بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 19 February 2012

TOM YAM KUNG

Gambar ni dah lama dan lupa dah nak jot down resepi tomyam kung ni, sampai le semalam ulang masak tomyam ni baru teringat nak masuk dalam blog so that next time tak lupa lagi&takyah google cari resepi lagi. Mommy suka resepi ni sbb simple&rasanya mmg cukup. Kalau tak tambah susu tu jadi le tomyam biasa tapi bila masuk aje susu/santan trus tukar jadi 'kung'.

Sumber: Youtube (Indonesian Foods)

BAHAN2:
  • 5 biji bawang merah (shallots) - hiris/potong 4
  • 3 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili padi (bergantung tahap kepedasan masing2) - ketuk pecah/hiris
  • 4 batang serai - ketuk pecah/hiris
  • 5 hirisan lengkuas 
  • 4 keping daun limau purut -hiris 
  • Cendawan butang - hiris nipis
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 10 ekor udang kertas/harimau (bersaiz besar)
  • 2 sudu besar stok ayam
  • 2 sudu besar perencah hot&sour tomyam paste
  • 2 sudu besar kicap ikan/sotong
  • 4 sudu besar jus limau
  • 8-10 sudu besar susu cair/santan
  • Air
CARANYA:
  1. Masukkan air ke dalam periuk & tambahkan stok ayam. Jerang air rebusan.
  2. Masukkan juga lengkuas, bawang, serai, cili kering & cili padi. Tunggu hingga mendidih.
  3. Apabila mendidih, masukkan paste tomyam & daun limau purut. 
  4. Kemudian, masukkan cendawan butang & udang. Kacau rata.
  5. Tambahkan kicap ikan. Tunggu sehingga mendidih, kemudian padamkan api.
  6. Tambahkan jus limau & susu cair/santan. 
  7. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau & sedia dihidangkan. 


2 comments:

Azlina Zabha said...

Hot & sour tom yam paste tu brand apa. Leh bagitau tak?

Azlina Zabha said...

Hot & sour tom yam paste tu brand apa. Leh bagitau tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...