بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 30 December 2011

Balik ke sarang

Alahai sebulan berlalu dgn begitu pantas rasanya. Kalau bercuti sekejap je rasanya,cuba kalau menunggu nak cuti tuh rasa lambat je masa bergerak.Hehe!!!!apa kabar U al semua? Kami baru je 2 hari balik ke sarang setelah sebulan blk Malaysia. Officially harini baru smpt bukak blog. Sampai2 je rabu lepas aktiviti utama mommy apalagi laundry le bergunung ganang. Harini pun blm setel lagi.... Actually mlm ni xtau nak jot down apa sangat just nak declare yg kami dah blk Brunei,hehe!!!!! Cerita menarik @Malaysia? Xde yg special sgt sbb kami mmg betul2 blk kg aja , disamping makan,makan,makan.........pastu smp KL trus 'potong' kepunyaan Arfa.Hehe!!! Yg paling syok aktiviti yoping le......Yg sedih ada gak tapi next time le citer.

Thursday 1 December 2011

BALIK KAMPUNG OOO...BALIK KAMPUNG.


Officially 4A+R going back to Malaysia for holiday.

YEYAY!!!!
To all we wishing "Happy holiday & enjoy ur time with beloved family". C u soon........

Friday 25 November 2011

TIRAMISU CAKE


25 Nov 2011

Today is Daddy's 35th birthday. Mommy had plan to bake my own cake for daddy's birthday quite sometimes. Hehe, yelah nak bagi hadiah hebat2 xmampu ye sebab mommy kan dah jadi housewife. So, the best gift i think i can give is my own made birthday cake. Huhu, deep in my heart i do have special gift to daddy (hehe, secret ye). Now come back to birthday cake, the problem is i do not know what the best cake i should bake since daddy is not a fan of cake i guess. Until i came out with this fantastic idea after i saw Ana Suzana from blog Cahaya Cintaku prepared tiramisu dessert that i think is very simple & easy to make. Hehe, since holiday mood was 'on' last week & due to lack of ingredients, so i think this is the best cake i should try. After all, daddy do love nesscafe so much. Really hope he will like it. So, girls if daddy love this cake, u girls should learn by heart to prepare this as well. Just follow the easy step below, insyaallah done.

Bahan2:

  1. Kek Sponge (resepi boleh refer sini @ beli je kalau malas nak bt sendiri). (Mommy malas nak buat so beli yg ready made sponge cake marble).
  2. Cream cheese (mommy guna 2 buku Philadelphia cream cheese).
  3. Whipping cream (guna dlm 500ml).
  4. Serbuk koko (terpulang citarasa, if nak tebal dalam 100g kot).
  5. Serbuk Nescafe classic (dalam 1 sudu besar tapi bergantung citarasa gak, if suka pahit tu u al tambah le banyak).
  6. Esen Vanila (2 sudu teh).
  7. Air utk bancuh nescafe.. bancuh tanpa gula ye..
  8. Satu cwn gula kastor.
Cara2 nak buat :

  1. Mula2, masukkan cream cheese dan gula kastor dlm bekas mixer .
  2. Pukul sebati.
  3. Campurkan 500 ml whipping cream & 2 sudu teh esen vanila.
  4. Pukul sehingga kembang.
  5. Potong/slice sponge cake mengikut ketebalan yang dikehendaki (If buat sendiri sponge cake better buat nipis2 dalam 2,3 biji so xyah nak slice lagi)
  6. Bancuh air(dlm 250ml) dgn 1 sudu besar nescafe.Bancuh tanpa gula(ini gunanya utk melembabkan kek td). (Untuk senang, curahkan sedikit bancuhan nescafe tadi ke dalam piring & tepek kek ke dalam bancuhan. Cepat2 alih depan belakang).
  7. Kek yg telah dibasahkan dengan nescafe tadi disusun dalam loyang (susun padat2 supaya lapisannya cantik seperi lapisan kek sediada.
  8. Pastu ceduk adunan cheese yg di putar td ke atas lapisan kek.Terpulang citarasa berapa tebal yg dikehendaki. Ratakan lapisan cheese.
  9. Dengan menggunakan penapis, ayak/taburkan serbuk koko di atasnya (penapis bertujuan utk elak serbuk koko berketul2).
  10. Lapiskan pulak atasnya dgn kek yg di lembabkan dgn nescafe.
  11. Ulang sama langkah 6 -9 sehingga bahan2 habis.
  12. Last sekali sejukkan dlm peti ais.
  13. Siap sedia utk di makan sejuk2.. sedappppp...



p/s: Masa post gambar kartun kat atas tu @FB daddy, dia reply ckp nak kek 5 tingkat. Hahaha!!!mommy bagi dia kek 6tingkat lagi ni hah. Lapisan tiramisu mommy buat ni dpt 6 layers of cake/cocoa/cream cheese.....

Post mortem:
Slps dipotong & dirasa kek ni tadi mmg sedap le makan sejuk2, cuma yg mommy buat ni according to 4A a bit bitter (terlebih nescafe kot)......Next time mommy nak kurangkan sukatan nescafe & buat dlm cup mcm Ana buat. Lebih cantik & praktikal kot. Boleh nak buat cake tapi better bake sendiri sponge cake tu (buat nipis je. Tapi buat dalam 2,3 biji, so xyah nak slice2). Bila kita buat guna kek yg beli ni,kena potong bagaikan, so mmg xcantik potongannya sbb kek sponge sangat lembut, that's why better buat kek sponge sendiri ikut ketebalan kita nak @ buat je dlm cup. Mesti lagi kemas & cantik.




Apa2 pun mmg satisfied sbb mommy ni mmg xde basic baking langsung, just started experimenting pun this year, ok le tu rupenya. Again tqvm to Ana Suzana for sharing the knowledge. U save my day.

Simple and Delicious Sponge Cake

Simply delicious......

Itule word yg tepat utk mengambarkan resepi buat sponge cake ni......Senang je rupenya. Blh la lps ni buat layer cake plak. Hehe!!!



Sumber: http://allrecipes.com



Ingredients (Original Recipe Yield 1 - 8 inch cake)
  • 1/2 cup margarine
  • 1/2 cup white sugar
  • 2 eggs
  • 1 cup self-rising flour

Directions

  1. Preheat an oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease an 8 inch cake pan and line with a circle of parchment paper.
  2. Beat the margarine and sugar with an electric mixer in a large bowl until light and fluffy. The mixture should be noticeably lighter in color. Add the eggs one at a time, allowing each egg to blend into the margarine mixture before adding the next. Fold in the flour until only small lumps remain; pour into the prepared pan.
  3. Bake in the preheated oven until a toothpick inserted into the center comes out clean, about 30 minutes. Cool in the pan for 10 minutes before removing to cool completely on a wire rack.

Mommy dah try buat sponge cake ni letak strawberry flavor tapi xambil gambar sebab buat nipis je aritu. Pastu malas nak deco2, just nak try resepi tu je... Sedap, yg plg penting senang. Next time f mommy buat lagi nanti mommy snap photo.

Wednesday 23 November 2011

YONG TAUFU



Harini baru berpeluang memasukkan N3 pasal Yong TauFu. Kuahnya siap hari Isnin lagi tapi sbb memberi laluan kepada skuad bola Harimau Muda maka hehe, harini baru dpt post. Kuah Yong TauFu ni mommy dapat dari blog mamasya (resepi asal plak dr MyResepi). Dah lupa rasanya sebab since pindah ke Brunei blm dapat makan lagi sampai le harini. So, xtahu le sama ke idak rasanya dengan yg org jual. Tapi bagi lidah mommy sendiri ok la, not bad tastenya cuma terlebih manis je yg mommy buat ni. Hehehe!!!! mana tak manisnya, dek kerana nak perabiskan stok gula melaka maka mommy bubuh 3ketul (yg size kecik) & airnya plak sikit je... So, next time buat dah pandai agak dah berapa ketul perlu masuk. If u al terlebih rajin nak try buat sendiri tu sila2 la jugak try ye.


Sos Yong Taufu
Resepi asal: Minami; My Resepi
Sumber: Mamasya

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 10 tangkai cili kering- guna 3 sb cili kering yg dah blender .
* gula melaka atau kurozato(1-2 keping yg size kecil)
* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)
* 1 s.k garam
* 3 cm belacan
* 300 ml air
* 1 sudu besar minyak
* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto- tak letak
tambah 1 sb sos tiram

Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. Setelah mendidih , masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama bahan2 lain. (mommy beli ready made fishball/tauhu sumbat/sayur-sayuran sumbat khas utk Yong TauFu).

Tuesday 22 November 2011

Glory & Pride of our HARIMAU MUDA


Picture fr: Fb@Zulhisham Tokasid

Harini mengantuk & letih sgt sbb semalam layan bola. Semangat punya pasal sampai xrasa mengantuk langsung smlm. Hehe, mommy mmg semangat sungguh semalam sampai mengigil2 berdebar perut smp le ke last penalty kick. Memang pujian patut diberi kpd pasukan Harimau Muda sebab berjaya bukan sahaja merangkul pingat emas tetapi yg lebih utama dpt menghadapi dugaan&cabaran dengan perang psikology peminat&masyarakat Indonesia.....Bukan nak kata kita bias sebab kita org Malaysia tapi cukup memalukan sungguh sebagai seorang manusia yg bertamadun tetapi berperangai macam tak ada tamadun. Memang bukan semua masyarakat Indonesia berfikiran sempit sebegitu tetapi yg kita sedih sebab mereka2 yg berfikiran terbuka especially pemimpin2 mereka tiada ikhtiar utk menghindarkan kejadian2 memalukan dari berlaku. Malahan mereka seperti menyokong pulak kelakuan tak bertamadun peminat tegar mereka. Aish!!!kadang2 geram gak dgn mereka ni especially bila memikirkan ramai juga daripada mereka beragama islam......Apapun, memang Harimau Malaya semalam ibarat berhempas pulas sehingga ke saat2 akhir/ dah keletihan yg amat mempertahankan maruah negara MALAYSIA tercinta dari hinaan/cemuhan/kata2 kesat peminat tegar Indonesia. Alhamdulilah, syukur sgt kita menang (daddy pun pelik kenapa mommy excited sgt padahal Sea Games je pun). Ini bukan soal games kecik @ besar tetapi lebih kepada mempertahankan maruah diri drp dihina. SYABAS WIRA NEGARA....HARIMAU MUDA MALAYSIA. Teruskan gaummm kalian ke tahap lebih tinggi, cuma satu harapan ikhlas supaya mereka tidak takbur&lupa diri. Yang paling penting jauhi dari kemaksiatan especially semasa ALLAH beri kelebihan, jgn kita lalai supaya apa yg kita lakukan sentiasa dalam lindungan ALLAH. Semalam tu lah contoh ALLAH bersama2 dengan org2 yg sentiasa mendoakan kejayaan Harimau Muda.
Fuyooo!!!mommy dah jadi pengulas sukan le pulok. Kik3x, actually tadi nak masukkan N3 Yong Tau Fu tapi terlebih pulak ulasan Malaysia vs Indonesia. Gara2 semangat giler le ni....Layan jelah.


Picture fr: Fb@FAM


ANDA TAHU KENAPA INDONESIA KALAH? INI SEBABNYA.....



Sunday 20 November 2011

PULUT IKAN KERING




As part of my clearance task today. Mommy jumpa 1 bag of beras pulut yg dah berbubuk. Huhu, lupa sudah bila mommy belinya. So, apalagi menu special lagi mengancam le dlm plan mommy. Hehe!!!macam gempak je resepinya. Dah lama sebenarnya tak layan ala2 kampung real punya ni. Alaaaa.....bukan hebat sgt pun resepinya tapi mmg menu breakfast yg among favorite dlm family mommy. PULUT IKAN KERING, fuhhh!!!!klasik.
Senang je resepinya takyah le jot down details. Semua tahu buat kot, cuma utk Anis&Ahdia kot2 tak sempat nak belajar dengan mommy nanti, mcm ni buatnya;

Layan pulut ikan kering dgn kopi panas. Klasik tul!
  1. Selepas basuh bersih beras pulut tu, kukus/ tanak pulut (Mommy masak dlm rice cooker je senang. Cuma make sure air sikit je, agak2 tenggelam beras pulut je ye).
  2. Sediakan kelapa parut yg dah ditambah sedikit garam.Gaul rata.
  3. Goreng ikan kering (mommy suggest guna ikan kering/masin yg jenis garing mcm ikan kerisi/ikan tamban/ikan cencaru).
  4. Tambahan boleh goreng beras pulut untuk ditabur atas pulut.
  5. Untuk menghidang tu, u al just scoop sesenduk pulut then tabur dengan kelapa parut+beras pulut goreng.
  6. Makan dengan ikan kering. Syiokkkk.



Friday 18 November 2011

KUAH KACANG AYAM


As salam...

Lagi seminggu lebih 4A+R akan balik bercuti ke Malaysia. Memang menanti hari je ni. Ingatkan weekend ni dah blh bertolak tapi due to org yg replace daddy utk tempoh sebulan blm lagi ready visa kerjanya, makanya kami stay lagi le seminggu ni. Huhu!!!xde mood dah nak buat apa2 pun. Dapur mommy pun dah makin tak ceria jadinya. Barang2 dapur habis pun rasa malas je nak beli@ yg terpaksa gak beli tu mommy beli packing kecik je.Hehe, yelah f beli byk2 tersadai sebulan, alih2 rosak rugi je. Duty mommy lately ni dok buat stock clearance mana2 yg perlu di clearkan sebelum kami bercuti.
So, resepi yg mommy post harini actually hasil nak perabiskan stok ketupat nasi/ nasi impit segera yg balance open house raya dulu. Bila hidang nak makan semalam Arfa siap tanya "nape mommy masak ni, kita bukan nak raya".....hehe, biasa le kan, mentality kita makan nasi impit kuah kacang senonim dgn raya. Arrgh! layan jelah, mommy nak clear stock ni.
U al pun layan le jugak ye resepi kuah kacang mommy yg sedap ni. Hehe!!!dah takde sataynya maka dalam kuah kacang tu mommy letak ayam sekaligus (1st dulu makan kuah kacang ada ayam ni masa raya rumah MIL adik mommy, cik sue)....Memang sedap betul kuah kacang makcik buat (org Perok). Ini resepinya kalau nak buat.




KUAH KACANG

Bahan:

  • 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2 (mommy yg rajin ni blend je terus)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan minyak
  • garam secukup rasa
  • Ayam - potong kecil2
Bahan mesin:
  • 5 sudu besar cili mesin
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras

Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak, masukkan ayam & masak sehingga garing.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi impit.

Thursday 17 November 2011

Strawberry Cheese Tart

As Salam...

Satu lagi eksperimen mommy fr blog Nuri 'CHEESE TART'. Cheese ni bila disebut je depan Arfa Zafran mesti melompat dia. Favorite dia sgt2 tuh. Emmph, masa buat fruit tart haritu, mommy tercakap le pasni nak buat Cheese Tart pulak, dia apa lagi setiap hari tagih janji dgn mommy suruh buat cheese tart. Huhu, aku dah le tgh malas ni (mood nak cuti dah). Itu yg last2 bosan dia dok tanya hari2, mlm tadi mommy godek gak buat cheese tart. Tapi tulah kan, bila buat dlm keadaan half hearted ni mesti tak perfect. Nape? Mommy rasa le adunan crust dia tu mcm terlembik sket compare tu masa bt yg fruit tart haritu tapi tak le teruk sgt still lembut but not fragile smp pegang pun hancur. F tanya mommy, i prefer the fruit tart more bcoz yg tu lagi healthy & tak muak.... Tapi f tanya Arfa of course jawapannya CHEESE TART lagi sedap. So, u al layan jelah eksperimen mommy this time ye. Again tq to Nuri.



Resepi asal: Azita Zain @ rossitamz-kitchen.blogspot.com


1. Shell/Crust

Bahan2
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C (kalau guna Gred yg lebih besar kena buang sedikit putih telur dia)
290gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Cara2
1. Pukul marjerin & gula dengan senduk kayu. Pukul dlm 5 minit.
2. Masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg x melekat kat jari.
4. Amik sedikit adunan, tekan & ratakan dlm acuan. (Caranya, guna kedua2 ibu jari & jari telunjuk. Ibu jari masukkan dlm acuan & pusingkan acuan sambil kedua2 ibu jari menekan & meratakan adunan dlm acuan... sorry la x dpt tunjukkan.. Dah siap tu, cucuk2kan permukaan doh dengan garfu).
5. Bakar pd suhu 170'C selama 15 minit @ hingga masak.

*Sementara nak tunggu masak tu, boleh la buat cream cheese dia.


Special request dr Anis buat alphabet.

2. Cream Cheese

Bahan2
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur Gred B
1/2 sudu teh esen lemon

Cara2

1. Pukul cream cheese & gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Amik 1 -2 sudu besar adunan & bubuh sedikit kaler merah. (Ni untuk bt corak dia. Kalau nak buat bunga2, amik 1 sudu besar lg adunan & bubuh kaler hijau).
Bahan Lain
Strawberry filling.
Cara nak buat Strawberry Cheese Tart
1. Masukkan filling/jem strawberry dlm shell yg dah masak td.
2. Paipkan/sudukan adunan cream cheese.
3. Amik pencungkil gigi & buat cam pic kt atas tu.
4. Gunakan bahagian tajam pada pencungkil & tarik dr atas ke bawah di tgh2 garisan tu dapatkan corak macam pokok tu. Kalau buat bunga pun kena tarik dr atas ke bawah gak..
5. Bakar 1 minit. Sentuh krim, kalau x melekat kat jari tu maknanya dah masak la. Kalau melekat, bakar lg dlm 1 minit.

* Tips dr Azita Zain - mommy copy paste je dr blog Nuri .. TQ bnyk2 atas tips ni.
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Wednesday 16 November 2011

SPAGETTI AGLIO e OLIO SEAFOOD

Inserito alle & come va.........

Heheh!!!apa kebonde tuh? entah aku pun xsure mcm nak yebutnya tapi translate dr bahasa Italy ke bahasa hulu "SELAMAT PETANG & APA KHABAR".

Mommy ni asyik berangan lagi nak jejak kaki ke Italy tapi apakan dayo..kuasa magnet tak cukup kuat nak tarik ke sana......Hehe, masa guru besor a.k.a big bos cum daddy pergi Italy baru2 ni kami anak beranak mmg kerja hampir setiap hari makan spagetti. Huhu, bukan sbb gian xleh ikut pergi Italy (padahal dlm hati mmg gian nak g pun) tapi sbb budak2 ni mmg suka sesangatttttt makan spagetti. Mommy lagi mujur le sebab senang je nak prepare. Cincang2 hotdog pastu tumis dengan kuah instant spagetti. SIAP!!!!!Tapi masalahnya kita le pulak muak kan.....Last2 mommy makan nasi ikan goreng dengan budu cicah ulam je. Lagi syiok, bedal sorang2 xyah nak berprotokol sgt masak.

Eh ini citer g Italy ye....huhu, ada le sket kaitan dgn tajuk N3 mommy ni. Harini kami lunch dengan spagetti selepas sebulan buat spagetti, kitaran semula (bukan kitar semula ye tapi kitaran semula). Kes yg kitaran semula ni sbb Ahdia Si kenit tu xnak makan nasi. Masak le lauk apa pun, last2 dia makan sejemput nasi dengan kicap buat kuah. Masyaallah, xleh nak buat apa budak ni dengan kicap. Suka bebenor!! Dah le kurang minum air masak/putih. So, 2 hari lepas mulutnya start pecah2 & worst kes harini blk sekolah tengok dah kuar ulser dalam mulut. Risau gak tgk dia xnak makan nasi tu, so mommy masak la spagetti harini dgn harapan dia makan.

AGAIN! diri sendiri dah bosan dengan spagetti budak2 ni(simple sgt) & for sure big bos a.k.a daddy nak kata makan, tengok pun bosan kot (yelah, dia kan g Italy- menciiiii btul). Tapi mommy malas yg amat nak masak2 nasi + lauk bagai....Mood malas dah melanda bcoz dah dekat nak bercuti2 Malaysia ni.

So, di samping buat spagetti chicken in tomato sos, mommy buat le 'Spagetti Aglio e Olio Seafood' ni. Hehe, yg tak tahu maksud aglio e olio tu ialah bawang putih dalam minyak olive/zaiton....simple je resepi ni tapi the taste not bad la rasanya. Cuma memandangkan english herbs xde dlm simpanan (susah dpt kat sini), so mommy guna je bahan2 yg available. Mmg terangkat gak rasanya. Layan resepi di bawah ye sbb malas dah membebel.Tq


Bahan2:
  • Spagetti (1 peket)
  • Air utk merebus
  • Garam
  • Minyak zaiton
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Lada hitam (1 sudu besar di tumbuk pecah2 je jgn lumat) *kalau ada english herbs lagi ori la
  • Udang (bergantung le berapa byk- mommy guna 6-10 ekor)
  • Mussel (bergantung le berapa byk- mommy guna 8 ekor)
  • Daun celery/sup
  • Perisa tambahan (mommy guna stok ikan bilis)
  • Topping- biasa Italian tabur cheese ontop tapi mommy xnak le muak. Mommy squeeze lemon ontop bg matching dgn seafood yg fresh tu.

Cara penyediaan:
  1. Rebus spagetti dalam air mendidih. Letakkan 1 sudu besar minyak zaiton & satu sudu kecil garam.
  2. Bila dah lembut, angkat & toskan.
  3. Rebuskan juga udang & mussel sehingga masak & toskan.
  4. Hiris bawang putih secara melintang, nipis2 (Italian ckp jgn tumbuk lumat sbb rasanya xori...entohle).
  5. Panaskan minyak zaiton (guna dalam 1/2 cawan minyak zaiton), kemudian masukkan bawang putih.
  6. Tumis sehingga bawang putih bertukar warna (api perlahan).
  7. Kemudian, masukkan spagetti tadi & udang serta mussel. Mommy tambah perisa ikan bilis dalam 1 sudu besar.
  8. Gaulkan bersama2 lada hitam yg ditumbuk, daun celery & sedikit garam.
  9. Matikan api & sedia dihidang.
  10. Masa hendak makan, just squeeze lemon on top. Walla!

Sunday 13 November 2011

Apam Polkadot Versi Ladybird


(Fly- Away Ladybirds)

Ladybirds 2x....fly far away.
There are wonderful things to see today.
Fly over the flowers that smell so sweet.
Fly through the raindrops that fall from the sky.
Fly up to the treetops, oh so high.
Ladybirds 2x....you flew so fast, now you can rest.
Home at last!!!!
#Lamaze Infant Development System - story book.


Hehe!!!! setelah lama dok terliur tengok apam ladybirds org lain buat. Secara rasminya diumumkan bahawa apam ladybirds mommy home made telah berjaya dilahirkan petang ini dengan segala perit jerih. Fyi, eksperimen petang ini cukup mencabar tetapi penuh dengan keseronokan. Bancuhan pertama dengan trial lukisan pertama cukup mengelikan hati bukan sahaja to myself but to 3A jugak. Siap pakat gelak dorg ni tgk lukisan mommy yg comot. Pastu siap cakap, alaaaa xpandai la mommy buat. Yang tak tahannya soklan Anis "sapa nak makan yg tak jadi ni mommy?". Pandai sungguh dorg ni, bila sedap&cantik puji melambung, bila failed condemn habis-habisan. Huhu!!! nasib baik mommy tak give-up, bancuhan kedua utk color yellow mommy try sekali lagi dengan counter problem 1st trial tadi. Alhamdulilah menjadi dengan PERFECTO (utk amatur mcm mommy le). Btw lupa nak cakap, mommy copy & paste resepi apam ladybirds ni dah berkurun dari blog Nuri ( From bakery 2 embroidery) tapi terperam je sbb mcm biasa le, ambil masa study dulu. Hehe, maklum le amatur je. TQVM kpd Nuri sbb kebanyakan resepi dia mmg step by step siap bergambar (itu yg mommy suka try resepi fr Nuri).....Utk u al yg amatur mcm mommy & nak try buat apam ladybird ni blh la cuba sbb senang je kalau kita tahu steps/methods yg betul. Lagi satu jgn pandai2 nak ubah sendiri (lain la f kita dah profesional), bukan apa sbb mommy failed bancuhan pertama tu pun salah satu sbbnya terubah masa kukus.Haha!!habis jadi apam mekar.

Ladybird2 ni tgh posing ...Seronok sgt bila tgk hasilnya..

Bahan2

Bahan A

  • 3 biji telur Gred B - guna telur yg korang dh letak dlm fridge, maknanya telur tu sejuk
  • 200gm gula kastor/granulated sugar-sejukkan gak
  • 1 tsp ovalatte
Bahan B

  • 150gm susu sejuk - guna Susu kotak Nestle Rendah Lemak (mommy guna 3 scoop susu tepung + 3/4 cwn air sejuk)
  • 255gm tepung gandum*
  • 1 tsp baking Powder*
- ayak bahan2 bertanda *

Bahan2 Lain

  • Apa2 filling (mommy guna strawberry jam)
  • Kaler hitam, kuning, merah..

Nota:
Sebelum nak mulakan sediakan semua bahan2 dia awal2tau... Besi mixer tu pun sejukkan gak. Mommy follow Nuri, masukkan je kejap dalam fridge bahagian atas. Ni untuk mempercepatkan proses mengembang & menggebukan adunan... Yg xde stand mixer, mmg terasa lenguh tangan memukul adunan ni..


Cara2


1. Pukul Bahan2 A hingga putih & kembang. Dia akan jadi agak likat.
(Telur + Gula + Ovalatte - sume sejuk ye.. bru kuar dr fridge).
Adunan yg cukup kembang - bila angkat mixer tu, adunan meleleh & tinggalkn jejak, adunan yg berlingkar kt bawah tu la dinamakn jejak...

2. Masukkn susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan.
Pukul hingga betul2 sebati & gebu & masukkn susu lagi, buat hingga susu abis dimasukkan ke dalam adunan.

3. Masukkn tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hingga likat bg setiap kali dah masukkn tepung.
Pukul perlahan & betul2 sebati baru masukkn tepung lg.

4. Amik lebih kurang 1 senduk adunan & letak kaler hitam. (mommy xde kaler hitam, so.. mommy campurkn kaler merah + purple + coklat).
Dpt la kaler cokelat kehitaman. Boleh la. Kaler hitam mmg susah nk dapat. Pastu harganya mmg mahal dlm RM6 - RM7 sebotol(Nuri punya info).. Amik 1 tbsp lg adunan & masukkan terus ke dalam piping bag. Yg balance tu bahagi 2 - 1 letak kaler merah & 1 lg kaler kuning

5. Proses memasukkn adunan dlm acuan
Guna sudu untuk masukkan adunan kaler merah ke dalam acuan lompang saiz kecik & dilapik dengan cup kertas. Isi hingga hampir penuh.

6. Pipe kan strawberryy filling (mommy sudukan 1 sudu kecil). Masa ni boleh la panaskan kukusan.
Tutup filling dengn adunan kaler merah gak. Isi hingga separas dengan cup kertas.. Bila dah masak nanti baru nampak montel2.

7. Proses nak lukis Ladybird....Amik piping bag berisi adunan kaler hitam.
Buat garis melintang cam pic kt atas

Gunakan kaler yg sama & pipe kan higga memenuhi semua ruang kat bahagian atas tu. Buat plak garis menegak cam pic kat atas.

Then, buat dot2 la... ikut la banyak mana dot2 nak.
Pastu, amik piping bag berisi kaler ori.. pipe kan 2 dot kat atas untuk buat mata dia.
Amik piping bag kaler hitam plak. Pipe kan kat tengah2 dot yg kaler ori/putih tu.
Haaaa... jadi dah mata dia.. Lengkap la Ladybird kita.

Yg atas tu lukisan, nampak cantik la, yg ni real, comot!! hehehe..

8. Kukus selama 15min dengan api sederhana.. Jgn guna api perlahan plak.. nanti x kembang plak..& jadi x berapa nak comel.

Ladybird yg dah siap. Tgh tunggu untuk dimasukkan dalam periuk kukusan.


Nota..
* Penutup kukusan kena lapik/balut dengan kain supaya air x menitik atas permukaan apam..
* Kaler hitam = Royal Blue + Merah + Oren + Kuning Lemon
* Jangan kukus dengan api terlalu besar & terlalu lama dari tempoh 15minit sbb apam akan bust (mekar).

Ini rupa ladybirds cacat yg kena tembak. Haha!!muke dah le corak celoreng pastu meletup plak kena tembak. Pepepun, muke je huduh tapi rasa sedap. Gebus tetap maintain!!!

Friday 11 November 2011

TART BUAH


As salam......11.11.11. Hehe, cantik tarikh hari ini kan......


Dah lama sebenarnya mommy teringin nak buat tart ni tapi mcm tak confident je dgn bakat sendiri. Tapi bila study betul2 cara org lain buat & akhirnya mommy rasa confident sikit nak try. So, eksperimen mommy harini adalah menyediakan Tart Buah...Actually mommy terjumpa byk blog yg tunjuk step by step cara buat tart buah ni tapi berkenan nak try guna resepi dalam myResepi jugak. By right mommy follow exactly steps guna resepi ni tapi since mommy tgk dlm blog ada picture step by step & rasa mcm simple je arahannya. Tambahan pulak adunannya takle byk sgt, maka mommy ubah buat crust guna cara dari blog Nuri ni & buat kastardnya pulak ikut cara seperti di bawah.......mana2 pun okey je. So terpulang la u al plak nak guna yg mana ye. Tq to both Nuri(from bakery 2 embroidery) & Nisa MPB( myResepi).

1. Crust/shell:

Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )


  • 250 gm butter, suhu bilik
  • 120 gm gula ising
  • 2 biji kuning telur
  • 440 gm tepung gandum, diayak dahulu
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara

1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.

2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.

3. Panaskan oven pada suhu 175C.

4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.

5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.


2. Inti Kastard:

Bahan-bahan

  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega
  • Buah Utk Hiasan: Mommy guna buah anggur hitam & buah kiwi.

Cara Membuat Inti Kastad:

1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.

2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.

3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.

4. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. 

*Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.

5. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.

6. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tart.

7. Last sekali boleh la ditambah dengan buah-buahan pilihan.


THE MAKING
Assistants tetap mommy.





Arfa tukang potong buah, Anis tukang kacau tepung & Ahdia tukang bubuh buah.

DAGING KORBAN MASAK KURMA.

As salam....mommy nak post gambar daging korban haritu yg dah siap masak. TARRA!!!!ikut selera ramai maka rasminya 'Daging Korban' masak kurma.



RESEPI
(blh refer kat sini)
u all ubah jelah ayam kepada daging ye.tq

Wednesday 9 November 2011

KURNIA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADAULAH

As salam...
N3 kali ni special sikit sbb nak cerita ttg Kurnia Sultan Brunei (Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin) yg kami terima. Hehe!!! jgn le suspen bukan kurnia darjat kebesaran @ yg GAH tapi kurnia daging korban semperna Hari Raya Aidil Adha tahun ni 1432 / 2011.
1st of all, mommy just nak kongsi apa yg mommy rasa & xde lebih dari niat itu. Dah 35 tahun hayat mommy @dunia ni & sepanjang itu jugak bukan tak pernah buat korban @terima pemberian daging korban. Tapi tahun ni special sikit (bukan semata2 dapat daging kurnia sultan Brunei ni) tapi 'in general' lebih kepada perasaan yg bercampur baur; bersyukur, sedih, gembira, takut, bangga etc.........
Tak tahu la nak cerita lebih2 mcm tapi 1st rasa bersyukur sgt2 dgn rezeki yg ALLAH bagi kepada kami sekeluarga & seluruh umat Islam baik di Brunei mahupun di Malaysia. Bukan apa bila fikir2 semula beruntungnya kita especially rakyat Brunei sbb daging korban berlebih2 (semua dapat merasa) & kpd rakyat Malaysia pun xkurang beruntung jugak sbb majoriti dapat bahagian masing2 kot melainkan kes2 terpencil (Allahualam, mommy tak pasti mcm pengagihan dijalankan. Adakah adil @tidak)....Perasaan ni timbul selepas tengok berita tentang rakyat Indonesia yg berebut2 sehingga ada yg pengsan semata-mata hendakkan daging korban yg tidak la begitu banyak (bg kita yg senang lenang ni le kot)..... Masya Allah, kesian betul tengok situasi tu. Kalau blh tlg ibarat nak je bg daging korban yg kita dapat kat dorg (bukan angkuh@sombong tetapi compare dengan kita yg kerap jugak la makan daging, lebih baik bagi kat dorg utk merasa). Huhu!!!!sedih!!! tapi itulah kehidupan. That's why kadang2 lebih afdal rasanya buat korban @kemboja ke,Indonesia ke di mana daging korban kita tadi tu lebih betul2 dihargai oleh yg merasanya..
Kurnia daging korban yg kami terima ni ialah pada hari raya aidil adha yang kedua (8/11/11), siap ketua kampung hantar depan rumah. Sekali lagi bersyukurnya dengan kesenangan & kelapangan yg ALLAH bagi. Tak perlu bertolak2 & berasak2 mcm kat Indonesia tu....Pepepun semoga umat islam di Indonesia & tempat2 lain yg mengalami kesusahan dapat diringakan beban oleh ALLAH s.w.t, Amin......
Ehh!!!dah start citer sedih la pulak. Okey la u al mommy just share gambar yg mommy snap sebagai kenang-kenangan sementara merasa kesenangan & keberuntungan di negara Brunei Darussalam ni. Nanti balik Malaysia hehe xdpt dah tupperware cantik mcm ni. Paling2 cun pun plastik rokrak (kata ore kelate).....Bukan nak taksub dengan Sultan Brunei ni tapi banyak jugak kebaikan yg Baginda bagi kat rakyat (termasuk le Pendatang dengan izin ; kami le tu, hehe) sampaikan sekecil2 kurnia pun ibarat hadiah yg org blh simpan & ingat. Hehe, yelah bagi Baginda apalah sangat kurnia tu compare dgn harta dia yg melimpah ruah. Again, bukan nak taksub sebab sebagai manusia mesti ada kelebihan & kekurangan jugak kan, Allahualam.

Haa, korg tengok tu elok je daging tu takde le berbau kereta
 ketua kampung nak menghantar seluruh kampung. kik3x...

Ini kotak luar. Ala2 kotak kuih muih je kan?


Cantikkan packaging dia?Printed gambar salah satu Istana 
di Brunei (yg utama). At least org appreciate & simpan.

Yang kat bawah ni pulak gambar kurnia buah kurma oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin semperna bulan ramadhan yg lalu. Juga dihantar oleh ketua kampung ke rumah masa awal bulan ramadhan. Mengikut tukang kebun kami, setiap ahli rumah dapat seorang satu bekas. Kami siap dapat lebih lagi sbb masa tu mok ada kat sini. Rasanya 7 biji bekas kami dapat (4A+R, mok & Eddy). Pastu buah kurmanya pulak bukan yg biasa2 hok manis leting (bahasa kelate utk manis gile) tu tapi buah kurma nabi. Hehe, kami ni mmg dah mewah dengan buah kurma sbb Ayah Teh & Cik Dae selalu supply.Ditambah pulak dengan yg Sultan bagi, tak berabisan lagi ni. Pepepun, syukur alhamdulilah bak kata pepatah " Org memberi, kita berbahasa". Semoga Allah limpah ruah rezeki & panjangkan umur Tuan Patik Sultan Haji Hassanal Bolkiah & kerabat juga tak ketinggalan Ayah teh & Cik Dae kami juga seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami, sahabat handai kami & seluruh umat islam sedunia termasuk anda yg membaca blog mommy yg tak seberapa ni.AMIN......

Bekas ni di cetak kekal gambar ni (bukan tampal kertas) &
bahagian bawah bekas berwarna perang emas.


Ini mommy zoom in bagi nampak cetakan.
Sorry blur gak (xpandai nak focuse)



Saturday 5 November 2011

MUSSEL with TOM YAM PASTE


As salam....
N3 ni mommy jot down menu diner kami semalam. Walla!!!!fantastic, bombastic & sikit lagi nak kena gastric. Hehe, bukan apa sedap sangat menghadap menu 'Asiatic' yg pedas giles & masam giles.
Actually attention mommy nak buat resepi lain tapi end up jadi resepi lain (selalu mcm tu, plan nak masak benda lain, alih2 yg jadi benda lain). Tapi bersyukur jugak sbb yg terjadi tu lagi senang & sedap.
Idea nak masak mussel ni (dulu xsuka mussel ni sbb makan @hotel selalu dorg makan mentah dgn perah lemon je, eeei mmg xleh telan la mommy). Sampai le, jatuh cinte suke plak dgn mussel ni masa bulan ramadhan tempohari. Kami bersungkai (buka puasa) @Holiday Lodge Jerudong, menunya mmg best & variety sbb cover semua western, japanese & asia food. Yang paling bestnye sbb mussel dorg bukan makan dgn lemon jus je tapi buat sambal belacan. Huii, mmg ulang 5,6 kali mommy bantai si mussel tu (buffet kan, bayor mahal2 makan musti kembung,hehe)...
Itu yg semalam plan asalnya nak buat sambal belacan le utk topping mussel ni tapi tiba2 mood kemalasan nak menumbuk petang2 hari melanda. Last2 terpandang pes tomyam kung, TING TING dapat idea. Apalagi, 'kaching' tup2 jadi mussel dgn topping tomyam kung. Walla!!!! mmg berbaloi2 jadi org malas ni. Hehe, sedap rupanya hasil eksperimen kali ni. Apa bukti kesedapan tu? Jawapannya GURU BESOR makan lebih 5 ketul....
So, u al yg sekali sekala nak ubah menu tu blh le bereksperimen dgn mussel ni. Langkah2 eksperimen sila lihat di bawah.

Bahan2:
  • Mussel (12 ketul)
  • Bawang putih (2 ulas dicincang)
  • Bawang besar (hiris nipis)
  • Pes tomyam (3 sudu besar)
  • Garam (xletak pun xpe, sbb pes dah masin)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Air
  • Minyak
Langkah2 Penyediaan:
  1. Mula2, kukus mussel dalam 5 minit. Susun dalam pinggan.
  2. Untuk topping; Tumis bawang putih hingga garing, layukan juga bawang besar.
  3. Kemudian masukkan pes tomyam & tambah sedikit air (jgn cair sgt sbb tak sedap nanti ia tak melekat atas mussel).
  4. Tambahkan bahan perasa & gula. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, curahkan topping atas setiap mussel.
  6. Sedap dimakan bersama nasi & ratah je sodap.


Tayang gambor lagi bior terliur deme nengok!!!Hehe....

Friday 4 November 2011

Muffin Kastard


Date: 13/10/11 (Thursday)
Time: 4:30pm

"Actually mommy dok berfikir2 nak buat something yg simple&easy utk daddy makan while driving jap lagi....Semalam turbine @BLNG ada problem nak start so kerja overtime le daddy smp dinner pun xsmpt. Since semalam dia mcm tu. Hai, kesian gak kat dia semalam blk pkul 12am tanya nasi. MasyaAllah mommy semalam mmg sapu bersih meals sbb dah malas nak simpan2 balance lauk. Last2 mommy bangun masak maggi asam laksa kat dia. Itu yg harini dok terpikir nak bekalkan apa utk dia. Pusing2 cari resepi terfikir nak buat muffin jelah. Since mommy ada terpandang kek kastard si mawar merah tu rasa mcm sedap pulak. Kek tu ala2 'custard flan'......Kita cuba le mcm rasa & rupanya nanti".

Cerita di atas ialah hari yg mana mommy sepatutnya menghasilnya muffin kastard ni tapi disebabkan problem turbine daddy blh setel on that day makanya cerita muffin kastard mommy juga ter cancel pada hari itu. hehe!!!
So, kita sambung aje cerita muffin kastard harini aje. Adakah berjaya @ gagal???

Sumber: Cik mawar merah 


Bahan kek/muffin:
125 g butter
1/4 cawan gula
1 telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
Bahan kastard:
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar gula
2/3 cawan susu
15 g butter
2 sudu teh vanilla
Cara membuat kek/muffin:
  1. Pukul kembang butter dgn gula, masukkan telur,pukul lg.
  2. Masukkan plak 2 jenis tepung ni (yg dah diayak bersama). Gaul sebati.
  3. Ratakan adunan kek ke dlm loyang atau dlm cup pun boleh.
  4. Bubuh separuh je adunan, pas tu bubuh fillingnya( custard yg kita masak td).
  5. Lepas tu bubuh lagi adunan yg baki td.
  6. Bakar 180' selama 30 minit.

Cara membuat kastard:
  1. Satukan semua bhn kecuali butter, bancuh dgn susu n masak hingga pekat, pastikan sentiasa dikacau.
  2. Setelah pekat, bubuh butter.
  3. Kacau sebati & matikan api.

Rumusan dari eksperimen muffin kastard yg mommy buat, alhamdulilah berjaya walau pun pada bancuhan pertama terlebih lembut sgt sampai nak belah pun berderai. Kes sebegini berlaku disebabkan tepung naik sendiri yg dipukul terlebih kembang menggunakan mixer. By right nak buat muffin pakai self rising flour xperlu guna mixer. Kacau aja dengan senduk....Pastu kastard inti yg mommy buat bagi mommy a bit keras. Tak tahu le k.mawar merah mmg buat keras sikit @ mommy punye je terkeras. Sukatan dah guna exactly mcm k.mawar merah buat. Pepepun, rasanya sedap.
Overall, experiment successful!!

TQ to k. mawar merah kita.

Thursday 3 November 2011

APAM YOGURT




I start my November experiment after a long break with again APAM. Hehe!!!at first, i failed with apam beras, but i gained confident after my 'Apam Mekar' bust perfectly. So, with this mode 'malas', i think it is easy for me to restart my recipe with this APAM YOGURT. This recipe i got from Along Roz. She's so lovely & yet so good in cooking. I'm deeply admire her talent as well her beauty (hehe, mcm bodek lebih je ni?.....xde, betul ikhlas).

Ok, just jot down the recipe if u like & make sure u all try it. Really worth it, sedap & gebus!!!


By: AlongRoz@HomeKreation
Source: KakPaty
Original recipe by: Rima

Bilangan 28 ketul

BAHAN2:
  • 1 1/3 cwn Gula Kastor (mommy kurangkan jadi 1 cwn)
  • 1 st Ovalet
  • 2 cwn Tepung Gdm
  • 1 cwn Yogurt
  • 2 bj Telur
  • 1/2 st Double Action Baking Powder
  • 1 st Pes Coklat/Pandan


CARA2:
1. Masukkan kesemua bhn ke dlm mangkuk & pukul dgn kuasa tinggi sehingga kembang & pekat.
2. Ambil +/- 5 sb & campurkan dgn pes coklat/pandan.

3. Sudukan adunan kedlm cwn kertas & letakkan sedikit adunan coklat/pandan di tengah nya.

4. Kukus 15 min.

Friday 28 October 2011

OTAK2

As salam...hehe!just nak tayang otak2 segera yg mommy beli @Hua Ho, Supermarket. Regenya BND 3.80. Kalau convert RM 9.38...Okey la kan, dpt gak merasa 20batang. Btw, tercari2 gak ni resepi buat otak2 yg best. Almaklum le, keliling rumah kami @cni banyak pokok nyiur, blh je rembat. Ikan pun fresh2, mmg cantik sesangat le try resepi otak2 ni. Hehe!!!nanti eksperimen otak2 mommy berjaya, mommy post @blog. TUNGGUUUUU!

Ok guys, since dah jmp resepinya, jom kita study dulu apa yg perlu dibuat sebelum eksperimen. Apakah langkah berjaga2 & kaedah yg digunakan ;)

Sumber info: Dari sini

Pengenalan

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak2 Terengganu" dan "Otak2 Johor".

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.
Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Bahan-bahan mentah:
  • Isi ikan
  • Tepung Jagung @kanji
  • Garam
  • Santan Kelapa
Bahan-bahan sambal:
  • Cili boh/serbuk cili
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Jintan
  • Ketumbar
  • Gula
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
Cara-cara Pemprosesan Otak-otak
Menumis sambal
Bahan-bahan untuk membuat sambal hendaklah dikisar halus. Tumis bahan-bahan tersebut dengan menggunakan minyak sehingga garing atau pecah minyak. Rasa otak-otak yang di hasilkan banyak bergantung kepada ramuan sambal yang digunakan. Ada juga pengusaha tidak menumis bahan-bahan sambal tetapi ianya di gaul terus dengan ramuan isi ikan.
Mengaul adunan
Sambal otak-otak yang di telah ditumis haruslah disejukkan terlebih dahulu dan barulah digaul bersama isi ikan, tepung jagung (kanji) santan, gula, garam, dan MSG dengan menggunakan mesin pengadun atau mesin pemotong senyap (silent cutter). Ia boleh dilakukan dengan tangan, walaubagaimanapun untuk mendapatkan adunan yang sebati, proses ini akan mengambil masa yang panjang. Adunan yang baik adalah adunan yang tidak terlalu cair.
Membungkus
Adunan ini dibungkus dalam daun kelapa atau daun nipah dan disematkan dengan lidi. Otak-otak ini kemudian di panggang di atas bara atau alat pembakar untuk dimakan secara terus.
Otak-otak yang telah dipanggang boleh disimpan lebih lama jika dibungkus dengan mangkuk plastik kalis udara dan di simpan sejukbeku pada suhu -18 ° C hingga -30 ° C. Ianya boleh tahan sehingga sebulan.
Adunan otak-otak boleh juga dipanggang, disejukkan dan dibalut dengan kulit popia atau kulit "wan tan" , kemudian di bungkus dalam mangkuk plastik kalis udara dan disejukbekukan. Ianya perlu digoreng sebelum dimakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...