بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 15 August 2012

Orange Nutty Colatta Cookies

Assalamualaikum.
Today seem the laziest day in this Ramadhan. Astaqfirullah!!!harap2 malas mengukis & memasak je but not beribadat. Ini malas2 pun gagah jugak post cookies raya yang semalam kami buat. Ingatnya today will be one last cookies yg mommy nak buat sebelum kami cuti2 raya @Malaysia. Tetapi disebabkan mood mmg xleh nak ignite langsung maka dengan ini diisytiharkan projek biskut raya part 1 kami akan berada dalam mood PAUSE selama beberapa hari. Projek biskut raya part 2 will be continue, insyaallah kalau ada kelapangan nanti.
Okey, mari kita tengok resepi best yang mommy dapat ni masa BW. Mommy mmg mencari biskut raya yang berflavour sebab style chocolate dah ada, jem dah ada, simple classic dah ada, kacang my favourite pun dah ada. So, bila terlintas nak flavour orange mommy mitak cik google tolong carikan resepi. Yang menarik perhatian mommy of course yang minima bahan2 & steps nya. Yang paling penting rasa tetap tak kalah.
Atlast terpikat dengan resepi dari Mrs Nina yang memang business biskut raya ni. Banyak gak koleksi biskut rayanya tapi mommy mmg tak larat le nak ceduk semua. Kita simpan untuk next year la plak, insyaallah. Hehe!!!

Sumber : Mrs Nina
Oleh :Mommy @Wind of Change

Bahan A
130g mentega/butter
60g gula icing
2 sudu besar orange emulco (mommy guna sunquick)         

Bahan B
180g tepung gandum
20g tepung jagung
20g tepung kentang
10g tepung kastard
1/2 sudu teh baking powder
25g serbuk badam (hehe, mommy terlupa letak)

Untuk Hiasan
Kacang hazel (mommy guna badam)
Orange flavoured Royal Icing (mommy guna white chocolate)           
Telur kuning

Caranya:
1. Putar A sehingga sebati & kembang.
2. Tambah bahan B, putar perlahan-lahan hingga menjadi doh.
3. Rehatkan doh selama 15-20minit.
4. Canai doh & terap dengan acuan pilihan. Susun di atas dulang.
5. Sapu kuning telur & letakkan kekacang.
6. Bakar pada suhu 160'C selama 15-20minit.
7. Sejukkan biskut sebelum dihias dengan royal icing (mommy guna white chocolate + sunquick + pewarna kuning).

3 comments:

Unknown said...

cantk nampak biskut Ros mesti sedap sbb ada badam akak mmg fav badam ni..

rostina76 said...

hehe, acuan kemetot. badam tu besor......tapi okey gak bila makan mmg mewah badam je rasa dalam mulut. sedap gak biskut ni lembut & ada rasa orange.

Eey said...

Salam kenal...
Nampak sedap je biskut tu, nak sket. Hahaa..
:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...