بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 12 August 2011

SINGGANG DAGING

Masuk hari ke - 1o berpuasa dah agak malas & beku idea nak masak apa...Yelah kan,bulan puasa ni selera mmg macam2 tapi lepas teguk air je, dah rasa kenyang & xlarat nak makan banyak2. So hari ni mommy buat singgang daging & kerabu jantung pisang je di samping ayam goreng (untuk budak2) & sambal belacan.....Kuih pulak rewind je kuih lompat tikam &tepung pelita yang masih berbaki & masih elok.Bak kata slogan di bulan puasa "elakkan membazir".Start masak harini dah agak lewat & ditambah pulak dengan stok kelapa parut yg xde dalam simpanan menyebabkan mommy terpaksa rushing g amik daddy & beli kelapa parut.Otw balik plak,daddy singgah @bazar ramadhan (Tamu Telisai).Pilihan juadah @bazar ramadhan tak le sebanyak bazar @Puncak Alam (rumah lama kami), last2 beli cakoi(favourite mok),popiah daging&air laici kang. Sampai rumah cun2 je siap prepare jantung pisang dah nak masuk waktu magrib (kat sini magrib masuk pukul 6:40mlm)....Hehe,jadinya gambar jantung pisang mok tak sempat nak snap.Singgang daging ni plak hari ke-2 baru berpeluang snap. Mommy jot down resepi singgang daging jelah sbb resepi kerabu jantung pisang tu sama je dengan kerabu nangka (cuma mok bgt lepas celur jantung pisang tu @apa2 kerabu nak buat pun, kena perah betul2 jantung pisang/nangka/machang etc bagi kering.Ini juga nak mengelakkan rasa kelat buah2 tu)...resepi kerabu tu blh refer entry 'kerabu nangka ori'.


RESEPI SINGGANG DAGING

Bahan2
  • 1 kg daging (dihiris nipis)
  • 1 senduk/5-10 sudu besar ketumbar (elok ditumbuk sedikit & dibungkus dalam kain nipis)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 buku halia/4-5 inci (dihiris nipis)
  • 1 buku lengkuas/4-5 inci (dihiris nipis)
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 biji cili kering
  • Garam
  • Air

Cara2 membuatnya
  1. Rebus daging bersama2 dengan semua bahan2 hiris.
  2. Apabila telah mendidih,masukkan asam keping,garam & cili kering.
  3. Reneh sehingga masak.
  4. Sedia dihidang bersama nasi panas & sambal belacan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...