بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 22 June 2011

Karipap pusing 'Mak Tok'


 Backdated post (dah 2 hari internet line problem sbb telephone cable putus). Aduhai boring gile semalam sbb xde internet. 2 hari bercuti tu jari jemari ku dr bekerja dgn keyboards ni. Dpt je line, apalagi berebut2 dgn daddy nak guna lappy ni. Dah ada iphone sorg, android sorg tapi sibuk dok berebut lappy ni jugak....Hehe, xsyok guna 2 devices tu sbb deme kecik, nak menaip pun seksa. Di sebabkan boring xde fb, blog smlm, mommy nyaris2 tertido sakan d petang hari. 



Tiba2 terkejut dgn jeritan K.Anis (yg ni sekoq suke benar menjerit....ciri2 aku le tu, hehe bakal teacher Anis kot). Bila terkejuit tu terus bangkit(aku mmg xleh tido ptg2 ni, kepala mcm bengap ja), nak layan lappy xde line so trus g dapur fikir2 nak buat menu apa minum petang. Hehe,teringat lagi kat arwah mak mertua aku. Trus tune 'karipap pusing'.......Lama bebenor xbuat, selama ni dok buat yg biasa je sbb malas. Harini selepas kena jerit dek 'Teacher Anis' trus jadi rajin. Nasib baik simpan lagi resepi dr arwah (aku salin sendiri resepi ni masa dia tengah buat. Kira dia demo kat aku la masa tu). Dah 8tahun arwah xde, harini baru terhasil resepi karipap pusing 'Mak Tok'. Seingat mommy pernah try buat ni masa tahun pertama kahwin dgn daddy, tapi masa tu xjadi. Hehehe,alhamdulilah hari ni buat jadi. Yang sedapnye karipap arwah ni sbb intinya bukan rasa kari, tapi arwah guna rempah kurma. Semoga resepi ni akan jadi favorite jugak utk cucu cicit Mak Tok, Insyaallah..




RESEPI KARIPAP PUSING(12biji)


Tu dia original recipes( hand writing mcm doctor bedah)


Bahan2 Doh (Kulit karipap)
tepung gandum
margerin
garam
air


Cara2 membuat doh

Doh A
1. Campurkan 1 cup tepung dengan mentega.
2. Uli sehingga menjadi doh yg boleh dikepal.
3. Bulat-bulatkan doh sebesar bola ping pong(dapatkan 5-6 biji).
4. Biarkan seketika

Doh B
1. Campurkan 2 cup tepung dengan air garam & uli hingga sebati.
2. Canai & gulungkan doh.
3. Kemudian gulungan doh tadi dipotong setebal 1 inci (dapatkan dalam 5-6 potongan).
4. Canai setiap potongan(canai dari atas keratan rentas potongan ye).
5. Masukkan doh bulat A ke dalam doh B(refer gambar).
6. Bulatkan sekali lagi doh tadi.
7. Kemudian,canai memanjang doh bulat tadi dengan hati2 (pastikan roller disalut dengan tepung).Hati2 semasa mencanai kerana doh A sangat rapuh.
8. Gulung doh yg dicanai memanjang tadi sebelum dipotong 1 inci (dapatkan 10-12 potongan).
9. Doh 1 inci tadi di canai bulat & dimasukkan inti.
10. Guna acuan karipap/ketip hujungnya sebelum digoreng dengan minyak panas sehingga garing.


Bahan2 inti
3-4 biji ubi kentang sederhana besar( dipotong dadu kecil)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu kecil)
Cili merah (dihiris nipis2)-aku xletak pun sbb budak2 xtahan pedas
1 ulas bawang putih(kisar)
Serbuk jintan manis(1sudu teh)*
Serbuk jintan putih(1sudu teh)*
Serbuk kunyit(1sudu teh)*
Serbuk lada hitam (1sudu teh)*
Rempah kurma(2 sudu besar)*
Garam(1sudu teh)
Gula(1 sudu besar)
Minyak untuk menumis
Air

Cara2 membuat inti
1. Tumis bawang putih & semua bahan2 bertanda * yg telah dibancuh dengan air sehingga garing.
2. Masukkan ubi kentang+bawang+cili merah.Tambahkan sedikit air.
3. Tunggu sehingga mendidih,kemudian masukkan bahan perasa garam&gula.
4. Bila ubi kentang telah empuk,angkat & sejukkan sebelum di masukkan ke dalam doh karipap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...