بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 3 February 2012

Steamed Brinjals with Fragrant Sauce


Harini mommy jot down menu lunch kami. Very simple but yet really Bon Appetite!!! Resepi ni mommy dapat from booklet Steamy Revolution Tupperware brand & of course prepared by Chef Amy Beh. Selama ni mmg xbyk resepi yg mommy tahu utk prepare terung selain celur cicah budu @ paling gempak pun tumis sambal dengan udang kering. Dah lama dok terpandang resepi ni tapi harini baru tergerak nak try. Ya ALLAH, rugi rasanya x try dari dulu sbb mmg senang & yg paling penting SEDAP!!!!! rasanya masam2 manis, mmg membuka selera. Okey la, malas la nak bebel pjg2. U all try le sendiri kalau nak tau betul ke sedap.

Bahan2:
  • 3 biji terung panjang/brinjal
  • 2 biji cili merah (buang biji & hiris kecil2)
  • 3 biji bawang kecil/shallots (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh minyak
  • 2 sudu teh minyak bijan
Seasoning
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap masin/kicap sotong
  • 3 sudu teh jus limau
  • 1/4 sudu teh gula
Cara:
  1. Panaskan minyak & minyak bijan dan goreng bawang sehingga garing. Ketepikan.
  2. Basuh terung & kukus selama 10minit. Boleh juga dicelur (tapi pastikan tidak terlalu lembik).
  3. Sejatkan terung & sejukkan.
  4. Siat kulit terung & potong kecil2 sepanjang 10cm (xyah le sukat btul2.Agak2 je).
  5. Susun terung di atas pinggan & curahkan seasoning juga lebihan minyak gorengan bawang tadi.
  6. Taburkan bawang goreng & cili merah di atasnya. Siap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...