketika itu kawasan berkenaan didiami  oleh ramai pekerja dari Kanada. Pelombongan minyak yang pertama di Canada Hill telah dimulakan oleh Dr. Erb pada 10th August 1910. Manakala minyak dijumpai buat kali pertama di Sarawak adalah pada 22nd December 1910. Orang yang bertanggungjawab dalam penemuan minyak pada masa itu ialah Charles Hose, Residen di Miri. 
Ni gambar pinjam gak sbb daddy xbwk lens utk full view. Next time pegi snap smula.Hee!!
Grand Old Lady telah ditutup operasinya pada 31st October 1972 & kini menjadi sebahagian dari tempat bersejarah. Tarikan pelancong di sini bukan sahaja berpusat pada tugu peninggalan Grand Old Lady tetapi juga Muzium Sains Petroliam yang dibina bersebelahan dengannya.
Dari puncak Canada Hill ini, kita boleh lihat hampir keseluruhan bandaraya Miri & tidak ketinggalan platform2 minyak milik Shell Petroleum. 
Kawasan ini juga amat sesuai untuk aktiviti riadah (jogging & bersukan) bersama2 keluarga.

Disekitar Grand Old Lady ini telah didirikan tugu2 yang menceritakan tentang sejarah perlombongan minyak di Sarawak dari awal penemuan sehingga ke era moden. 
Di sini juga dibina replika bagaimana orang2 di masa dahulu menggerudi minyak menggunakan tenaga manusia (drilled by cable tool method). 
Setelah kesian tgk pakcik2 tu berpanas membanting tulang, maka Arfa & Anis pun berbesar hati menolong, kik3x.....
Nasib pakcik2 tu x ikut kami balik Brunei, kot2 nak korek minyak kat Brunei plak. Relax je pakcik2 tu walau berpanas berkurun lamanya, kami yang kejap je ronda2 tempat tu pun dah terasa bahang. Sampaikan Ahdia terus dapat 'high fever'. Ini dah 2 hari cuti sekolah sebab demam blm kebah.
Arfa dengan replika "nodding donkey pump"....kat Brunei bersepah pump ni.

Last but not least mommy preview je dulu pintu masuk muzium petroliam, next time citer. Kami gagal dengan misi nak berjumpa dgn dinotrek sbb bumbung muzium bocor (haish!!!!20/9/2012 plak baru siap repair). Tunggu la ye citer pasal muzium petroleum plak.
Ramai yang frust sebab tak dpt tgk Dinotrek. 
Muka2 frust
Tak dapat masuk jumpa Dinotrek, bergambar pun jadila.
Insyaallah, next time datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...