بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 30 March 2012

MASAK LEMAK TERUNG DGN BUDU

Fuhhh!!!2 hari lena tido atas katil ijo yg cosy tu....bangun2 tido lapor le plak. Hehe!!harini mommy nak post resepi nostalgia kampung. Memang favorite dr dulu kini & harapnya selamanya (baru xlupa daratan org ckp kan).....Cuma yg sedih jarang2 sekali buat bila time betul2 mengidam itupun kalau buat xleh buat byk sgt sbb ramai species utara dari species teganu. Kalau mommy buat pun mmg hadap seorang je, kdg2 Anis & Ahdia makan juga kuahnya. Biasanya kalau mommy masak menu ni mesti ada backup utk daddy kari/kuah tumis air sebab dia mmg xsuka masak santan2 putih ni.
But for me, u just give me nasi putih + ikan bakar/goreng + budu/sambal belacan...that's it. Match je dgn masak lemak ni. Emmphh!!!boleh terasa lg kesedapannya makan semalam...jap lg lunch nak makan lagi. Jgn jeles ye.....
Untuk Anis (mommy tau kakak suka ikut taste mommy sikit) resepinya kat bawah, simple.

Bahan2: Sukatan utk semangkuk penuh.

  • Terung panjang (3biji) -belah dua & potong serong
  • Bawang merah (5 biji) -kisar
  • Lada hitam (1 sudu teh) -kisar
  • Ikan bilis/ikan rebus/ikan bakar -kisar (jgn halus sgt)
  • Santan pekat -1/2 cawan 
  • Air (terpulang citarasa nak pekat @cair) -mommy guna 2 cawan
  • Budu (ini le rahsia sedapnya) -2-3 sudu besar
  • 1/2 sudu teh garam
  • Cili merah -hiasan je ni
Caranya:
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk & renehkan atas api sederhana besar sehingga mendidih.
  2. Tambahkan sedikit garam jika kuah masih tawar.
  3. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
  4. Siap dalam masa 10 minit. Senang kan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...