بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 17 November 2011

Strawberry Cheese Tart

As Salam...

Satu lagi eksperimen mommy fr blog Nuri 'CHEESE TART'. Cheese ni bila disebut je depan Arfa Zafran mesti melompat dia. Favorite dia sgt2 tuh. Emmph, masa buat fruit tart haritu, mommy tercakap le pasni nak buat Cheese Tart pulak, dia apa lagi setiap hari tagih janji dgn mommy suruh buat cheese tart. Huhu, aku dah le tgh malas ni (mood nak cuti dah). Itu yg last2 bosan dia dok tanya hari2, mlm tadi mommy godek gak buat cheese tart. Tapi tulah kan, bila buat dlm keadaan half hearted ni mesti tak perfect. Nape? Mommy rasa le adunan crust dia tu mcm terlembik sket compare tu masa bt yg fruit tart haritu tapi tak le teruk sgt still lembut but not fragile smp pegang pun hancur. F tanya mommy, i prefer the fruit tart more bcoz yg tu lagi healthy & tak muak.... Tapi f tanya Arfa of course jawapannya CHEESE TART lagi sedap. So, u al layan jelah eksperimen mommy this time ye. Again tq to Nuri.



Resepi asal: Azita Zain @ rossitamz-kitchen.blogspot.com


1. Shell/Crust

Bahan2
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C (kalau guna Gred yg lebih besar kena buang sedikit putih telur dia)
290gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Cara2
1. Pukul marjerin & gula dengan senduk kayu. Pukul dlm 5 minit.
2. Masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg x melekat kat jari.
4. Amik sedikit adunan, tekan & ratakan dlm acuan. (Caranya, guna kedua2 ibu jari & jari telunjuk. Ibu jari masukkan dlm acuan & pusingkan acuan sambil kedua2 ibu jari menekan & meratakan adunan dlm acuan... sorry la x dpt tunjukkan.. Dah siap tu, cucuk2kan permukaan doh dengan garfu).
5. Bakar pd suhu 170'C selama 15 minit @ hingga masak.

*Sementara nak tunggu masak tu, boleh la buat cream cheese dia.


Special request dr Anis buat alphabet.

2. Cream Cheese

Bahan2
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur Gred B
1/2 sudu teh esen lemon

Cara2

1. Pukul cream cheese & gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Amik 1 -2 sudu besar adunan & bubuh sedikit kaler merah. (Ni untuk bt corak dia. Kalau nak buat bunga2, amik 1 sudu besar lg adunan & bubuh kaler hijau).
Bahan Lain
Strawberry filling.
Cara nak buat Strawberry Cheese Tart
1. Masukkan filling/jem strawberry dlm shell yg dah masak td.
2. Paipkan/sudukan adunan cream cheese.
3. Amik pencungkil gigi & buat cam pic kt atas tu.
4. Gunakan bahagian tajam pada pencungkil & tarik dr atas ke bawah di tgh2 garisan tu dapatkan corak macam pokok tu. Kalau buat bunga pun kena tarik dr atas ke bawah gak..
5. Bakar 1 minit. Sentuh krim, kalau x melekat kat jari tu maknanya dah masak la. Kalau melekat, bakar lg dlm 1 minit.

* Tips dr Azita Zain - mommy copy paste je dr blog Nuri .. TQ bnyk2 atas tips ni.
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...