بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 20 March 2012

Mediterranean Grill mix & match

Gempak je tajuk harini. Hehe!!!pandai2 le bagi nama dah set pun carca marba. Mula2 tu plan mmg nak buat kentang putar, mushroom soup & garlic bread  untuk dipadankan dengan ayam goreng ala2 KFC. Tapi bila teringat yg mmg baru je buat lauk ayam goreng ala2 KFC tu macam jemu la plak. So, last2 terfikir nak buat ayam grill la. Perasan btul la mommy ni, nak buat ayam grill tapi oven rosak & mana ada tempat grill pun. Haha!!!lantak le, janji ayam tu jadi hitam hangus (mommy suka hangus2 ni). Maka bermula la acara main campak2 je bahan2 yg ada. At the end, puas le hati walau penat sbb banyaknya le rasa kena masak malam ni. Personally, mommy rasa set ni mmg memenuhi selera semua kami 4A+R...salsa is my favourite, chicken is daddy's taste, hotdag of course for 3A, whipped potato is Anis favourite & last but not least mushroom soup & garlic bread mean for Arfa. Alhamdulilah walau tak sesedap @restaurant but kenyang le jugak.
  
Tak tau le org lain rasa matching ke tak but for me. Walla!!!!

Hangusss!!!btw kenapa sos whipped potato mommy buat ni x jadi brown ye. Musykil gak, padahal follow resepi dlm buku ni.

Match plak dengan mushroom soup & garlic bread. Kenyang tersandar!


1. Resepi for Grill
Bahan2:
  • Ayam/daging/sosej
  • Sos lada hitam
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
Caranya:
  1. Disebabkan mommy xde oven/grill, so mommy rebus dulu ayam sehingga separuh masak.
  2. Kemudian baru perap ayam/daging/sosej dengan sos lada hitam.
  3. Tambahkan serbuk lada hitam & sedikit garam.
  4. Biarkan selama 1 jam.
  5. Bakar/grill ayam/sosej sehingga masak & garing.
  6. Siap dihidangkan bersama side dishes.

2. Resepi Salsa Tomato ceri & Nanas
Bahan2:
  • 1 cawan nanas yg telah dipotong kiub
  • 1 1/2 cawan tomato ceri (potong empat)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 batang cili hijau (dihiris nipis)-mommy x letak
  • 1 batang daun ketumbar (dihiris nipis)
  • 2 sudu makan jus limau -mommy guna lemon
  • 2 sudu makan minyak zaiton 
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam -mommy x letak
  • 1/4 sudu teh gula -mommy x letak
Caranya:
  1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
  2. Kacau sehingga rata.
  3. Biarkan selama 5 minit/masukkan ke dalam peti sejuk supaya rasa meresap.

3. Resepi kentang putar
Bahan2:
  • 3 biji ubi kentang (size sederhana besar)
  • Stok ayam 
  • 2 sudu mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • Garam
  • Lada sulah
  • 2 sudu susu cair
Caranya:
  1. Untuk kentang; Ubi kentang direbus dengan sedikit garam sehingga lembut.
  2. Kupas kulit & lenyek kentang sehingga halus.
  3. Masukkan 1 sudu makan stok ayam, sedikit garam & sedikit lada sulah.
  4. Akhir sekali masukkan susu cair & kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  5. Untuk sos; Panaskan mentega dalam periuk.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung & kacau sehingga perang.
  7. Kemudian, masukkan stok ayam & masak lagi hingga pekat.
  8. Hidangkan kentang putar di atas pinggan & tuangkan sos.

* Untuk resepi mushroom soup & garlic bread, boleh refer SINI.

1 comment:

Mamasya said...

Aslmkum Ros.wah set mediterranian...nampak sedapp.kalau ayam bakar dan sosej mmg laku kat rumah...anak2 cukup suka.
re;boot sulam tu akak tak beli, mmg cantik.kalau beli sayang nak pakai tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...