بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 16 November 2011

SPAGETTI AGLIO e OLIO SEAFOOD

Inserito alle & come va.........

Heheh!!!apa kebonde tuh? entah aku pun xsure mcm nak yebutnya tapi translate dr bahasa Italy ke bahasa hulu "SELAMAT PETANG & APA KHABAR".

Mommy ni asyik berangan lagi nak jejak kaki ke Italy tapi apakan dayo..kuasa magnet tak cukup kuat nak tarik ke sana......Hehe, masa guru besor a.k.a big bos cum daddy pergi Italy baru2 ni kami anak beranak mmg kerja hampir setiap hari makan spagetti. Huhu, bukan sbb gian xleh ikut pergi Italy (padahal dlm hati mmg gian nak g pun) tapi sbb budak2 ni mmg suka sesangatttttt makan spagetti. Mommy lagi mujur le sebab senang je nak prepare. Cincang2 hotdog pastu tumis dengan kuah instant spagetti. SIAP!!!!!Tapi masalahnya kita le pulak muak kan.....Last2 mommy makan nasi ikan goreng dengan budu cicah ulam je. Lagi syiok, bedal sorang2 xyah nak berprotokol sgt masak.

Eh ini citer g Italy ye....huhu, ada le sket kaitan dgn tajuk N3 mommy ni. Harini kami lunch dengan spagetti selepas sebulan buat spagetti, kitaran semula (bukan kitar semula ye tapi kitaran semula). Kes yg kitaran semula ni sbb Ahdia Si kenit tu xnak makan nasi. Masak le lauk apa pun, last2 dia makan sejemput nasi dengan kicap buat kuah. Masyaallah, xleh nak buat apa budak ni dengan kicap. Suka bebenor!! Dah le kurang minum air masak/putih. So, 2 hari lepas mulutnya start pecah2 & worst kes harini blk sekolah tengok dah kuar ulser dalam mulut. Risau gak tgk dia xnak makan nasi tu, so mommy masak la spagetti harini dgn harapan dia makan.

AGAIN! diri sendiri dah bosan dengan spagetti budak2 ni(simple sgt) & for sure big bos a.k.a daddy nak kata makan, tengok pun bosan kot (yelah, dia kan g Italy- menciiiii btul). Tapi mommy malas yg amat nak masak2 nasi + lauk bagai....Mood malas dah melanda bcoz dah dekat nak bercuti2 Malaysia ni.

So, di samping buat spagetti chicken in tomato sos, mommy buat le 'Spagetti Aglio e Olio Seafood' ni. Hehe, yg tak tahu maksud aglio e olio tu ialah bawang putih dalam minyak olive/zaiton....simple je resepi ni tapi the taste not bad la rasanya. Cuma memandangkan english herbs xde dlm simpanan (susah dpt kat sini), so mommy guna je bahan2 yg available. Mmg terangkat gak rasanya. Layan resepi di bawah ye sbb malas dah membebel.Tq


Bahan2:
  • Spagetti (1 peket)
  • Air utk merebus
  • Garam
  • Minyak zaiton
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Lada hitam (1 sudu besar di tumbuk pecah2 je jgn lumat) *kalau ada english herbs lagi ori la
  • Udang (bergantung le berapa byk- mommy guna 6-10 ekor)
  • Mussel (bergantung le berapa byk- mommy guna 8 ekor)
  • Daun celery/sup
  • Perisa tambahan (mommy guna stok ikan bilis)
  • Topping- biasa Italian tabur cheese ontop tapi mommy xnak le muak. Mommy squeeze lemon ontop bg matching dgn seafood yg fresh tu.

Cara penyediaan:
  1. Rebus spagetti dalam air mendidih. Letakkan 1 sudu besar minyak zaiton & satu sudu kecil garam.
  2. Bila dah lembut, angkat & toskan.
  3. Rebuskan juga udang & mussel sehingga masak & toskan.
  4. Hiris bawang putih secara melintang, nipis2 (Italian ckp jgn tumbuk lumat sbb rasanya xori...entohle).
  5. Panaskan minyak zaiton (guna dalam 1/2 cawan minyak zaiton), kemudian masukkan bawang putih.
  6. Tumis sehingga bawang putih bertukar warna (api perlahan).
  7. Kemudian, masukkan spagetti tadi & udang serta mussel. Mommy tambah perisa ikan bilis dalam 1 sudu besar.
  8. Gaulkan bersama2 lada hitam yg ditumbuk, daun celery & sedikit garam.
  9. Matikan api & sedia dihidang.
  10. Masa hendak makan, just squeeze lemon on top. Walla!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...