بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 10 June 2011

nasi orang berdagang




Dah masuk 6 bulan kami sekeluarga berdagang ke bumi brunei ni.....terasa le plok nak makang nasi dagang 'ganu kite'.....pergi pasar segar ahad lepas jumpa le jugak ikan tongkol a.k.a ikan aye...selonggok ada dlm 4ekor baru BND5.00....oloh banyok le plok.Dorg ni style jual barang banyak2.kami yg makan xbanyak ni rasa nak je mintak beli separuh.Teringat le plok aritu ada beli daun kunyit(sbb nak bt rendang ayam).Mokcik tu jual seikat BND1.00....banyak sgt daunnye,aku nak guna sket je(sehelai pun cukup).Aku mintak le beli separuh,huhuhu dok bagi setarang mokcik tu....pas dr peristiwa tu aku ala2 malu le nak mitak brg separuh2 ni.
plannye nak masak hari isnin lepas lg sbb ikan yg aku siang ahad tu aku terus rebus dgn asam gelugur....sekali tgk stok beras pulut xdok plok...cancel buat nasi dagang(dlm pale otok ni nak buat hari rabu la nasi sbb beras kena rendam dulu)....alih2 the daddy blk kabor nak kena g miri le plok rabu tu sbb nak kena renew pasport bdk2 ni&buat pengesahan driving license.cancel lagi nasi dagang ambe......xpela,buat ari khamis la.Yang menyayat hatinya,khamis tu aku kena g lagi miri sendirian dgn bdk2 sbb surat pengesahan xleh amik trus smlm....pastu pasport bdk2 pun baru blh bt......the daddy plok mcm biasale kuli xleh cuti.adoilaaaaa..PENAT GILOS drive+kelek kiri kanan ggurls+mendukung ahdia yg mengada2 xnak jalan.pastu lame plok menunggu pasport siap....hok mengidam nasi dagang ni plok meleleh doh air liur.2 hari mbok telan fastfood McD & KFC.....



al kisahnye.....hari ni la baru tercipta sejarah Nasi Dagang 'ganu kite' di bumi brunei ni...so,sapa2 rasa terliur nak makang nasi dagang ambe ni copy le resepi ambe ni(resepi ni ambe belajor 1st dr kakak ipor tersayang pn fauziah abd rahman,pastu ambe ada le tamboh2 dgn pengetahuan am dr sumber2 lain termsk kwn2 sekolah juga buku2).

Bahang2 utk buat nasi:
  • 1 cup beras pulut+4 cups beras biasa(dpt la makan dlm 6-8orang)
  • santan pekat (2 cups)
  • santan cair (2 cups)
  • air masak (2 cups)
  • halia muda(1 inci) dimayang halus
  • bawang kecil(5biji) dimayang halus
  • halba(1/2 sudu teh)

cara2 nak buat nasi:
  1. Rendam dulu campuran beras tu semalaman
  2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
  3. Kukus beras yg telah dibersihkan selama 15-20minit @sehingga kembang.
  4. Keluarkan beras dr pengukus & masukkan dlm bekas besar.Siram beras tadi dengan air masak.Setelah digaul rata,masukkan semula beras ke dalam pengukus.
  5. Kukus lagi selama 15minit-20minit @@sehingga masak.
  6. Sekali lagi keluarkan beras dr pengukus & masukkan kedalam bekas besar.Siram beras dengan santan cair&gaul rata.Setelah rata,masukkan semula ke dalam pengukus.
  7. Selepas 15minit,keluarkan semula beras dr pengukus & masukkan kedalam bekas besar.Beras tadi disiram dengan santan pekat & taburkan halia,bawang kecil & halba.Gaul mesra semua bahan2 tadi.Apabila telah sebati,masukkan semula beras ke dalam pengukus.
  8. Selepas 15minit(sambil2 tgk keadaan pulut yg dah masak) bolehlah dimatikan api..Masuk ke dalam bekas & gaul sebelum dihidang.


Bahang2 utk buat gulai ikan aye.
  • lengkuas (2 inci)*
  • kunyit hidup/serbuk*
  • bawang putih(3ulas)*
  • bawang kecik(5ulas)*
  • lada kering(3keping)*
  • jintan manis*
  • ketumbar*
  • rempah kari ikan(the best guna rempah special gulai nasi dagang)*
  • garam
  • gula nise(gula melaka)
  • asam gelugur(keping)
  • 2ekor ikan tongkol(sederhana besar)
  • cili hijau
  • sedikit mintak utk menumis

cara2 nak masak gulai ikan aye
  1. Mula2 sekali ikan perlulah direbus/dikukus dengan asam gelugur+garam+sedikit air.Reneh sampai ikan masak.
  2. Kisar semua bahan2 *.Kemudian tumis sehingga garing.
  3. Selepas bahan kisar garing,masukkan santan & masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ikan,asam gelugur&air rebusan ikan tadi ke dalam santan.
  5. Tambahkan garam,gula nise & asam gelugor(klau kurang masam le....klau aku memadai dengan asam gelugur yg buat rebus ikan tadi).
  6. Masak sehingga mengelegak & last sekali masukkan cili hijau(klau aku suka masukkan kacang panjang sbg ulam).
*ini additional......klau ada jamuan berbaloi le buat.aku jarang buat sbb org lain xminat.jadinye malehh le buat.tapi sedap sambal nyioq ni.

bahang2 utk sambal nyioq
  • ikan rebus (3ekor)*
  • bawang putih(2ulas)*
  • bawang merah(5ulas)*
  • halia(1/2 inci)*
  • serai(2batang) dimayang halus
  • kelapa parut(1biji)
  • lada hitam(1/2 sudu teh)*
  • garam
  • gula
caranye
  1. Tumbuk semua bahan *.
  2. Masukkan serai yg telah dimayang halus.
  3. Masukkan kelapa parut & gaul rata.
  4. Tambahkan perasa garam+gula.
  5. Campuran tadi digoreng tanpa minyak menggunakan api perlahan sehingga ia kering.
  6. Siap dimakan bersama2 nasi dagang 'ganu kite'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...