بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 29 February 2012

MENU ORG PANTANG LPS BERSALIN

Tu dia.......Mommy bukan berpantang ye tapi terpaksa makan menu org pantang bersalin sbb peyut dah buncit masuk angin gaya org bersalin. Wakakaka!!!suspen je daddy bila cakap perut mommy ni buncit semacam je mcm ada baby. Suka le dia kot kalau ada baby tapi yg sebenornya mak dara kembung perut.
Menu ni le mommy makan hampir setiap hari masa berpantang. Huhu!!!sebelum tau resepi ni, makan nasi tak lalu je time pantang. Maunya tak jemu, asyik2 nasi kosong dgn lada hitam tumbuk (tabur atas nasi).Pastu kalau tak ayam bakar, daging bakar@ikan selar bakar. Naik jemu rasanya. Bila tau variasi mcm resipi 'sambal tumbuk lada hitam' ni baru le berselera. Matching dgn ulam pucuk kari/pegaga etc....
Btw, bilis tumbuk ni ala2 umai le kot tapi rasa lain skit. Kalau dapat @org Borneo ni makan dgn ambuyat mesti matching. Resepi mmg senang, mommy suka buat sekali sekala utk ubah selera tambahan plak daddy suka juga. Tak sangka pak dara pun minat, mula2 buat dulu siap bgt dia yg ni lauk mommy je tau(bukan apa, nanti xmau dengar dia complaint "ni lauk apa ni?". Sekali dia try, ngam plak dgn selera dia. Heheh!!!sehati sejiwa gak la.

Bahan2:
  • Ikan bilis (anggaran 1 cawan)
  • Bawang merah besar - hiris nipis2
  • Lada hitam 
  • Limau nipis (ambil jus)
  • Sedikit gula kalau suka
Caranya:
  1. Mula2 tumbuk lada hitam sehingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis & tumbuk lagi sehingga lumat (jgn terlampau lumat xsedap).
  3. Masukkan dalam mangkuk kemudian perah limau nipis. Guna sebelah pun cukup (apapun bergantung selera kalau suka masam).
  4. Akhir sekali masukkan bawang hiris & sedikit gula. Siap.

*Lepas makan ni, sure kempis perut sebab asyik terkentut je. Kik3x........

4 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam rostina, nampak sedap juga sambal tumbuk ikan bilis ni, akk tak pernah buat n mkn lagi samabl mcm ni, masa berpantang pun asyik2 ikan selar bakar je hhuuh, eh pucuk kari boleh buat ulam ke rostina

rostina76 said...

k.rosa: sama le ikan selar bakar tu.huhu!!! btw pucuk kari ni ros dpt tau jadi ulam masa pantang anak ke-2. mak bidan yg suggest. mmg sedap kak&baik sgt utk buang angin&panaskan badan. Ambil yg betul2 muda la, saya suka. compare tu pegaga lagi sedap pucuk kari bg saya.

Asmara said...

Suka menu org pntg. Mkn nasik panas dan x brminyak! :D

Anonymous said...

Da buat...mmg sedap tenkiu for the recipe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...