بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 20 January 2012

ACAR REBUNG

Cerita pasal rebung....huhu, mommy tak ingat bila masanya yg mommy suka makan rebung ni. Kalau ikutkan dulu masa @universiti tak suka rebung ni sebab baunya busuk. Bila time nak beli nasi bungkus, makcik kafe @kampus dulu selalu masak gulai lemak rebung (masakan Perok). Baunya mmg kurang menyenangkan tapi bila ada kawan2 yg makan cakap sedap. Keinginan nak cuba pun timbul. Bila try masuk mulut rupa2nya not bad rasanya, cuma still macam tak berapa minat gak masak rebung ni.BUSUK!!!

Nak dijadikan cerita, tak ingat di mana & ketikanya, mommy ada termakan org masak acar rebung masa kenduri kawin. Phew!!! terus jatuh hati kat si rebung yg selama ni tak suka. Hehe!!!Yang acar rebung dorg masak kat kenduri tu rupanya sedap & tak berbau sebab dorg pakai rebung 'fresh' bukan yg jeruk mcm makcik kafe masak dulu @kampus....Baru le tau cerita si rebung, satu berbau busuk & satu tak berbau busuk.

Pastu, masa dah beranak 3 dah pun, mommy ada makan @rumah kenalan org utara (mai tang Aloq Setaq). Dia baru bwk balik acar rebung yg mak dia dr Alor Setar masak.Emmph!!! memang terangkat, makan dengan nasi panas & ikan goreng je pun. Sedap sungguh, masam,pedas&manis semua terasa.

Nostalgia plak cerita harini, ok berbalik ke tahun 2012.Hari rabu lepas mommy g pasar & beli ikan & sayur pastu ternampak si rebung fresh. Belum dihiris2 lagi tau (terlupa ambil gambar). 1st time tgk rupa sebenar si rebung. macam tanduk kerbau pun ada gak. Kik3x.....jakun btul la.

Mommy beli ke? Tak beli pun sebab xtau nak masak apa....Yang kelakarnya malam tu nak tidur terbayang2 plak si rebung masak acar mcm mak member tu bt dulu. Terasa2 masam manisnya... Alahai xblh jadi ni.

So, keesokkkan harinya mommy g le lagi ke pasar menjenguk ada ke tidak lagi si rebung. Dari jauh mcm tak kelihatan kelibat si rebung, huhu dah frust dah mula tu tapi lps tanya akak yg jual tu, rupa2 ada rezeki tinggal 2 plastik lg si rebung semalam.

Apalagi balik trus proses & mencari resepi mcm nak buat acar rebung versi utara ni. Masa google tu byk come across resepi acar rebung versi Sarawak (macam sedap jugak) tapi dek kerana dah terbayang/mengidam yg versi utara punya last2 dapat resepinya. Sempoi je pun resepinya tapi fuhh sedap.

So, if u al ada terjumpa rebung fresh blh le cuba acar ni. Senang&sedap. Buat byk2 simpan dlm peti ais lama2 pun xpe.
Acar rebung (Sumber Facebook)

Bahan2:
1)Rebung (Yang fresh lagi sedap)
2)Bawang putih
3)Cili kering
4)Halia
5)Garam
6)Cuka makan
7)Gula
8)Bijan


Cara membuat:
1)Didihkan air & campurkan satu sudu teh garam. Apabila air mendidih masukkan rebung yang telah dihiris nipis2 tadi.
2)Celurkan rebung sehingga lembut & toskan airnya.
3)Kisar cili kering,halia dan bawang putih sehingga lumat.
4)Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
5)Masukkan rebung,garam ,gula dan sedikit air.
6)Jgn lupa masukkan cuka. Jangan letak terlalu banyak cuka kerana rebung mengeluarkan rasa masam semulajadi.
7)Masak seketika & apabila siap blh la dihidangkan dengan taburan bijan yg telah disangai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...