بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 26 June 2011

Nasi lemak sepanjang hari

Harini mmg kami dah set xnak kuar jalan2 as usual. So,bangun je pagi tadi mommy dah ready nak masak nasi lemak. Hehe,senang sket masak utk pagi trus ke lunch......nasib2 trus ke dinner(tapi x kot).
Xtau le harini mmg xde mood btui nak buat apa2....nak bereksperimen pun malas je. Biarle dulu, tg semangat dtg baru menjadi eksperimen. Lagipun kek kastard coklat ada lagi + goreng keropok bawang warna warni je utk mewarnai petang hari 4A+R weekend ni.
So,layan nasi lemak.......  


RESEPI NASI LEMAK

Bahan2(utk nasi)
  • Beras (3cups)
  • santan (1/2 biji kelapa)
  • daun pandan
  • halia(1/2 inci)
  • garam

Cara2(utk nasi)
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan beras yg dah dibersihkan ke dalam rice cooker,tambah santan & sedikit garam.
  3. Masukkan juga hirisan halia & daun pandan yg dah disimpul.
  4. Masak sehingga masak.
  5. Sebelum menghidang,pastikan gaul rata nasi didalam rice cooker (bg mengelakkan santan berketul).

Bahan2 (utk sambal bilis)
  • ikan bilis(1 mangkuk)
  • bawang besar(1 biji dihiris nipis)
  • bawang putih(2 ulas dikisar)
  • bawang merah(5 ulas dikisar)
  • halia(1/2 inci dikisar)
  • cili boh (3sudu besar)
  • asam jawa(1sudu kecil)
  • garam(2sudu kecil)
  • gula (aku guna gula nise/gula melaka)
  • air
  • minyak

Cara2(utk sambal tumis)
  1. Tumis bahan kisar sehingga garing,kemudian masukkan cili boh & dimasak lagi sehingga cili garing.
  2. Masukkan asam jawa & sedikit air.Kacau rata sebelum dimasukkan ikan bilis.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Tambahkan perasa garam & gula.
  5. Bila sambal hampir kering,masukan bawang besar yg dihiris.
  6. Siap utk dihidang bersama nasi lemak.
p/s ada yg suka letak belacan.(blh masukkan semasa menumis cili)

Nasi lemak ni kena ada geng2 baik dia:
  • telur rebus/telur goreng mata kerbau.
  • timun
  • ikan bilis goreng+kacang goreng


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...