بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 13 August 2012

BISKUT KACANG

 Assalamualaikum.
Alhamdulilah kami di Brunei dah mula cuti sesi persekolahan since last Saturday 11/8/2012. As promised, projek biskut raya mommy pun bermula walau mood suam2 kuku je. Soklan daddy "eh, buat juga ke biskut raya, kan nak beraya @Malaysia?". Alaa, org lelaki ni tak faham mcm fenomena raya ni, yang dorg tahu kalau ada depan mata ngap, xde depan mata dok diam. Hehe!!! dah namanya raya mesti sebulan kan? Kami balik Msia nanti kejap je, so mesti kena standby jugak 3,4 jenis biskut kot2 ada tetamu (pengalaman tahun lepas ramai juga tetamu kami). Ditambah pulak dengan permintaan 3A especially Ahdia tu. Waktu belum masuk bulan puasa lagi dah suruh mommy buat biskut semperit (pengaruh citer Upin & Ipin le ni). So, bila dia ingat je mesti sound "mommy bila nak buat kuih raya yg warna yellow, pastu ada warna merah tgh tu?". Adusss, nak tak nak mesti kena buatnya. 
Projek biskut tahun ni mommy mulakan dengan warming up dulu dengan resepi yang paling senang & paling sedap (bagi citarasa mommy le). Paling suka biskut kacang ni dari dulu, kini & mungkin selamanya. Kalau dulu2 mmg mommy beli sebalang besar biskut kacang ni. So, bila nampak kat Try Masak ada resepi ni, terus ON. Kalau ikut sukatan dalam Try Masak tu mmg sikit je dapat (dalam sebalang penuh, size standard balang raya je). Fyi, last Friday mommy buat, harini dah abis dah setengah balang. Hehe!!!!mmg kena repeat lagi le ni.

Bahan2:
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar halus)
3/4 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum
3/4 minyak masak/minyak mazola
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning/oren
1 biji kuning telur
Almond nibs sebagai hiasan.

Caranya:
1. Gaulkan kesemua bahan kering sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil digaul.
3. Bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai.
4. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan atas doh & tabur almond nibs.
5. Akhir sekali, bakar pada suhu 160-180 'C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...