بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 13 July 2011

BAKED CHEESE MACARONI

Aduii....hampir seminggu xsmpt buke blog.Dok sibuk dgn persiapan rombongan besar nak ke brunei,d samping selak sana,selak sini 2 FB akaun mommy.Hehe,padahal ada resepi nak jot down.Weekend lepas mommy sempat buat macaroni cheese bakar (favourite affan le muak2 cheese tu).



RESEPI BAKED CHEESE MACARONI (garlic&onion pasta sauce)

Bahan2
  • 1 peket macaroni
  • Garlic&onion pasta sauce
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang dadu)
  • 1 cawan daging cincang (malas nak timbang gram,hehe)
  • minyak zaiton/sayur/jagung
  • minyak masak
  • air
  • cheddar cheese
  • mozzarella cheese
  • lada capsicum
  • mushroom cincang(option)
  • daun bawang&daun sup
  • garam
  • gula

Bahan2 kastard
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 3 sudu susu tepung/1 cawan susu cair
*Bancuhkan kesemua bahan menjadi kastard.

Cara2

  1. Panaskan ketuhar dgn suhu 190'C.
  2. Rebus macaroni sehingga lembut & tos (semasa merebus masukkan satu sudu besar minyak zaiton).
  3. Tumis bawang putih&bawang besar sehingga garing.Masukkan daging & masak sehingga kering air.
  4. Apabila air daging sudah kering,masukkan pasta sauce.Gaul rata.
  5. Tambahkan capsicum,mushroom,daun bawang & daun sup.
  6. Perisakan daging dgn garam & gula.
  7. Dalam mangkuk besar satukan macaroni & inti daging.Gaul sehingga sebati.
  8. Sapukan loyang pembakar dengan minyak zaiton/marjerin.
  9. Tuangkan macaroni ke dalam loyang pembakar.Tabur cheese di lapisan atas.(boleh juga selang selikan macaroni dgn cheese).
  10. Last sekali tuangkan kuah kastard ke atas macaroni dengan sekata.
  11. Bakar di dalam oven dgn suhu 190'C selama 30minit /sehingga masak.

Yang ni versi pasta sauce&cheese....favorite Zafran.

Satu lagi bekas mommy buat versi malaya.Hehe,daging tu mommy buat perasa kari.Caranya tumis bawang mcm biasa,tetapi instead ltk kuah pasta tu tukarkan dgn serbuk kari.

Yang ini versi kari (hitam2 mcm hangus @topping tu ialah bawang goreng)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...