بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 27 February 2012

Kuih Bronok a.k.a Kuih sagu

Hari Sabtu lepas projek mommy buat kuih tradisional warna warni lagi. Weh, sapa x kenal kuih ni mmg hampeh la sbb seingat mommy masa kecik2 dulu pun mmg glamer kuih ni. Tapi itula yg sayangnya, generasi moden sekarang especially org2 bandar rasanya dah x kenal kuih ni kot. Yang bestnya Arfa suka makan kuih ni tapi dia panggil kuih jelly. Heheh!!! mungkin sebab rasanya yg lembik2 kenyal kot. Bila imbau kembali zaman kecik2 dulu banyak dah rasanya kuih muih tradisional yg hampir 'pupus'. Mungkin disebabkan tidak diturunkan ilmu kepada anak cucu @ mungkin jugak anak cucu yg moden skrg ni lebih suka&senang buat kuih/kek/biskut2 moden. Macam mommy sendiri mok mmg terer masak kuih muih tradisional ni sbb dia mmg berjual dulu2 tapi yang sayangnya tidak diturunkan ilmu itu kpd kitaorg secara total. Yelah, nak tg kami mitak baru mok share kan lagipun mentality mok dia mmg xnak anak2 cucu dia susah payah buat kuih muih ni (cakap dia, alah senang beli jelah...) emmph!!!itu la yg silapnya. Mok mmg berimpian anak2 dia semua jadi mem besor (nak makan order je, hehe hakikatnya anak2 dia mmg mem besor(body besor) tapi x suka arah org buat tapi sebaliknya kena arah utk bt kuih muih ni. ahaks!!!)
Eh, melalut mengumpat mok plak. Ampun mok!!! hehe berbalik cerita resepi mommy last saturday. Alahai, kuih paling senang alaf dulu,kini&selamanya.....TARRRA! kuih bronok a.k.a kuih sagu.



Sumber: mama kastam tioman @MyResepi 

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose (mommy guna sirap ros utk warna merah ni, pastu buat lagi adunan warna kuning utk perisa pisang & adunan ke-3 warna hijau utk perisa pandan)
Kasi variasi warna & rasa. Baru hidup ini meriah&ceria....



Cara-cara
1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukkan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukkan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan ke dalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya.
5. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa parut. 
6. Siap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...