بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 15 June 2011

Kek Pandan Lapis Kastard




Terliur tgk kek kastard pandan k.dj membuatkan aku tanpa berlengah2 trus bereksperimen lagi.Ku intai2 semua bahan2 ada cume serbuk agar2 je xde (aku ganti dgn agar2 keping)..........
Bila siap,uhuh lembut sungguh mcm swissroll je rasanye cume frust sket sbb kastardnye berketul2(xsmooth mcm k.dj buat)..........pepepun 3beradik tu suke,siap ratah mcm tu je kastardnye.Klau nak tau resepinye tgk d bawah(aku copy&paste dr blog k.dj).






bahan-bahan kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
  • kelapa parut kering secukupnya
Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
  1. Berpandukan gambar di bawah, ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi.
  2. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering.
  3. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...