بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 15 August 2011

KUIH KETAYAP



Harini mommy tak masak lauk berbuka sbb lauk yang daddy beli @bazar ramadhan semalam masih banyak lagi tak terusik. Ada ikan pari bakar,daging masak merah & sayur kangkung masak belacan.Mommy just masak sup suun& fucuk tambah telur je. So, harini just buat kuih je pelengkap hidangan. Kuih pertama mommy buat ialah kuih yang paling warak (hehe!!!status hot @fb skrg ni pasal senarai kuih muih) KUIH KETAYAP le. Btw mommy suka buat kuih ni sbb senang & cepat. Lagipun budak2 pun suka. Provided intinya dah siapkan awal2 la ye. Satu lagi kuih mommy buat harini ialah kuih masalodeh (mamak style). 
Entry ni mommy jot down resepi kuih ketayap dulu ye.

Bahan2:

Inti :


  • 2 cawan kelapa parut
  • 3/4 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai daun pandan
Cara2 :
  1. Gula merah dimasak+daun pandan+air.
  2. Bila mendidih dan sebati gula, tapiskan.
  3. Masukkan kelapa, masak hingga separuh kering , masukkan tepung lalu dikacau hingga pekat dan berkilat.
  4. Sejukkan.

Bater:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung kastard
  • 2 cawan air daun pandan
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau
Cara2:
  1. Semua bahan disebatikan dalam blender.
  2. Dadarkan dalam kuali yang dilenserkan minyak/guna non-stick pan
  3. Angkat dadar dan letakkan inti di tepi dan digulung kemas.
p/s: Sukatan adunan di atas boleh dapat dalam anggaran 10 biji kuih ketayap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...