بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 23 June 2011

Temptation Roselle

In this N3 i want to jot down about tempting Roselle..............U al know who is Roselle?I love Roselle since last 2 years....One of my colleague brought her Roselle drink to school during our pot luck party.When i tasted it,wow cedapppnye.Mcm Ribena gitu(Ribena dah was2 nak minum kan?)Rasanye masam2 manis.What i like most about Roselle actually is the colour,very tempting.Hehe, so i like to store the info&share with u guys about this beautiful&tempting Roselle.Do read & try this Roselle in many ways as u like.



Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan rakyat sebagai bunga kebangsaan negara. Tahukah anda ada satu lagi spesies bunga raya yang boleh kita ketengahkan kerana kegunaannya sebagai makanan. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Tumbuhan Roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis Roselle yang tumbuh secara liar di beberapa negeri dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti asam paya, asam kumbang dan asam susur. Di West Indies ia dinamakan Jamaican Sorrel. Pokok Roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3–5 m serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.
Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga Roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman Roselle. Tahukah anda daun dan batang muda Roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan
Potensi Roselle
Kajian awal MARDI pada tahun tujuh puluhan lebih menekankan pada penghasilan pewarna asli daripadaRroselle. Potensi Roselle dalam menghasilkan pewarna merah begitu terserlah kerana dengan hanya memegang bunga ini, warna merah akan melekat di tangan. Kemudian pada tahun lapan puluhan penyelidikan berkembang kepada kajian penggunaan Roselle dalam pengeluaran sirap minuman. Berdasarkan minat serta perhatian yang diberikan kepada industri makanan sejak awal tahun sembilan puluhan, Roselle dijangka mempunyai potensi untuk dimajukan dalam mempelbagaikan penghasilan makanan di negara ini.
Tahukah anda daun dan batang muda roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari?




Our Own Roselle Plants



Here in Brunei we have our own Roselle plants (already planted by the gardener).Before we move here,my colleague (Ustazah Norlela) gave me a small bag of Roselle seeds as a 'kenangan' from her since i love the cordial so much.....memandangkan dah byk bebenor pokok2 nye @sini aku simpan jela pemberian k.lela(tq so much kak).Nanti blk Mesia tanam @sana plak.Apa yg bagusnye Roselle ni,budak2 suke sgt rasanye yg ala2 Ribena tu(kami mmg xbeli dah Ribena utk kids).Di samping itu,ia juga jimat & menyihatkan minum cordial Roselle ni.Sebab apa aku cakap jimat:U hanya perlu kutip dalam 10biji buahnye,kemudian rebus(dlm anggaran air 3-5liter air) tapi cordial tu u al blh dpt utk membuat 5 jug besar Jus Roselle.Yg menyihatkan pulak of course sbb penggunaan gula yg sgt minimum berbanding kita beli cordial @pasaran yg mmg sah2 begitu byk kandungan gulanya.....Klau mcm mommy,selalunye rebus tanpa gula.Bila nak buat jus baru masukkan dlm 3-4 sudu gula utk satu jus besar.Lebihan cordial tanpa gula tu blh di simpan sejuk dlm peti ais sehingga berminggu2.......

Sekarang ni misi mommy nak buat jem Roselle plak (mesti sedap&menyihatkan berbanding jem2 manis @racking supermarket tu kan?)........


So, u al klau yg blm pernah try @ tanam Roselle yg menggoda ni cuba le.Senang gile tumbuhnye.U al campak je biji2,selang 2,3 minggu keluarla pokoknye.Klau u al nak bagi cantik pokoknye,cuba ikat dahan2 pokok mcm kita bela pokok bunga kertas.Lagi cantik drp u al tanam pokok anggur yg menyemakkan.Buahnye pun byk sgt khasiatnye....Just now,i noted ada artikel ttg petua nak slim mlim dgn minum campuran jus Roselle+halia+peria+kurma etc......blh le try ni .Drp aku dok joget sorang2,lagi senang telan bende2 ni dok?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...