بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 30 August 2011

KACANG GORENG BEREMPAH




Emmph!!!terasa tak lengkap raya kalau takde kerepek @ kudapan....Kat sini tak jmp plak dorg jual banyak2 kerepek home made kecuali yg @supermarket(produk kilang) .Memandangkan kacang banyak lagi lebih selepas asingkan untuk buat kuah kacang esok, mommy decided nak buat kacang goreng berempah....Bila cik google search terjumpa teratak chetam yg buat kacang berempah ni.Malas dah nak search byk2 since dah takde masa ni,so mommy just follow resepi yg chetam buat......Emmph!!mmg berbaloi le buat sbb sedap & garing.So u al blh la tgk resepi dr chetam sendiri kat http://chetambiz.blogspot.com/ 

Bahan-bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 10 biji lada kering
  • 10 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan pedas(mommy follow chetam guna jintan putih)
  • 2 sudu besar garam
  • gula 1 1/2 senduk
  • 2 biji telor
  • 4 senduk tepung gandum
Cara-cara:
    • tumbukkan lada kering bersama bawang putih.
    • masukkan ke dalam kacang dan gaulkan perlahan-lahan sehingga sebati.
    • masukkan garam, jintan manis, jintan pedas ke dalam adunan tadi.
    • kemudian masukkan gula perlahan-lahan. jangan bagi gula tersebut hancur.
    • masukkan tepung dan gaul.
    • akhir sekali masukkan telur. gaul biarlah rata ke semua bahan.
    • panaskan minyak dan kemudian sendukkan adunan tersebut lalu goreng.
    • kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana.

    BISKUT BANGKIT NYONYA ros......hehe!


    Macam tak percaya!!!!Hehe ayat citer kartun 'Little Eistein'

    Mommy mmg excited nak try buat kuih bangkit ni sbb ni kira biskut tradisional turun temurun.Kalau mat salleh dok kecoh2 buat macaron la,german cookies la etc.......kita sepatutnya bangga dgn biskut tradisi kita mcm bangkit ni.Dah le rasanya sedap,cantik plak,gebu etc jugak le....
    Based kpd resepi dr My Resepi hasil ciptaan lily&diana.....mommy pun bereksperimen le tghari semalam.Suspen gak kot2 xjadi.....Tapi alhamdulilah mmg bangga siot sbb kuih bangkit mommy ranggup & gebus.Yang paling seronoknya semalam juga le baru beli acuan kuih bangkit ni exactly sama dgn yg lily guna.CANTIK bunga bangkit tu....So, u al kena try buat kuih bangkit ni sbb senang je.Lagi satu bangkit ni xmuak sbb guna tepung ubi.

    Bahan-bahan ( 70 biji )

    • 350 gm tepung ubi
    • 150gm gula icing
    • 20 gm mentega
    • 1 biji kuning telur
    • 130 gm santan pekat
    • 1/8 sudu teh baking powder

    Cara-cara

    1. Sanggar tepung ubi di dalam oven
    2. Gaul sebati gula acing, mentega & kuning telur.
    3. Masukkan santan dan gaul sebati lagi
    4. Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi.
    5. Masukkan tepung kedalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh.
    6. Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai.
    7. Bakar pada suhu 150'C hingga masak.

    *Just reminder
    Masa mommy buat tu take time juga le kan nak tekap acuan,so tepung tu terdedah di udara.U al akan dapati tepungnya makin keras.....So,bila u al nak canai aduan tu ia akan pecah.Utk mengatasi masalah ni,u al tambah 1 sudu kecil santan setiap kali nak canai (uli le sikit bagi sebati)....Selamat mencuba!!!

    Monday 29 August 2011

    Biskut Gajus Oat/Cashewnut Oats Cookies

    Last minit punya projek biskut raya......okey la drp xde langsung.Nak beli pun kita xtau sedap ke rasa dorg buat.Lain la @Malaysia kita beli dgn org yg mmg dah kenal,confirm sedap.Still resepi dr k.Badaria,mommy pilih yg senang2 je & ever green.Yelah,mommy ni pun 1st time uli tepung buat biskut raya, tapi alhamdulilah based kpd resepi yg betul biskut semperit,biskut bangkit mahupun kerepek gunting tu semua menjadi & sedap2 belaka.Bukan nak puji diri sendiri tapi kalau kita ikut resepi yg diberi dgn betul insyaallah keras tangan mcm mommy ni pun jadi.So layan le ye"Biskut Gajus Oat" ni.....Yang specialnya biskut kita org ni mcm2 bentuk ada.Love,bunga,awan,daun,bulat etc........hasil ciptaan 3A yg sgt2 rajin menolong mommy.Kalau u al nak nengok yg k.Badaria buat u al browse SINI.


    Bahan-bahannya(140 keping biskut):-

    Bahan A
    100gm mentega
    100gm majerin
    50gm lemak sayuran/shortening
    140gm gula kaster

    Bahan B
    2 biji kuning telur
    1/2 sudu teh esen vanilla

    Bahan C (diayak bersama)
    320gm tepung gandum
    1/2 sudu teh serbuk penaik
    1/2 sudu teh serbuk perangup biskut (emplek)-mommy xletak pun sbb xtau apa benda ni.

    Bahan D
    80gm oats-dipanggan dan kisar
    50gm nestum-kisar (saya gantikan nestum dengan 50gm gajus sbb nestum tak ada)
    50gm gajus-panggang dan kisar

    Hiasan:-
    Kuning telur + setitik pewarna kuning telur, gajus dan oats


    Cara-caranya:-
    1. Pukul bahan-bahan A sehingga ringan dan kembang (dalam 2-3 minit sahaja)
    2. Tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau sehingga rata
    3. Masukkan bahan C dan D, gaul rata sehingga menjadi doh.
    4. Rehatkan doh selama 15 minit
    5. Canai doh dan terap dengan acuan penerap
    6. Susun dalam dulang pembakar dan sapu permukaan dengan telur kuning dan susun gajus, taburkan dengan oats.
    7. Panaskan ketuhar. bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit

    Nota K.Badaria:-
    - Pastikan ketebalan biskut anda dalam anggaran 1/2 inci sahaja. Biskut ini akan mengembang dan jika doh dicanai tebal, biskut tidak cantik.
    - Untuk dapatkan permukaan biskut yang kuning cantik, sapu telur kuning dan kemudian letakkan gajus. Setelah semua habis diletakkan gajus, sapu sekali lagi telur kuning meliputi gajus tadi dan kemudian baru taburkan oats.

    Saturday 27 August 2011

    BISKUT CONFLAKES PEANUT BERMADU


    Hehe,mmg dari dulu lagi berangan2 nak buat conflakes madu ni sbb senang & sedap tapi tak pernahnya menjadi.Di tambah masa @sekolah mommy dulu ramai sangat cikgu2 yg terer masak & siap jual biskut raya sebelum masuk bulan puasa pun lagi.End up nya mommy beli je dgn dorg ni.Especially Ustazah Zaleha, mmg senang deal jual beli dgn dia.Tambahan pulak dia masak mmg sedap,baik masakan lauk pauk mahupun biskut.Huhu!!!tiba2 rindu kat kawan2 cikgu mommy @SKPA.

    Okey la u all,asyik dok melayan perasaan je nanti tak jadi pulak cornflakes madu mommy ni.Fyi,resepi ni mommy dpt dr si cepit kat bawah tu...pandai dia buat biskut,respect abis mommy kat dia (mommy malu sbnrnya dah tua2 baru nak buat....as usual "better late than never"

    Link


    Dalam banyak2 resepi cornflakes madu,mommy keen to try this one because the recipe has peanut butter add on.4A sure love the taste.
    Sumber: Si Cepit

    Bahan-bahan
    • Cornflake - 2 kotak nestle corn flakes
    • Madu - 1 1/2 cawan
    • Gula - 1 cawan
    • Majerin planta - 1 cawan
    • Peanut butter - 1 1/2 cawan
    • Urai (colouring chocolate rice) - tabur
    • Cup kertas


    Cara-cara :

    1. Panaskan majerin.
    2. Masukkan gula dan madu.
    3. Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
    4. Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
    5. Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
    6. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
    7. Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
    8. Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
    9. Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
    10. Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
    11. Dah masak.
    Hehe!!!senang betul buat biskut cornflakes ni kalau ramai assistant nya.....Sorang susun paper cup,sorang isi cornflakes,sorang lagi tabur rainbow rice.Mommy tukang bakor je.DONE!!!!

    Thursday 25 August 2011

    MEE UDANG



    Malasnya nak masak banyak2 juadah berbuka sekarang ni sbb mood nak buat biskut raya lagi banyak dr mood nak buat juadah berbuka.Hehe, sebenarnya last saturday lagi mommy beli mee kuning sbb teringin nak makan mee (boring hari2 makan nasi je).....tapi tule,weekend lepas 2 hari berturut2 berbuka kat luar (kat sini mostly restoran baik hotel offer buffet package utk berbuka).Mmg kenyang sesangat le tapi puas hati sbb budak 3 orang ni mmg pulun makan termasuk le Ahdia.
    Berbalik kepada mee kuning yg dah terperam hampir seminggu tu so harini terjadi le jugak resepi mee.Mula2 rasa nak makan mee bandung tapi cik google bg resepi mostly guna air rebusan daging (huhu,stok daging baru je licin).Masa tercari2 resepi tu tiba2 teringat kat mee udang sbb gambar mee bandung pun dorg bubuh udang gak.
    Pusing punya pusing akhirnya berkenan dgn resepi k.dayang gak.So,apalagi bereksperimen le dgn mee kuning harini.Sebagai pelengkap mommy serve roti chappati segera + kuah dal.Tapi buat gak le nasi sbb takut dorg ni tak suka dgn mee udang ni.Goreng ayam je matching dengan balance kuah kari sotong Allagapas.
    So,yg nak ubah selera selain makan nasi tu blh le jugak try kan....Resepi ni mommy copy & paste je dr blog k.dayang cuma ada tukar sikit2 je.Tq k.dayang sbb mmg best le mee udang ni,kena dgn selera kami.


    Resepi : Che' Iza@Myr

    Bahan-bahan: ( 3-5 org )
    • 1/kg mee kuning
    • 300 gm udang saiz L
    • 4 sb lada boh / lada giling
    • *4 ulas bawang merah
    • *3 ulas bawang putih
    • *2 sb udang kering
    • *1/2 inci halia
    • 1 sb petis (mommy xletak pun)
    • 3 sb sos tomato
    • 2 sb sos cili
    • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
    • gula n garam
    • taugeh n sawi
    • daun bawang n bawang goreng
    Bahan-bahan yg DJ tambah :
    • kiub ayam(mommy tukar kiub ikan bilis)
    • sos ikan
    • kentang (direbus empuk dan dikisar dengan sedikit air)
    • tauhu goreng(takde stok so ganti dgn fishball)
    • telur rebus
    Cara-cara
    1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
    2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
    3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
    4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
    5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
    6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....


    Ingatkan bebudak tak suka kan tapi semua tak makan nasi sbb makan mee udang mommy yg sedap ni.Hehe,cuma daddy je tanya "ni mee udang ke? bkn mee rebus?"...........sebenarnya favorite daddy mee udang ni (the best dia cakap yg Pak Li Kopitiam punya).Kalau ikutkan mmg yg kat situ kuahnya cair.Resepi k.dayang ni letak ubi kentang,itu yg kuahnya pekat (tapi mommy suka mcm ni)....So,yg tak suka pekat tu tak payah le letak ubi ye.Kuahnya akan jadi cair berminyak.CUBA LE!!!

    Wednesday 24 August 2011

    KEREPEK GUNTING

    Adoile,plan nak buat projek biskut raya sepatutnya 20hb( start cuti sekolah).....sampai ke harini tak jadi2 lagi.Rasanya harini nak start la mcm2 mana pun.Harap2 menjadi le plan. So, 1st sekali mommy nak buat kerepek yg paling senang 'KEREPEK GUNTING'. Seingat mommy masa zaman kecik2 dulu kami pernah buat.Adik beradik pakat duduk keliling talam besar pastu masing2 standby dengan gunting.Sambil tengok TV tangan dok gunting tepung.Syok je ingat kenangan masa tu.Itu yg mommy rasa nak sangat buat kerepek ni sbb senang,sedap & blh involvekan 3 serangakai 'A' ni.Hehe,seronok le dorg tu nanti dok mengunting tepung (mmg favorite gunting kertas pun).
    Disebabkan masa mommy buat dulu2 blm baligh lagi jadi resepinya mmg tak ingat langsung le cuma ingat makan sedap,ada daun2.Hehe,sebab tule mommy mitak tlg cik google carikan resepi dgn sukatan yg betul.Jmp le blog ni yg mommy rasa paling senang caranya.Jom mommy share resepi ni..Kalau nak tgk yg original resepi tu u all g le ke blog ni http://lifeiswuthappens.blogspot.com

    Bahan2:
    • 4 cawan tepung gandum
    • 6 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
    • 1 cawan udang kering dikisar jadi serbuk(kalau xde udang kering,blh guna ikan bilis)
    • 1 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
    • 1 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
    • 1 sudu kecil garam
    • 4 sudu besar minyak masak
    • 250ml air (tuang pelan2)
    • Sedikit daun kari untuk gorengan (mommy letak sikit masa blend udang kering,lagi best sbb terasa daun karinya)
    • Minyak masak untuk menggoreng.

    Cara-cara:

    1. Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
    2. Masukan bahan kisar ke dalam tepung.
    3. Masukkan garam, minyak dan gaulkan.
    4. Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
    5. Bulatkan doh supaya mudah dicanai. Kemudian canai nipis2 & panjang.
    6. Taburkan tepung agar permukaan tidak berminyak dan mudah melekat.
    7. Potong nipis menggunakan gunting.
    8. Ulang proses di step 5
    9. Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
    10. Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (bagi ada aroma).
    11. Bila dah berubah color angkat.



    Hehe!!ini tukang ulinya (si kenit yg bergaya mcm org tua2,btw tepung tu dia le makan sorang)

    Yang 2 org ni plak tukang gunting....Hehe mmg seronok le dorg ni.2 kali buat dohnya.Sekali masa tghari,skali lagi mommy uli doh belah malam.

    Tuesday 23 August 2011

    Biskut Bunga Cina



    Resepi biskut ni mommy dpt dr blog k.badaria.
    Tak mengeciwakan sebab mmg ranggup & sedap.Try le ye

    Bahan-bahannya:-

    Bahan A

    • 250gm mentega
    • 200gm gula kastor
    Bahan B
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sudu teh perasa vanilla
    Bahan C (diayak bersama)
    • 450gm tepung jagung
    • 3 sudu besar susu tepung (rata)
    • 3 sudu besar tepung gandum (rata)

    Hiasan:-
    Ceri merah dan hijau-potong kecil

    Cara-caranya:-

    1. Kacau mentega dan gula kaster sehingga ringgan dan kembang
    2. Kemudian masukkan kuning telur, vanila esen. Gaul sebati.
    3. Masukkan bahan C dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi doh
    4. Picitkan doh ke atas loyang pembakar dengan acuan bunga semperit. Hiaskan dengan ceri merah dan hijau
    5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit

    Nota:-
    - Sukatan dalam resepi nie amat tepat, anda akan mendapat doh yang sempurna....iaitu tidak lembik atau keras sehingga susah nak tekan dalam acuan samperit.

    Monday 22 August 2011

    BUTIR NANGKA


    Antara menu lain 'Supermak' harini ialah kuih butir nangka (bahasa kelate ni)...kalau translate bahasa standard jadi 'kuih biji nangka'.....Apa2 la ye.Bagi yg tak pernah tgk tu ni le rupanya & resepinya.Simple dimple......

    Bahan2
    • Tepung beras pulut (2 cawan)
    • Air pandan (blend 3 helai daun pandan dengan 2 cawan air)
    • Santan (terpulang la nak pekat ke cair)
    • 1/2 sudu teh halba
    • 3 sudu besar gula pasir (ikut le citarasa kalau nak manis)
    • Air utk merebus
    • 2 helai daun pandan disimpul
    Cara2 penyediaan
    1. Campurkan air pandan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut.
    2. Uli adunan sehingga sebati (jgn terlalu lembik).
    3. Bulatkan adunan sebesar guli & kemudian gentel memanjang seperti biji nangka.
    4. Biarkan adunan yg siap digentel di atas kertas/tisu dapur supaya lebihan air diserap.
    5. Sementara menggentel adunan, didihkan air utk merebus.
    6. Apabila air telah mendidih,masukkan adunan & rebus sehingga timbul (mcm buat onde2 tu).
    7. Angkat adunan yg telah masak dengan penapis & terus dimasukkan ke dalam periuk berisi santan.
    8. Masak santan berisi adunan tadi.Tambahkan halba & gula & daun pandan.
    9. Masak sehingga mendidih.Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

    KUIH CARA BERLAUK

    Macam 'Supermak' harini masuk dapur utk sediakan juadah berbuka.Hehe, bestkan kalau betul ada kuasa macam 'Supermak' tu.Bukan nak tjk terer g lawan dgn org jahat tapi nak gunakan utk kemas rumah & masak.Wakaka!!!! kartun.
    Harini busy sket sbb pagi2 dah bangun g htr daddy work,pastu buat laundry 2 bakul kain yg terbengkalai dek jalan2 hujung minggu.Pastu noon bwk bdk2 ni g library (request K.Anis). Kemudian, g shopping groceries lagi then straight g amik daddy. Phew!!smp rumah pukul 5pm.Masa tu le baru masak nasi,goreng ayam ala2 KFC,goreng sayur pak choy sos tiram,buat kuih cara berlauk & kuih butir nangka......sotong goreng kunyit & inti daging plak mommy sempat buat pagi tadi sambil2 buat laundry.Yang mommy cakap mcm 'Supermak' tadi bukan apa,sbb dr pkul 5pm tu masak non-stop,cun2 pkul 6.35pm siap to the last drop...Tuang aje air, terus azan magrib.Mmg blh challenge dgn 'Supermak' le tu.Kik3x
    Okey la, entry ni mommy nak jot down resepi kuih cara berlauk pulak.Layan zassss!!


    Kuih Cara Berlauk

    Bahan2 utk barter
    • 3 cawan tepung gandum
    • 1cawan santan dan 2 cawan air (adjust2 ikut pekat, jangan terlalu cair)
    • Sedikit garam
    • Pewarna kuning
    • 1 biji telur
    (nak senang diblend semuanya)


    Bahan2 utk inti(lauk)
    • Daging cincang
    • 2sdb serbuk kari
    • 1sdb serbuk cili (pedas ikut suka)
    • Halia(kisar)
    • Bawang putih(kisar)
    • Bawang besar(kisar)

    Bahan2 utk ditabur
    • Daun bawang & daun sup dihiris nipis
    • Lada merah dihiris nipis
    • Bawang goreng 

    Cara2 menyediakan inti
    1. Tumis bahan kisar, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan daging cincang
    2. Perasakan dengan garam. Setelah masak sejukkan sebelum dijadikan inti.

    Cara2 menyediakan kuih cara berlauk
    1. Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak, tuang adunan tepung dan masukkan daging dan taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada.
    2. Tutup dengan tutup periuk sebentar biar masak dan boleh di hidang.

    BISKUT SEMPERIT MAWAR KUNING


    Inilah eksperimen biskut raya yg 1st mommy buat...Hehe!!!SEMPERIT. Dari dulu, kini & selamanya semperit mmg tetap meniti di bibir orang melayu tulen yg menyambut raya. As everybody knows yg semperit ni ada mcm2 rupa&bentuk.....Ada org buat bentuk bunga dahlia,ada yg bentuk panjang je & mcm2 lagi le. At 1st mommy plan nak buat yg bentuk panjang tekan tu je since yg itu paling mudah....Chewah! dgn semangat berkobar2,get ready le kelengkapan utk menyemperit ptg ni. Huhu!! yg sedihnya acuan tekan yg mommy beli rupenya bkn acuan buat biskut tapi acuan utk icing kek (huwaaaaa!!!mmg buta biskut betul le mommy ni)......Btw nak salahkan sapa ye sbb mmg dah xde asas pun buat kek@biskut ni.
    Adunan tepung dah uli, xkan nak buang kan? Pikir punya pikir,last2 mommy buat jelah ikut kreativiti mommy yg xberapa kreatif ni. Yang penting rasanya mmg lembut&sedap.....Pepepun not bad le jugak bentuk mawar kuning ni (angkat besen sendiri le ye) ;)


    Bahan2
    • 300g butter
    • 160g gula aising
    • 100g tepung jagung
    • 160g tepung kastard
    • 240g tepung gandum
    • 2 biji kuning telur

    Cara-cara
    1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
    2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
    3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
    4. Terap atas loyang bentuk kesukaan anda. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
    5. Bakar 150C selama 20 minit.
    Hehe!!!!cuba le buat sendiri ikut taste sendiri.

    Sunday 21 August 2011

    AMALAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

    Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:

    1. Melakukan qiamullail;
    2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
    3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
    4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
    5. Iktikaf dalam masjid.


    Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

    Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”

    Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.

    Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

    Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

    Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

    Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.

    Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”

    Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”

    Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.

    Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”

    Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.

    Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”

    Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”

    (Sumber:Harian Metro Online)


    (Image fr I Luv Islam.com)





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...