بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 24 June 2011

singgang vs kari................

Asal keturunan tetap dijulang
Walau hasutan di keliling pinggang

Chewah!!!apa ke hal ni?
Hehehe.....xde apa2 u all.Cume bila makan kuah singgang versus kuah kari 2,3 hari lepas tiba2 terpikir plak nak jot down dlm blog.Alkisah sebuah cerita 4A+R,gabungan 2 negeri yg tercinta......The daddy versi Kedah+The mommy versi Ganu Kite(campuran kelate)......Masing2 dah diadun&diterap dengan acuan yg berbeza.Air tangan ibu masing2 yg fanatik dengan pegangan&citarasa tersendiri yg berbau kenegeriaan yg kuat,maka lahirlah juga insan2 yg berpegang teguh pd citarasa kenegeriaan yg kuat.KAMI (daddy+mommy) le tu.
Kalau 10 tahun yg lampau the mommy mmg xpernah teringin@terliur nak menikmati sejenis hidangan bernama KARI mamak apatah lagi dipadankan dengan nasi kandar.OHHH eeii xsuke.Namun sekali 'wind of change' tetap melanda dengan segala kuasa Yang Maha Esa.....Detik perkahwinan dgn the daddy fr Kulim,Kedah with love tu mengubah segala persepsi buruk ttg KARI MAMAK.Bukan setakat terpaksa makan ttp yg paling trajisnya kena masak menu tersebut hanya kerana penyebab yang satu.Nawaitu "sahaja aku taat & mengikut kehendak suamiku kerana aku sayang+cinta kepadanya kerana ALLAH TAALA"..................


Maka sejak dr detik berguru dengan arwah 'Mak Tok' hingga sekarang boleh cakap menu wajib la setiap minggu.Seingat mommy,mmg menu kari ni le yg mencetus rasa bahagia di hati dikala memasak kerana berseleranya 'super hero' dr kedah tu makan.Hehe(xtau le kot2 aku syok sendiri).


Cume itula,walau dibilas dengan kuah kari bermangkuk2 pun tetap xdapat menghilangkan bau asam kuah singgang ikan kembung kegemaran kami org 'ganu kelate' ni.Di padan pulak dengan budu+ulam2.Pehhh!!!!tolak tepi le mung kari mamak weh(tubik doh loghat ambo).Itu pasai le klu aku dah masak kari contohnya harini,sure esok tu plak aku masak singgang.....Yang harmoninye dlm 4A+R themselves mmg ada pengikut masing2......Arfa zafran akan jadi pengikut daddy yg setia klu bab2 kari&Anis zakirah akan jadi penyokong fanatik mommy.Si kenit Ahdia xmasuk book(kata ore kelate) sbb dia sorang tu 'hantu kicap'.....Hidang le menu apapun mesti nak kicap gak(rasanya bibik2 dia dulu bagi makan kicap je rasanya).Tapi gaduh2 pun kari vs singgang ni, persamaan antara mereka plak both klu diperangat/dipanaskan berhari2 makin sedap rasanya.Itu yg 2,3 hari lepas dok ulang hidang kari+singgang ja(disamping menu2 tambahan yg membuat kelainan).....So kot2 anak2 menantu di masa depan xtau nak masak 2 menu penting ni korg selak2 la blog mommy ni.Wajib tau ni!!!!!!


Kalau u al tgk my singgang mmg original color sbb i don't like it yellowish. It looks darker than others because i add a bit of 'gula nise' a.k.a gula melaka. Lagi sedap!!!!


Tengok tu hidangan sempoi di tengah hari.Budu + pucuk ubi celur/pucuk gajus(kami panggil pucuk tere).Mommy rembat tepi jalan.hehe

RESEPI SINGGANG (sumber dari mok)

Bahan2
  • ikan kembung/ikan tongkol a.k.a ikan aya(klau guna ikan aya rebus dulu dengan sedikit air + asam gelugur)
  • bawang putih(diketuk)
  • lengkuas(diketuk)
  • asam gelugur
  • cili padi
  • garam
  • gula nise
  • air

Cara2nya
Untuk 3ekor ikan kembung/seekor ikan tongkol sederhana besar
  1. Bersihkan ikan dan rebus di dalam air(5 cawan)
  2. Masukkan 3ulas bawang putih+seketul lengkuas (dalam 5cm)+ 3keping asam gelugur ke dalam periuk.Jika suka boleh juga masukkan 1inci kunyit hidup yg dihiris nipis bagi mendapatkan warna kuning).
  3. Didihkan ikan tadi sehingga kuahnya tinggal separuh.
  4. Tambahkan 2 cawan air ke dalam periuk.
  5. Masukkan 3sudu kecil garam&1/4 gula nise.
  6. Tambahkan juga cili padi.
  7. Masak lagi sehingga mendidih.
  8. Siap


RESEPI KARI IKAN (sumber dari mak tok)

Bahan2
  • ikan jenahak/tenggiri/bawal(ini je yg daddy suka)
  • bawang putih (5biji dikisar)
  • halia (1 inci dikisar)
  • bawang merah besar(1biji dihiris nipis)
  • daun kari (2 tangkai)
  • rempah kari (3sudu besar)
  • biji halba(1/4 sudu kecil)
  • asam jawa(1sudu)
  • minyak
  • air
  • santan(1/2biji kelapa)
  • bendi/terung bulat/tomato
  • garam

Cara2nya
  1. Tumis bawang putih+bawang hiris+halia+daun kari+halba sehingga garing.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari dan ditumis sehingga garing.
  3. Masukkan 2 cawan air dan didihkan.
  4. Masukkan ikan & sayur-sayuran.Biar sehingga mendidih.
  5. Tambahkan asam jawa & perasa garam secukup rasa.
  6. Masukkan sedikit santan cair.
  7. Tunggu sehingga mendidih& pecah minyak.
  8. Siap

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...