بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 7 February 2012

Daging masak kicap dengan arrowhead

Entry harini masih berkisar tentang ubi ARROWHEAD. Mommy beli haritu dlm 3kg, so ada sedikit balance utk mencuba resepi lain selain dr kerepek garing. My curiosity went great!!! Heheh, masa google cari resepi guna arrowhead ni of course le byk link kpd blogger2 berbangsa Cina (dah mmg ubi ni timbul pun sbb dorg yg tanam kan). Terpaksa le mengolah semula resepi, takleh tiru 100% sbb deme guna p**k. Tapi atleast seronok blogwalking thru topic ni sbb byk kelainan & idea yg kita blh belajar. Frankly speaking kalau nak cuba kuih muih tradisional kdg2 dorg punya style lebih genuine nak compare yg blogger2 melayu nowadays ( byk sgt kreatifnya sampaikan original recipe dah hilang). Sorry la kalau ada yg terasa tapi ini my personel opinion aja. Tak jejas pun reputasi u all blogger2 yg dah hebat. 
Berbalik kpd resepi mommy ni, actually very simple & mmg kita dah masak sebelum2 ni pun cuma ada add on ubi arrowhead ni aje. Kalau biasa kita guna kentang kan, ibarat arrowhead ni sama la functionnya.


Bahan2:

  • 1/2 kg daging (hiris nipis2)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis2)
  • 5 tangkai cili kering (rendam air panas & buang bijinya)
  • 10 biji ubi arrowhead/caladium (kupas kulit & potong 4)
  • 1 ikat daun bawang/kucai
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Caranya:
  1. Goreng ubi arrowhead sehingga setengah masak. Tos & ketepikan.
  2. Dalam kuali bersih (tanpa minyak) masak daging sehingga kering airnya. 
  3. Kemudian, masukkan minyak & goreng daging. 
  4. Masukkan bawang putih ke dalam gorengan daging tadi. Masak sehingga bawang garing.
  5. Tambahkan kicap masin, kicap manis, sos tiram & juga kicap pekat. Gaul sebati.
  6. Jika daging terlalu kering, masukkan sedikit air.
  7. Taburkan cili kering, bawang besar & daun bawang. Gaul rata.
  8. Juga campurkan ubi arrowhead yg telah digoreng berasingan. 
  9. Sebatikan semua bahan. Sedia dihidangkan bersama2 nasi putih.

Ini pulak mommy just nak post gambar satu lagi resepi guna ubi ARROWHEAD. Resepinya sama mcm kita buat sup ayam@sup sayur. Just replace ubi kentang dgn arrowhead. NYAMAN!!!(kata org Brunei utk sedap).


Sup sayur & arrowhead

4 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Ros
nyamannnn....teringat kat sana...mmg suka guna pktn ni. Arrowhead kalau buat kelepek mmg sedap. belum pernah cuba letak dlm masakan.kat Cairo ni mmg tak da ubi ni
re; kat sini aktif juga xtvt ladies.lagipun di Mesir org perempuan bebas nak keluar rumah...driving....

Adry@Daun said...

As salam tuan umah...,
Menu kat atas tu nampak sedap dlm gmbr dn semestinya yg kat luar pn sedap.
Cbox tu tuan blog kunci, tak leh nk sembang... Trma kasih folo blog saya ye. Saya dh folo sini..

rostina76 said...

heheh!!yeke. maafle xperasan ada lock/unlocked button @set up. patut xde org tegur sjk guna cbox ni.tq sbb sedarkan saya.

Unknown said...

Sedap, leh try daging msak kicap ngn arrowheads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...